Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

TG. TUALANG, PERAK 21 FEBRUARI 2020 – Program Kempen TVET sebagai Kerjaya dan Motivasi Perdana telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf, Tg. Tualang. Antara objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan dan menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dan bukan lagi cabang alternatif bagi golongan belia untuk melangkah ke alam kerjaya yang lebih cemerlang dan proaktif. Ia juga merupakan salah satu strategi utama bagi memperkasakan bidang TVET di Malaysia.


IKBN Seri Iskandar turut sama menjayakan program ini dengan membuka ‘booth’ pameran serta memberi khidmat fotografi dan cetakan gambar untuk pengunjung yang hadir. Program ini telah diselaraskan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Alumni SMK Dato Bendahara CM Yusuf dengan kerjasama pelbagai agensi lain seperti KEMAS, Giatmara, MIDAS, PESDEC, UniKL dan Kolej Komuniti.

Semoga dengan terlaksananya program ini, seluruh warga belia dan anak muda dapat melihat bidang TVET ini sebagai satu entiti tunggal yang besar dan seragam, tidak berpecah-belah dan sekali gus berkongsi satu sistem yang kuat serta menyeluruh.

SERI ISKANDAR, 21 FEBRUARI 2020 –Sesi ulasan pembentangan slide/ persembahan power point untuk Pertandingan Pitching Sempena Agrofest 2020 “PERAK SADC AGROPRENEUR PITCH” telah diadakan di Makmal Komputer JPU di Blok Giga IKBN Seri Iskandar Perak.


Sesi ini melibatkan 8 orang pelajar dan 4 orang kakitangan termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Seri Iskandar. Sebanyak Tiga (3) projek yang akan dipertandingkan iaitu Rechargeable Grass Cutter (RGC), Solartent dan Multipurpose Safety Helmet.

Sesi ulasan ini telah disemak oleh En. Asnoul bin Abdul Halim, wakil penganjur pertandingan daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

SERI ISKANDAR, 07 FEBRUARI 2020 (JUMAAT) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama StrategiK, Hal Ehwal Pelajar telah mengatur satu perjumpaan mesra bersama pihak industri Syarikat Naluri Rasa Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputra beribu pejabat di Lembah Kelang yang mempunyai kepakaran dalam bidang kerja-kerja wiring 1 fasa dan 3 fasa/construction/supplier /logistics dan sedang menjalankan projek mega bersama TNB Berhad.


Perjumpaan Pengarah Urusan En Mohd Khairul Idlan Bin Dato Mohd Noor dan Ir Haji Hamdan Bin Mohamed Head of Execution & Supply Chain bersama tuan pengarah En Md Isa Bin Ibrahim, TPHEP, KCHIKS/ KJTEE di bilik Pengarah.

Fokus perbincangan adalah untuk jalinan kerjasama antara syarikat dengan IKBN seri Iskandar untuk peluang tempat latihan industri seterusnya memasarkan tenaga kerja kepada lepasan pelajar di sini.Keutamaan bidang adalah SKM Elektrik dan PW2. Seterusnya jalinan erat akan diadakan sessi temuduga kerja bersama syarikat ini pada pertengahan bulan Mac 2020.Perjumpaan berakhir  pada pukul 12 tghari.

SERI ISKANDAR, 05 FEBRUARI 2020 (RABU) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Cawangan Hubungan Industri & Kerjasama StrategiK, Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan satu sessi taklimat ringkas bertempat di Dewan Dato Maharajalela IKBNSI kepada pelajar kelas Perekabentuk Multimedia Pengarangan sesi 1/2019 seramai 24 orang  yang akan menjalani latihan industri bermula pada 6 April hingga 30 Jun 2020.

SERI ISKANDAR, 06 FEBRUARI 2020 (KHAMIS) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar di bawah Hal Ehwal Pelajar, Cawangan  Hubungan Industri & Kerjasama Stragtegik telah mengaturkan majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru Oleh Yang Berhormat Howard Lee Chuan How Exco Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Perak pada 6 Februari 2020 yang dihadiri oleh lebih 300 pelajar dan tenaga pengajar IKBNSI serta ketua-ketua jabatan.

SERI ISKANDAR, 3 FEBRUARI 2020 – Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Seri Iskandar, Perak Siri 1/2020 berlangsung selama 2 hari mulai 3 hingga 4 Februari 2020 bertempat di Dewan Dato’ Maharaja Lela IKBN Seri Iskandar, Perak. Program ini melibatkan seramai 243 orang pelajar dan 69 orang kakitangan yang bertugas di IKBN Seri Iskandar, Perak.

SERI ISKANDAR, 1 FEBRUARI 2020  Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menganjurkan Karnival Sukan baru-baru ini sebagai memupuk semangat bersukan dalam kalangan kakitangan dan para pelajar. Bertempat di IKBN Seri Iskandar, karnival tersebut disertai semua jabatan, cawangan dan unit.

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2020 - Majlis Perpisahan Pegawai dari Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 24 Januari 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan memenuhi ruang bilik mesyuarat.

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2020 - Majlis Angkat Sumpah Integriti (“Integrity Pledge”) oleh semua Pegawai dan Kakitangan IKBN Seri Iskandar telah diadakan pada 24 Januari 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis angkat sumpah ini dilafazkan beramai-ramai dengan disaksikan oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar.

Jumaat, 24 January 2020 15:08

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA SELAMAT

SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2020- Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 24 Januari 2020 pada jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama. Turut serta dalam majlis ini, Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan Puan Siti Hajar Binti Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para pegawai dan kakitangan.

Halaman 3 dari 23