Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SERI ISKANDAR, 6 APRIL 2018 - Kerja Kursus Elektrik ini adalah sebahagian daripada program pengajian yang ditawarkan khusus di pelbagai jenis institusi pengajian tinggi. Melengkapkan kerja kursus adalah cara yang baik untuk mendapatkan pengetahuan yang diperlukan untuk memasuki profesion yang tidak terkira banyaknya.

Isnin, 02 April 2018 12:58

HARI KESEDARAN AUTISME 2018

SERI ISKANDAR, 2 April 2018 - Berlangsungnya Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 2 April 2018 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Tuan Pengarah, En. Mohd Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. A Raman Bin Musbah.

SERI ISKANDAR, 22 MAC 2018 – Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia di bawah Jurusan Multimedia Pengarangan telah mengadakan persembahan pembentangan projek akhir pelajar semesta 2 pada 21 Mac 2018 jam 09.00 pagi di Bilik Studio. Pameran pada kali ini agak berlainan cara pembentangannya berbanding tahun-tahun yang lepas kerana pada kali ini setiap kumpulan diberikan pilihan tajuk masing-masing mengikut tema dan jalan cerita jelas semasa pembentangan di hadapan panel-panel yang dilantik.

Isnin, 12 March 2018 12:04

AKUJANJI IKRAR BEBAS RASUAH

SERI ISKANDAR, 11 MAC 2018 –Kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) di sini ikrar bebas rasuah dan salah guna kedudukan dengan terkini bersama Unit Integriti dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac 2018 jam 3.00 petang di Dewan Dato Maharajalela.

SERI ISKANDAR, 26 MAC 2018 – Program Impak ILKBS@Komuniti adalah merupakan satu kongsep di mana penyumbangan balik tenaga kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada masyarakat awam / setempat yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kecil terhadap kemudahan fizikal awam dan menawarkan perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran ILKBS.

SERI ISKANDAR, 7 MAC 2018 – SERI ISKANDAR,  7 MAC  2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Kedah pada  6 Mac 2018 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Isnin, 05 March 2018 11:52

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

SERI ISKANDAR, 5 MAC 2018 –Surau Ibnu Sina telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 3 Mac 2018 hari Sabtu baru-baru ini bertempat di Surau Ibnu Sina, IKBN Seri Iskandar. Program ini telah dikendalikan oleh Cawangan Pengurusan pelajar (CPP) yang diketuai oleh En. Jasalilawadi  Bin Jahi. Seramai lebih 150 orang muslimin dan muslimat telah mengambil bahagian dalam kursus ini.

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2018 – Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Peringkat Dalaman ini adalah satu program anjuran Cawangan Pengurusan Kualiti untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar. Pertandingan ini telah diadakan pada 28 Februari 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Encik Md Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diringi oleh En.Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik A Raman Bin Musbah serta para pelajar dan peserta pertandingan inovasi.

Rabu, 28 February 2018 16:11

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN FEBRUARI 2018

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan Februari 2018 jam 08.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia (JTRM) kelolaan Pn. Atikah Bt Ab. Rahman.

SERI ISKANDAR, 10 FEBRUARI 2018 - Majlis Ramah Mesra dan Majlis Perpisahan Pegawai telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran Dan Kewanga (BPK) bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara pegawai serta meraikan pegawai yang bertukar keluar dari Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) pada 9 Februari 2018 jam 10.00 pagi. Majlis ini merupakan antara aktiviti sosial yang sangat sinonim dengan IKBN Seri Iskandar kerana ia dapat memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk beramah mesra antara satu sama lain.

Halaman 16 dari 24