Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SERI ISKANDAR, 24 NOVEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Transformasi Diri dan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi memastikan setiap staf memenuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) iaitu menghadiri latihan 7 hari setahun.

Isnin, 26 November 2018 15:18

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG HALAL 2018

SERI ISKANDAR, 23 NOVEMBER 2018 - Buat julung kalinya, pada  23 November 2018 Unit Pengurusan Pelajar telah mengadakan Kursus Penyembelihan Halal Menurut Hukum Syarak bertempat di Astaka Dewan Makan yang melibatkan seramai 61 staf dan 20 orang pelajar. Turut hadir sama En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bagi menyertai bersama kursus ini berjalan sambil turut serta praktikal penyembelihan ayam sambil tunjuk ajar oleh penceramah.

SERI ISKANDAR, 08 NOVEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 10 orang dari Kolej Komuniti Bagan Datok, Perak pada 08 November 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

SERI ISKANDAR, 24 OKTOBER 2018 -Dewasa ini, industri nasyid semakin dilupakan golongan muda yang lebih gemar mengikut aliran muzik semasa. Justeru, bagi memastikan industri nasyid tidak berkubur begitu sahaja, Al Meswak Mu’min Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Nasyid Peringkat Dalaman telah diadakan pada 23 Oktober 2018 Jam 2.30 petang bertempat di Dewan DatoMaharajalela.

Khamis, 18 October 2018 17:04

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OKTOBER 2018

SERI ISKANDAR, 18 OKTOBER 2018Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober 2018 jam 08.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Kejuriteraan Elektronik Elektrik di bawah kelolaan Pn. Nordalilah Bt. Yusoff

Selasa, 02 October 2018 17:02

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT JABATAN

SERI ISKANDAR, 2 OKTOBER – Unit Pengurusan Pelajar telah mengadakan Perlawanan Bola Tampar Peringkat Jabatan pada 2 Oktober 2018 jam 2.00 petang di Padang Bola Tampar, IKBN Seri Iskandar. Perlawanan ini dijalankan sempena aktiviti kokurikolum pelajar yang diadakan setiap minggu hari selasa petang.

Selasa, 02 October 2018 17:00

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN

SERI ISKANDAR, 2 OKTOBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar hari ini membuka ruang seluasnya kepada pelajar untuk menyalurkan aduan dan mendapatkan info terkini mengenai perkhidmatan IKBNSI dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan pada hari Selasa Minggu Pertama setiap bulan.

PERLIS, 27 SEPTEMBER 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 27 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En.Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.

Sabtu, 22 September 2018 10:33

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

SERI ISKANDAR, 22 SEPTEMBER 2018 - Seakan terpinggir, ilmu pengurusan jenazah dianggap bukanlah pengetahuan yang penting untuk dipelajari terutama bagi golongan muda. Malah dalam kebanyakan kes, tanggungjawab itu diserahkan sepenuhnya kepada ahli surau atau masjid sahaja.

Sehubungan itu, dalam usaha memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai ilmu pengurusan jenazah, Cawangan Pengurusan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, baru-baru ini telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah dan Solat Jenazah pada 22 September 2018 di Surau Ibnu Sina jam 08.00 pagi.

Jumaat, 14 September 2018 10:31

TREND MENDAKI BUKIT BEREKEH 2018

SUNGAI SIPUT, 14 SEPTEMBER 2018 - Aktiviti mendaki gunung kini menjadi antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran golongan remaja dan belia khususnya penuntut universiti. Mendaki boleh dianggap sebagai aktiviti yang ekstrem kerana ia memerlukan stamina fizikal dan mental yang kuat, namun ia bukan penghalang kepada penggemarnya dan mereka yang baru berjinak-jinak untuk sertai tanpa mengira jantina.

Halaman 7 dari 19
 
Find us on Facebook
Follow Us