Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 27 February 2020 10:07

TAKLIMAT KERJAYA DI IKTBN ALOR GAJAH

Masjid Tanah, 21 Februari 2020 – Satu lagi sesi Taklimat Kerjaya dan Temuduga Terbuka bersama Asaga Southern Sdn Bhd dan Asaga Corporation Sdn Bhd telah berjaya dilaksanakan bagi bidang elektrik dalam awal tahun 2020 di IKTBN Alor Gajah.

Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan dan menjalani Latihan Industri 2020 serta belia-belia berhampiran sekitar Melaka. Mereka yang berkesempatan hadir untuk temuduga bagi merebut peluang pekerjaan sebagai Penjaga Jentera Elektrik dan Pendawaian Elektrik.

Syarikat Asaga Southern Sdn Bhd diwakili oleh Encik Amirul Huda Ali iaitu Pengurus Cawangan Melaka, Puan Nor Amira Nordin selaku Penolong Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia cawangan Selatan dan Puan Nur Fasihah Ghadzali selaku Eksekutif Sumber Manusia, Cawangan Utama serta turut hadir sama Encik Mohd Firdaus Mazlan, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IKTBN Alor Gajah.

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Khamis, 27 February 2020 10:00

PERLAWANAN PERSAHABATAN IKTBNAG VS KKTM

Masjid Tanah, 19 Februari 2020 - Satu perlawanan persahabatan telah diadakan di antara IKTBN Alor Gajah vs Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Masjid Tanah bertempat di padang sukan KKTM. Antara acara sukan yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah bola sepak, sepak takraw dan bola tampar yang bertujuan untuk mengekalkan kecergasan, meningkatkan kemahiran bersukan serta mewujudkan budaya bersukan dalam kalangan pelajar. 

Disediakan oleh: J/K Portal, IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 18 Februari 2020 - Satu lawatan penilaian AIT telah berlangsung di IKTBN Alor Gajah, Melaka. Panel penilai yang mengendalikan penilaian tahun ini diketuai oleh Tuan Hj. Borhan Harman, Timbalan Pengarah (Unit Pentauliahan, Peperiksaan dan Persijilan (UPPP) & Unit Pentauliahan dan Verifikasi (UPV) JPK, KSM Putrajaya), Pn. Noriana Md Yassin (Unit Audit Dalam KBS), Pn. Faridah Ismail (Bahagian Pengurusan Maklumat, KBS), Pn. Fadhilah Mohd Yasin, (Unit Audit Dalam, KBS), En. Mohamad Shalizan Ismail dan En. Mohd Fazli Jamal (Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS).

Penilaian telah berlangsung selama 2 hari yang merangkumi Enam bahagian utama iaitu Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran, Indeks Pencapaian Utama, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 18 Februari 2020 - Warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah sentiasa menunjukkan komitmen penuh dalam menghasilkan dan mempromosikan produk inovasi mereka dengan menglibatkan diri secara aktif bersama komuniti setempat. Ini dibuktikan dengan penampilan pengajar dan pelajar IKTBNAG dalam bidang Penyajian bersama wakil penduduk Kampung Paya Lebar, Melaka dalam Rancangan Majalah 3, TV3 menghasilkan produk inovasi Jus Nipah. Selain penampilan pengajar dan pelajar IKTBNAG dalam bidang Penyediaan Makanan melibatkan diri dalam Rancangan Suara Konsumer, TV3 menunjukkan tatacara pengendalian makanan yang baik kepada penonton siaran TV3.

Selain komited menghasilkan produk inovasi, pelajar IKTBNAG juga aktif menyertai pertandingan yang diluar bidang pembelajaran mereka seperti penghasilan video kreatif. Baru-baru ini pelajar IKTBNAG dari Jabatan Elektrik dan Hospitaliti bergabung menghasilkan video pendek dan menyertai pertandingan video kreatif anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Isnin, 17 February 2020 10:44

Program Amal Kasturi Firdaus SHR03 01/2019

Kuala Lumpur, 15 Februari 2020 - Seramai 33 orang pelajar dari Bahagian Penyediaan Roti dan 6 orang Pegawai IKTBN Alor Gajah telah menyertai Program Amal Kasturi Firdausi bertempat di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit, Kuala Lumpur. Program ini merupakan anjuran daripada pelajar Tahap 3 - Bahagian Penyediaan Roti, SHR 03 1/2019.

Tujuan penganjuran program ini diadakan adalah bagi melengkapkan proses penilaian Subjek Elektif E01 Bakery Administrative Function. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong mengemas, menyusun dan membersih pusat aktiviti tersebut. Peserta program juga telah menyampaikan sumbangan daripada warga IKTBNAG dalam pelbagai bentuk seperti barangan keperluan harian, pakaian dan makanan kering serta hasil dari kutipan dana yang telah dijalankan lebih awal. 

program amal 15 Feb

J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Isnin, 17 February 2020 10:35

Lawatan ke MARDI, Serdang, Selangor

SHAH ALAM, 14 Februari 2020 - Seramai 33 Orang Pelajar Bahagian Penyediaan Roti dan 2 Orang Pegawai IKTBN Alor Gajah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MARDI di Serdang, Selangor.

Lawatan yang bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari ini memberi fokus kepada kemajuan dan penyelidikan produk makanan khususnya dalam bidang bakeri. MARDI turut memberi peluang dan pelbagai bantuan kepada bakal-bakal usahawan yang berminat. Selain itu, pihak MARDI turut berminat untuk menawarkan peluang Latihan Industri kepada pelajar IKTBN.

Lawatan Sambil Belajar Ini adalah anjuran pelajar Semester 3 - SHR03 1/2019 bagi penilaian Subjek Umum Teknikal UPB 3341 Bakery Administrative Function.

Mardi Serdang 14 Feb

J/K Portal IKTBN Alor Gajah

Isnin, 17 February 2020 10:29

Lawatan Ke Gardenia Bakeries, Shah Alam

SHAH ALAM, 14 Februari 2020 - Seramai 33 orang pelajar Semester 3 Bahagian Penyediaan Roti SHR03 1/2019 dan 2 orang pegawai IKTBN Alor Gajah telah membuat lawatan ke Gardenia Bakeries yang bertempat di Shah Alam, Selangor.

Lawatan yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang ini menyediakan platform “Study Tours” berkonsepkan santai dengan lawatan ke kilang roti GARDENIA dan melihat kaedah produksi sebenar pembuatan roti disamping memberi maklumat kepada pelajar berkaitan Gardenia Bakeries selaku  pengeluar roti utama negara.

Lawatan sambil belajar ini adalah anjuran pelajar bagi penilaian Subjek Umum Teknikal UPB 3341 Bakery Administrative Function.

gardenia 14 Feb

J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

Khamis, 13 February 2020 16:17

Kursus Asas Pengenalan Rela Siri 01/2020

Masjid Tanah, 8 Feb 2020 - Seramai 170 orang pelajar baru sesi Januari 2020 telah menyertai Kursus Asas Pengenalan Rela Siri 01/2020. Kursus tersebut diadakan sempena penubuhan Skuad Muda Rela IKTBN Alor Gajah. Majlis Penutup telah di sempurnakan oleh Yang Setia, Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela, Tuan Razali Bin Bin Ahmad, Pengarah Rela Negeri Melaka dan majlis turut dihadiri En.Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir, Pengarah IKTBN Alor Gajah.

kursus rela 8 feb

Disediakan oleh:

J/K Portal, IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 26 Mei 2018 - IKTBN Alor Gajah hari ini telah dilawati oleh YB Kerk Chee Yee selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia, Perhimpunan Belia dan Sukan Negeri Melaka di bawah pemerintahan kerajaan baru. Beliau yang hadir pada jam 2.30 petang telah disambut oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir bersama pegawai dan kakitangan.

Di dalam pertemuan tersebut, pengarah terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada YB. Kerk Chee Yee dan memperkenalkan semua kakitangan IKTBNAG serta menyampaikan taklimat berkaitan IKTBN.

YB. Kerk Chee Yee menyatakan tujuan beliau membuat lawatan tersebut adalah ingin mengetahui dengan lebih terperinci peranan dan fungsi IKTBNAG kepada belia-belia di Negeri Melaka untuk beliau bentangkan di dalam mesyuarat DUN yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Lawatan di akhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi.

 

 

 

Disediakan oleh

Unit ICT & Promosi

IKTBN Alor Gajah

Selasa, 17 April 2018 09:51

PROGRAM VISITING PROFESSIONAL

MASJID TANAH, 03 April 2018 – Cawangan Hubungan Industri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah dengan kerjasama Central Cable Berhad Melaka (CCB) telah mengadakan Program Visiting Professional bidang Teknologi Elektrik di Electronic  Convention Centre (ECC) IKTBN Alor Gajah Melaka. Seramai 8 orang pengajar dan 102 pelajar Bidang Elektrik Semester Akhir 2018 telah hadir mengikuti program ini.

CCB merupakan antara pengeluar kabel elektrik di Malaysia yang telah didaftarkan pada 6 Jun 1967. Perkongsian ilmu berkaitan Pengurusan Operasi dan Kerjaya telah disampaikan oleh Zakrysham Zainal Bahry,  Ketua Pegawai Eksekutif CCB, manakala slot proses pembuatan dan pengeluaran kabel disampaikan oleh Mohd Zani Kassim, Timbalan Pengurus Besar CCB. 

Di akhir program Ketua Pegawai Eksekutif CCB menjemput pengajar dan pelajar untuk membuat lawatan sambil belajar di kilang pengeluaran beliau. Program ini turut dihadiri bersama Shahrul Naimah binti Zulkifli, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan dan Muhammad Radzi bin Hamdan, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar serta Ezwani binti Mohamad, Ketua Jabatan Elektrik, IKTBN Alor Gajah.  Slot sesi soal jawab bersama pakar industri ini memberi impak pengetahuan tambahan kepada pengajar dan pelajar. Kerjasama antara IKTBN Alor Gajah dan CCB akan diperluaskan selain dari penempatan latihan industri pelajar.

IMG 20180404 WA0017

Disediakan oleh :

Faizul bin Ragiman

Cawangan Hubungan Industri

IKTBN Alor Gajah

Halaman 3 dari 11