Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SERI ISKANDAR, 20 MAC 2019 - Bersukan merupakan antara aktiviti riadah yang digemari ramai dalam kalangan rakyat negara ini, malah jika dilakukan dengan lebih serius boleh dijadikan sebagai kerjaya.

SERI ISKANDAR, 19 MAC 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menyertai Pertandingan “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” (iCompEx) 2019 peringkat kebangsaan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah yang berlangsung selama 3 hari iaitu pada 19 hingga 21 Mac 2019.

SERI ISKANDAR, 19 MAC 2019 - Keusahawanan merupakan teras dan agenda utama kerajaan. Sebagai sebuah institut yang menyokong agenda kerajaan itu, IKBN Seri Iskandar sentiasa berusaha untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam pencapaian akademik, malah mempunyai nilai tambah di dalam bidang keusahawanan. Selain itu, IKBN Seri Iskandar juga secara serius inginkan graduan yang dilahirkan mempunyai nilai keusahawanan yang mantap.

Selasa, 12 March 2019 16:06

PROGRAM MASAKAN BUBUR JAGUNG

SERI ISKANDAR, 12 MAC 2019 – Baru-baru ini, Cawangan Pengurusan Pelajar telah mengadakan Program Masakan Bubur Jagung secara santai dan gotong-royong. Program ini adalah di bawah Program Anugerah Remaja Perdana bersama pelajar yang diadakan pada 12 Mac 2019 jam 3.00 petang di ruang legar surau Bahagian Pentadbiran.

SERI ISKANDAR, 5 MAC 2019 - Pada 4-5 Mac 2019 bertempat di IKBN Seri Iskandar, Program Audit Persijilan SIRIM MS ISO 9001:2015 oleh wakil Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah diadakan. Untuk rekod ini merupakan audit akhir untuk IKBN Seri Iskandar bagi mendapatkan persijilan MS-ISO 9001:2015.

Khamis, 21 February 2019 16:34

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN MS ISO 9001:2015

SERI ISKANDAR, 21 FEBRUARI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Bengkel Semakan Dokumen MS ISO 9001:2015 pada 20-21 Februari 2019 bertempat di Akedemi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Bt. Gajah, Perak.

SERI ISKANDAR, 20 FEBRUARI 2019 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Jumaat, 15 February 2019 16:31

KURSUS TADBIR URUS KOPERASI

SERI ISKANDAR, 15 FEBRUARI 2019 – Koperasi IKBN Seri Iskandar dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) menganjurkan Kursus Tadbir Urus Koperasi kepada ahli koperasi yang diadakan pada 15 Februari 2019 bertempat di Perpustakaan jam 09.00 pagi.

Jumaat, 15 February 2019 16:27

KEMPEN DERMA DARAH 2019

SERI ISKANDAR, 15 FEBRUARI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar baru-baru ini telah mengadakan kempen menderma darah sebagai sebahagian daripada komitmen sokongan untuk masyarakat  dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada 15 Februari 2019.

SERI ISKANDAR, 13 FEBRUARI 2019 –Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Keselamatan Dan kesihatan Pekerja pada 12-13 Februari 2019 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah berlangsung selama dua hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti seperti Ceramah dari Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan disusuli dengan demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dan Asas Pertolongan Cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Seri Iskandar.

Halaman 5 dari 19
 
Find us on Facebook
Follow Us