Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SERI ISKANDRAR, 23 DISEMBER 2019 – Baru-baru ini, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSIP) telah menganjurkan Pertandingan Badminton Beregu Campuran Tertutup 2019 pada 23 Disember 2019 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharahalela. Program ini adalah anjuran Unit Sukan, Cawangan Pengurusan Pelajar di bawah kelolaan Pn. Noorhafizah Bt Isa.

SERI ISKANDAR,  23 DISEMBER 2019 - Peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Semesta  memerlukan persedian lebih daridapa sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

SERI ISKANDRAR, 10 DISEMBER 2019 – Kimpalan ialah suatu proses sambungan antara dua logam di mana melibatkan pencairan suatu logam untuk mengikat bahan lain. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron, kimpalan geseran dan ultrabunyi.

SERI ISKANDRAR, 3 DISEMBER 2019 - Menyemai semangat sukarelawan dan amalan gotong-royong yang menjadi tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari ini.

Jumaat, 22 November 2019 12:39

HIDUP AMALAN GOTONG-ROYONG

SERI ISKANDRAR, 22 N0VEMBER 2019 - Menyemai semangat sukarelawan dan amalan gotong-royong yang menjadi tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari ini.

Inisiatif Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Setor Awam (EKSA)  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 22 November 2019 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di seluruh zon antara usaha menyemai semangat sukarelawan serta menghidupkan kembali amalan gotong-royong dalam kalangan generasi belia.

SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2019  – Lebih 300 orang khususnya pelajar dan staf membanjiri Dataran Astaka, IKBN Seri Iskandar sempena Karnival Sukan Dalaman kali Ke -2 Tahun 2019. Karnival sehari anjuran Bahagia Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Karnival Sukan Dalaman Kali Ke-2 IKBN Seri Iskandar Tahun 2019 pada 20 November 2019 jam 08.00 pagi bertempat di Dataran Astaka.

Jumaat, 15 November 2019 12:33

KURSUS KESELAMATAN KEBAKARAN ASAS BANGUNAN

SERI ISKANDAR, 15 NOVEMBER 2019 - Dengan kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Perak Tengah, Kursus ini dijalankan bagi memberi pengetahuan berkenaan aspek keselamatan kebakaran dalam bangunan terutama di tempat kerja memandangkan institusi ini terlibat dalam melaksanakan kursus yang melibatkan peserta yang ramai.

SERI ISKANDAR, 9 NOVEMBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Transformasi Diri dan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi memastikan setiap staf memenuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) iaitu menghadiri latihan 7 hari setahun.

SERI ISKANDAR, 7 NOVEMBER 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 25 orang dari university Putra Malaysia, Selangor pada 7 November 2019 jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Isnin, 21 October 2019 12:01

SAMBUTAN KARNIVAL SUKAN KBS 2019

SERI ISKANDAR, 13 OKTOBER 2017 – Menyemarakkan lagi Bulan Sukan Negara 2019, Kementerian Belia Dan Sukan telah menganjurkan Karnival Sukan KBS 2019 yang telah melibatkan semua bahagian dan agensi di bawah Kementerian yang telahberlangsung dari 18 hingga 20 Oktober 2019 bertempat di KL Sport City, Bukit Jalil.

Halaman 6 dari 25