Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 28 February 2017 15:54

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN STOR ( SPS )

SERI ISKANDAR, 28 FEBRUARI 2017 – Bagi meningkat kemahiran dan pengurusan stor yang berkesan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan telah mengadakan Bengkel Sistem Pengurusan Stor ( SPS ) pada 27-28 Februari 2017 jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Komputer, IKBN Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 23 FEBRUARI 2017 - Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Peringkat Dalaman ini adalah satu program anjuran Cawangan Pengurusan Kualiti untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar-pelajar. Pertandingan ini telah diadakan pada 23 Februari 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Turut hadir sama Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar diringi oleh En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama Pn. Shazrina binti Sulaiman, Ketua Cawangan Hubungan Industri serta para pelajar dan peserta pertandingan inovasi.

Jumaat, 17 February 2017 15:46

KURSUS ASAS FOTOGRAFI

SERI ISKANDAR, 17 FEBRUARI 2017 - Teknik-teknik dasar pemotretan adalah suatu hal yang harus dikuasai agar dapat menghasilkan foto yang baik. Kriteria foto yang baik sebenarnya berbeza-beza bagi setiap orang, namun ada sebuah kesamaan pendapat yang dapat dijadikan acuan. Foto yang baik memiliki ketajaman gambar (fokus) dan pencahayaan (eksposure) yang tepat.

SERI ISKANDAR, 16 FEBRUARI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut pada  15 Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 40 orang.

SERI ISKANDAR, 3 FEBRUARI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), IKBN Seri Iskandar telahmengadakan taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) kepada pekerjasyarikat pembersihan, pelajar baru dan kakitangan kontrak pada 3 Februari 2017jam 3.00 petang bertempat di Makmal Pnuematik. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Shakila Binti Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.

SERI ISKANDAR, 31 JANUARI 2017 - Baru-baru ini, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan kerja dari YBrs. DR. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia pada 27 Januari 2017 jam 3.00 petang di Dewan Dato Maharajalela. Rombongan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari ibu pejabat dan disambut oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar serta pegawai-pegawai dan kakitangan IKBN Seri Iskandar.

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2017 –   Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Keselamatan Dan kesihatan Pekerja pada 19 hingga 20 Januari 2017 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah berlangsung selama dua (2) hari dipenuhi pelbagai aktiviti dianjurkan seperti Ceramah dari Jabatan Penjara, Bt. Gajah, Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, Agensi Dadah Kebangsaan, Pusat Pemulihan Akhlak, Bt. Gajah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan disusuli dengan demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dan Asas Pertolongan Cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Seri Iskandar.

JUMAAT, 16 JANUARI 2017 - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Januari 2017 telah diadakan pada 13 Januari 2017 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 1/2017.

KHAMIS, 5 JANUARI 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung pendaftaran pelajar baru sesi 1/2017 seramai 14 orang pelajar yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 1 orang perempuan dalam bidang Elektronik Industri pada 4 Januari 2016. Program ini telah berlangsung pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar yang turut dihadiri oleh ibu bapa yang melibatkan penerangan berkaitan asrama dan peraturan-peraturan institut.

PARIT, 13 DISEMBER 2016Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar mengambil inisiatif dengan mengadakan Klinik EKSA kepada agensi / jabatan luar yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di agensi sendiri merangkumi cara-cara penyediaan dokumen. Program ini telah diadakan di Klinik Pergigian Parit pada 9 Disember 2016 jam 9.00 pagi.

 

Halaman 20 dari 23
 
Find us on Facebook
Follow Us