Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Masjid Tanah, 2 Mac 2020 - Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan (MKKP) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) Bilangan 1 Tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan selama lima hari bermula dari 2 Mac 2020 sehingga 6 Mac 2020. Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah IKTBNAG.

Pelbagai program telah dirangka dan program yang telah dihoskan oleh Jabatan Teknologi Elektrik ini telah menjemput pelbagai agensi dan rakan strategik IKTBNAG seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Alor Gajah, Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia Alor Gajah dan Cawangan Trafik, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Axis, CIDB, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Hospital Melaka untuk menjayakan MKKP pada kali ini.

Manakala Kursus Pengendalian Makanan Siri 1, Suntikan Thypin, Kursus Asas Pertolongan Cemas, Program Derma Darah juga telah berlangsung dengan jayanya dengan Program Derma Darah mendapat jumlah penderma yang agak memberangsangkan iaitu 128 orang penderma darah berjaya dikumpulkan berbanding 150 orang yang disasarkan oleh pihak Hospital Melaka.  Kursus Pengurusan Rekod Jabatan dari Jabatan Arkib Melaka dan Kursus Arahan Keselamatan & Keselamatan Dokumen dari Jabatan Keselamatan Negeri Melaka merupakan kursus yang dijalankan pada hari terakhir MKKP disediakan khusus untuk pegawai dan kakitangan IKTBNAG.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Sepang, 3 hingga 5 Mac 2020 – Satu bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum NOSS Kajisemula Bilangan 1/2020 bagi bidang Hospitaliti telah berlangsung di Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Camar Laut, Bagan Lalang melibatkan semua ILKBS Bidang Hospitaliti iaitu IKTBN Alor Gajah, IKTBN Bachok, IKBN Peretak, IKBN Miri, IKBN Bandar Penawar dan IKBN Kemasik. Bengkel telah dijalankan bersama oleh IKTBN Alor Gajah dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (Cawangan Teknikal Kualiti) dengan bantuan Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Fasilitator.

Bengkel ini dilaksanakan untuk membangunkan struktur kurikulum berdasarkan COPTA (Code of Practice TVET Program Accreditation) dengan fokus utama kepada Empat Bidang Hospitaliti utama iaitu Penyediaan Pastri, Penyediaan Roti, Penyediaan Makanan dan Penyajian.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Masjid Tanah, 3 hingga 5 Mac 2020 - telah berlangsungnya Knowledge Sharing dan In-House Training bagi Bidang Penyediaan Pastri dan Bidang Penyediaan Makanan yang melibatkan tenaga pengajar dan pelajar Jabatan Teknologi Hospitaliti, IKTBN Alor Gajah dari kedua-dua bidang tersebut. Aktiviti yang sedang berlangsung ini melibatkan Modul Marzipan Figurine and Buttercream Sculpture bagi Bidang Penyediaan Pastri dan bagi Bidang Penyediaan Makanan pula melibatkan Modul  Soup & Main Course (Beef). Semoga sesi perkongsian ini memberi makna dan ilmu yang bermanfaat serta nilai tambah kepada tenaga pengajar dan pelajar dari kedua-dua bidang tersebut.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas / J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Permohonan kemasukan ke ILKBS telah dibuka bermula dari 24 Februari 2020 hingga 31 Mac 2020.  Bagi belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda dikehendaki memohon di laman web https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login dan bagi belia lepasan Sijil Kemahiran Malaysia atau Suruhanjaya Tenaga (ST), anda dikehendaki memohon di laman web https://ekampus.kbs.gov.my/

Mohon sekarang kepada belia-belia yang berminat untuk mendapatkan kemahiran baru atau menambah tahap kemahiran anda.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas / J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

 

Langkawi, 27 Februari 2020 – Jabatan Teknologi Hospitaliti, Bahagian Penyediaan Roti telah menganjurkan satu Study Tours atau Program Navigasi Ilmu bagi pelajar Penyediaan Roti, SHR03 1/2019 bertempat di Langkawi, Kedah dan Slim River, Perak dari 27 Februari sehingga 1 Mac 2020 yang lalu.  Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi kriteria Subjek Umum Teknikal Bakery Administrative Function (UPB3341). Program ini melibatkan penyertaan seramai 24 orang pelajar dan 4 orang pegawai dengan pengisian lawatan sambil belajar ke premis industri meliputi dua kawasan tersebut. 

Terdapat 6 premis industri yang dilawati disepanjang pelaksanaan program ini berlangsung iaitu Lagenda Gamat, Langkawi, Kilang Fresh Coffee (Pemprosesan Kopi), Kilang Pemprosesan Air MIM, Kilang Faizy Glass Blowing and Craft Art, Premis Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang melibatkan pembuatan produk makanan dan barangan tempatan serta Kilang Roti Babu Mokhtar di Slim River, Perak.

 

Lawatan ini bukan sahaja mensasarkan pembangunan produk dalam ruang litup perniagaan tetapi turut mendedahkan pelajar kepada langkah permulaan para usahawan mencorakkan perniagaan mereka dengan konsep 'Zero to Hero' sekaligus memberi inspirasi kepada pelajar untuk merencanakan perkembangan kerjaya individu pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

 

Masjid Tanah, 29 Februari 2020 - Seramai 60 orang Sukarelawan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) dan 3 orang pegawai pengiring telah menyertai Program Gotong Royong Pembersihan dan Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes anjuran Japerun Ayer Limau dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah dan Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Taman Wira Indah. Gotong Royong ini diadakan bagi menghapuskan dan sebagai pencegahan awal penyakit wabak deman denggi di sekitar kawasan Taman Wira Indah, Masjid Tanah.

Disediakan oleh: Nurasrina Abas (J/K Portal IKTBN Alor Gajah)

Sepang, 27 Februari 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Perlaksanaan Latihan Kemahiran Vokasional Bersama IKTBN/IKBN telah dilaksanakan bertempat di Cure and Care Vocational Centre (CCVC). Di antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah cadangan kerjasama kursus bagi tahun 2020 untuk tujuh bidang kemahiran utama Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu bidang Pastri, Elektrik, Kimpalan, Jahitan, Landskap, Aircond dan Corporate Massage. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Maizura (Pengarah CCVC Sepang), Encik Shahrani, wakil dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Puan Siti Yusliani binti Yusof dan Puan Marziana binti Che Ahmad, wakil dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) dan wakil-wakil dari IKTBN/IKBN yang terlibat.

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 26 Februari 2020 - Perlawanan persahabatan Bola Jaring antara team pegawai wanita IKTBN Alor Gajah bersama team pelajar wanita IKTBN Alor Gajah telah dilaksanakan baru-baru ini bertempat di padang sukan serbaguna IKTBNAG. Aktiviti ini diadakan bagi mewujudkan budaya bersukan di kalangan warga IKTBN Alor Gajah.

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Shah Alam, 24 Februari 2020 – Satu Taklimat World Skill Malaysia (Belia)/WSMB dan World Skill Malaysia (Pengajar) / WSMP 2020 telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 5 orang pengajar dan 7 orang pelajar dari Jabatan Teknologi Hospitaliti IKTBN Alor Gajah bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (Ciast) baru-baru ini.

Antara bidang kemahiran yang akan disertai oleh peserta dari IKTBNAG adalah Penyediaan Makanan (Cooking), Penyediaan Roti (Bakery), Penyediaan Pastri (Pastry) dan Penyajian Makanan (Restaurant Service). Pertandingan WSMB dan WSMP ini akan diadakan di UiTM, Dungun & IKBN Kemasik pada 24 hingga 28 Mac 2020 nanti.

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 24 Februari 2020 – Baru-baru ini telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Makerspace-MyBiz Hub@ILKBS di IKTBN Alor Gajah. Mesyuarat penyelarasan ini dianggotai oleh Puan Siti Hasmah binti Mustapha, Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Hannita binti Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kurikulum KBS, Pengarah IKTBN Sepang, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN/IKBN Chembong, Wakaf Tapai dan Miri.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi lawatan ke bengkel Inkubator IKTBNAG bagi melihat dengan lebih dekat lagi pelaksanaan MyBiz Hub@ILKBS bagi bidang Penyediaan Makanan dan Penyediaan Roti iaitu 99 Bakers. Semoga dipermudahkan peluang pelajar-pelajar ILKBS untuk menjadi usahawan yang cemerlang dan kompeten seiring dengan pasaran industri masa kini.

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Halaman 2 dari 11