Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

Masjid Tanah, 17 Jun 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) telah melangsungkan Majlis Anugerah Perkhimatan Cemerlang bagi Tahun 2019 secara tertutup di Aseana Cafe, Jabatan Hospitalitii. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan, mengiktiraf sumbangan serta jasa bakti pegawai dan kakitangan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

 

Majlis telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan mematuhi SOP (PKPP) yang telah ditetapkan. Majlis dihadiri oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir selaku perasmi majlis, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Cawangan dan pegawai yang menerima anugerah. 

 

Selain acara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019, majlis turut meraikan dan memberi penghargaan kepada Pekerja Terbaik Bulanan bagi Bulan Mac, April dan Mei 2020. Semoga penganugerahan ini memberi motivasi kepada seluruh pegawai IKTBN Alor Gajah untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dalam menjalankan tugas.

 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019

(Dari kiri: En. Norhasim bin Aladin, Pn. Shahrul Naimah binti Zulkifli, Pn. Fathahiyah binti Khozari, En. Mohd Farihan bin Jamaludin, Pn. Fadhlina binti Arfanuddin, En. Faizul bin Ragiman dan Pn. Noormawati binti Abu Hassan)

Penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan 2020

(Dari kiri: Pn. Ezwani binti Mohamad, En. Mohd Rizan bin Gani, En. Abdul Rahim bin Alip, Pn. Norfadillah binti Mohd Arshad, En. Basok Alwi bin Kalle Mangadji, Pn. Rohaya binti Adam dan En. Norazman bin Mohamad)

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

Masjid Tanah, 06 Mei 2020 – YB. Datuk Hj. Amirudin Yusof, Adun Ayer Limau Melaka telah sudi hadir dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada pelajar yang masih berada di IKTBN Alor Gajah.  YB Datuk juga turut menyampaikan sumbangan berbentuk hidangan bubur lambuk untuk dinikmati oleh warga kerja yang tinggal di kuarters dan juga kepada para petugas yang berada di Institut. Turut hadir bersama menyaksikan sesi penyerahan sumbangan tersebut ialah Tuan Pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir dan Penyelaras Dun Ayer Limau.

Datuk turut memberikan kata-kata nasihat agar semua warga kerja dan pelajar IKTBN Alor Gajah sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan disamping melaksanakan ibadah bulan Ramadan dengan tekun. Pihak Institut mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan oleh YB Datuk.

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Sumber: Facebook IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 07 Mei 2020 – Unit Kerohanian Hal Ehwal Islam di bawah Bahagian Pengurusan Pelajar yang diketuai oleh Pembantu Hal Ehwal Islam, Ustaz Abdul Halim bin Elias bersama warga IKTBN Alor Gajah (IKTBNAG) telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran dan Bacaan Tahlil secara berkelompok baru-baru ini. Majlis pada kali ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana pada kali ini majlis bersiaran langsung melalui aplikasi Zoom memandangkan Malaysia masih di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Majlis tersebut telah disertai oleh Pengarah IKTBNAG, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir dan keluarga, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan (TPPL) IKTBNAG, Puan Shahrul Naimah binti Zulkifli dan keluarga serta warga kuarters yang lain bersama-sama ahli keluarga masing-masing.

  

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 04 Mei 2020 - Warga IKTBN Alor Gajah (IKTBNAG) telah berkongsi rezeki dengan penyediaan Kit Ramadan baru-baru ini. 42 Kit Ramadan telah berjaya dikumpulkan dan diedarkan kepada pekerja keselamatan, pekerja pembersihan, pembantu operasi dan pemandu IKTBNAG sempena bulan mulia ini. Kit Ramadan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKTBNAG, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir selepas tamat waktu bekerja. Sumbangan ikhlas daripada seluruh warga IKTBNAG ini berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, telur, gula, minyak masak, minuman dan biskut.

Objektif program adalah untuk mengajak semua warga IKTBNAG bersama-sama berganding bahu dan berkongsi rezeki serta meringankan beban sebagai persediaan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Pengarah IKTBNAG mengajak warga IKTBNAG yang lain untuk terus bersama menghulur bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan berharap program ini akan berterusan bukan sahaja di bulan Ramadan, malah di masa akan datang.

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Sumber: Facebook IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 24 April 2020 - Satu program sukarelawan belia membantu kumpulan terjejas sewaktu PKP Covid 19 Melaka telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Program seterusnya iaitu Misi Bantuan mula bergerak ke seluruh Negeri pada 23 April 2020 dan IKTBN Alor Gajah terpilih bagi penerimaan bantuan yang berupa barangan keperluan harian bagi meringankan beban sempena ketibaan Ramadhan.

Misi Bantuan IKTBN Alor Gajah telah diselaraskan oleh para sukarelawan IKTBN Alor Gajah dan diedarkan terus kepada 28 penerima yang terdiri daripada kakitangan Institut.

Program ini merupakan anjuran Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan Malaysia (MYSO) dan Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) serta Persatuan Gerakan Kemanusian Malaysia ( MyHumantarian) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Sumber: Facebook IKTBN Alor Gajah

Selasa, 17 March 2020 15:31

KEMPEN KESELAMATAN PEMANDUAN MOTOSIKAL

Masjid Tanah, 13 Mac 2020 – Satu Kempen Keselamatan Pemanduan Motosikal Secara Selamat Peringkat IKTBN Alor Gajah kepada pelajar IKTBN Alor Gajah telah dilaksanakan bersempena bermulanya Cuti Pertengahan Semester ILKBS pada 14 hingga 22 Mac 2020. Aktiviti pemeriksaan motosikal, penyerahan pamplet keselamatan jalanraya dan semakan suhu badan pelajar antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir bersama warga kerja IKTBN Alor Gajah. Semoga semua pelajar IKTBN Alor Gajah senantiasa berhati-hati dan selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Jumaat, 13 March 2020 10:32

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING

Masjid Tanah, 12 Mac 2020 - Perlawanan persahabatan bola jaring diantara Kolej Komuniti Masjid Tanah dan IKTBN Alor Gajah telah diadakan di padang serbaguna IKTBNAG sebagai latihan persediaan atlet Bola Jaring IKTBN Alor Gajah ke Karnival Sukan ILKBS Se-Malaysia yang akan diadakan pada bulan September 2020 akan datang.

 

 

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Sumber daripada: Nurhanani Tarik (KC Pengurusan Pelajar)

Masjid Tanah, 12 Mac 2020 - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari dan Februari 2020 Peringkat IKTBN Alor Gajah telah berjaya dilaksanakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan selaku penganjur bersama Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti dan Cawangan Pembangunan, Penyelenggaraan dan ICT bertempat di Dewan Tun Syed Ahmad Al-Haj.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya, Bacaan Ikrar Penjawat Awam dan Bacaan Doa oleh pegawai IKTBNAG.  Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti bulanan Januari dan Februari oleh Warga IKTBNAG seterusnya Ucapan Pengarah IKTBNAG, Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Penyampaian hadiah hari lahir oleh Keska sesi 2018/2020 serta Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan. Pengarah menyampaikan amanat kepada semua pelajar dan pegawai agar menitikberatkan kebersihan diri terutamanya di musim penularan wabak Covid-19 serta menjaga keselamatan diri semasa cuti pertengahan semester yang akan bermula dari 16 hingga 20 Mac 2020.  Majlis bersambung dengan gimik penyerahan bendera kepada peserta World Skills Malaysia (Belia dan Pengajar) WSMP/WSMB 2020 dan peserta iCompex yang akan bertanding di salah sebuah negeri di Pantai Timur, Malaysia. Tahniah dan semoga semua urusan peserta dipermudahkan dan pulang membawa kemenangan.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Khamis, 12 March 2020 16:57

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Seremban, 6 Mac 2020 - Satu program lawatan sambil belajar yang melibatkan seramai 24 orang pelajar Diploma Teknologi Hospitaliti Pengurusan Pastri & Roti (DHR 34 Sesi 1/2020) bersama dengan 2 orang pegawai pengiring telah diadakan di Kilang Yakult Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan.

Program ini merupakan salah satu tugasan bagi subjek DHR 4512 Pastry & Bakery Hygiene, Safety & Health Administration yang telah diberikan kepada pelajar bagi melengkapkan sesi pembelajaran subjek berkenaan.

Melalui program seumpama ini adalah diharapkan agar pelajar dapat melihat, merasai sendiri dan mempelajari dengan lebih mendalam lagi bagaimana kaedah pelaksanaan pengurusan kebersihan, kesihatan dan keselamatan (hygiene, safety & health) yang diterapkan di kilang berkenaan dan mengaplikasikannya di institusi latihan dan seterusnya ke dalam industri kelak.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Sumber daripada: Mariyati Asri (K/B Penyediaan Pastri, IKTBN Alor Gajah)

Masjid Tanah, 2 Mac 2020 - Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan (MKKP) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) Bilangan 1 Tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan selama lima hari bermula dari 2 Mac 2020 sehingga 6 Mac 2020. Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah IKTBNAG.

Pelbagai program telah dirangka dan program yang telah dihoskan oleh Jabatan Teknologi Elektrik ini telah menjemput pelbagai agensi dan rakan strategik IKTBNAG seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Alor Gajah, Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia Alor Gajah dan Cawangan Trafik, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Axis, CIDB, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Hospital Melaka untuk menjayakan MKKP pada kali ini.

Manakala Kursus Pengendalian Makanan Siri 1, Suntikan Thypin, Kursus Asas Pertolongan Cemas, Program Derma Darah juga telah berlangsung dengan jayanya dengan Program Derma Darah mendapat jumlah penderma yang agak memberangsangkan iaitu 128 orang penderma darah berjaya dikumpulkan berbanding 150 orang yang disasarkan oleh pihak Hospital Melaka.  Kursus Pengurusan Rekod Jabatan dari Jabatan Arkib Melaka dan Kursus Arahan Keselamatan & Keselamatan Dokumen dari Jabatan Keselamatan Negeri Melaka merupakan kursus yang dijalankan pada hari terakhir MKKP disediakan khusus untuk pegawai dan kakitangan IKTBNAG.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Halaman 1 dari 11