Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

KHAMIS, 5 JULAI 2018 - Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bagi bulan Julai 2018 telah diadakan pada 5 Julai 2018 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela anjuran oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Majlis Penutupan Minggu Paradigma Pelajar Baru Sesi 2/2018.

SERI ISKANDAR, 3 JULAI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari       Politeknik Ungku Omar Ipoh pada  3 Julai 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

SERI ISKANDAR, 7 JULAI 2018 - AUDIT DALAMAN EKSA IKBNSI telah dijalankan pada 2-6 Julai 2018. En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang mengetuai pasukan Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar dan dibantu oleh 10 anggota dari pelbagai zon bagi menilai tahap penerapan elemen EKSA.

 

SERI ISKANDAR, 07 JUN 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) di bawah anjuran Unit Cawangan Pelajar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 7 Jun 2018 jam 05.00 petang di Surau Ibnu Sina. Majlis yang dianjurkan setiap tahun pada bulan ramadhan ini disertai daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Sukan Dan kebajikan Kakitangan (KESKEB).

SERI ISKANDAR, 07 JUN 2018 – YB Sivakumar A/L Varatharaju Naidu Ahli Parlimen Batu Gajah, Perak telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bersama-sama ahli rombongan pada 7 Jun 2018 jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama. Kehadiran beliau bersama ahli rombongan disambut oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama pegawai dan kakitangan.

 

SERI ISKANDAR, 7 JUN 2018 - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) meneruskan tradisi memasak bubur lambuk secara gotong-royong untuk diedarkan kepada orang ramai pada setiap kali tiba bulan ramadhan.

SERI ISKANDAR, 6 JUN 2018 - Peperiksaan penting seperti Peperiksaan Akhir Semesta  memerlukan persedian lebih daridapa sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

SERI ISKANDAR, 16 Mei 2018 – Sambutan Hari Belia Negara Peringkat IKBN seri Iskandar telah diadakan pada 16 Mei 2018 jam 08.00 pagi bertempat di Padang Kawad. Turut hadir sama En. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama kakitangan dan para pelajar. Majlis Sambutan Hari Belia Negara ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Umum di bawah kelolaan En. Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

SERI ISKANDAR, 16 MEI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2017 di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum. Sambutan tersebut telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela.

Rabu, 16 May 2018 12:40

PERHIMPUNAN BULANAN BULAN MEI 2018

SERI ISKANDAR, 16 MEI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bulan MEI 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Perhimpunan ini adalah di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum (JPU) kelolaan En.Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

Halaman 9 dari 19
 
Find us on Facebook
Follow Us