Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

MASJID TANAH, 01 April 2018 – Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Alor Gajah, Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Pusat Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka telah mengadakan Program Impak ILKBS @Komuniti & Program Sinergy KBS 2018 yang melibatkan pelajar IKTBN Alor Gajah dari Jurusan Teknologi Elektrik dan Teknologi Hospitaliti pada 31 Mac dan 01 April 2018 yang lalu. Program secara serentak selama dua hari ini telah dijalankan di 7 buah kawasan iaitu Balairaya Perkampungan Orang Asli Kg. Bukit Payung, Sekolah Tunas Bakti Melaka, Masjid Dahariyah Kg. Berisu, Masjid Ar-Rabbani Kg. Sg. Siput, Masjid Al-Wakil Kg. Lubuk China dan Pondok Barakatul Qodiri Solok Duku, Masjid Tanah, Melaka.

Berkonsepkan “ILKBS Give Back” iaitu menyumbang balik tenaga dan kepakaran serta kemahiran pelajar Institut kepada komuniti setempat, objektif penganjuran program adalah bagi memberi peluang kepada Pelajar Institut ini untuk menzahirkan kepada masyarakat umum keperihatinan KBS dalam membantu menaikkan taraf keadaan sosial dan ekonomi penduduk setempat selain membentuk, menggilap dan melahirkan kumpulan sukarelawan yang kreatif dan profesional melalui pengalaman mereka mengikuti program yang dianjurkan ini. Selain itu, melalui penganjuran program seperti Kelas Memasak Assorted Tart & Muffin Chocolate, Chocchip Cookies & Seafood Spaghetti Aglio Olio, 4 Main Course Production, Table Setting & Mocktail Services, Pembaikan, Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik dan Gotong-Royong Pembersihan ini dapat mempromosikan ILKBS pada masyarakat komuniti setempat dengan lebih dekat lagi di samping mewujudkan tenaga sukarelawan tahap tinggi dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah di pelajari oleh pelajar di institut ini.

           Program yang melibatkan penyertaan seramai 280 orang ini terdiri daripada pelajar IKTBN Alor Gajah dan Persatuan Belia dan Komuniti setempat. Diantara pemimpin masyarakat yang berkesempatan untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah YB Datuk Wira Mas Ermieyati bt. Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah Merangkap Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Hj. Amiruddin b. Yusof, ADUN Ayer Limau, YB Datuk Latipah binti Omar, ADUN Taboh Naning, YB Datuk Hj. Sulaiman bin Md Ali, ADUN Lendu serta Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah iaitu En. Zaidi Bin Tahir.

IMG 20180331 WA0035

MASJID TANAH, 20 Februari 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah melalui Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah mengadakan kursus Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Cgpa Dan Pengurusan Portfolio Versi 1.0 (2017) kepada semua tenaga pengajar di institut ini.

Kursus dijalankan bertujuan sebagai salah satu pemantauan berkala cawangan ini bagi mengingatkan tenaga pengajar mengenai garis panduan pengurusan portfolio dan sistem penilaian cgpa yang terkini selain memberi penerangan dan peningkatan kefahaman terhadap pengurusan pembangunan portfolio pelajar semasa Peperiksaan Akhir Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (ILKBS).

Sesi kursus dimulakan dengan taklimat panduan pelaksanaan sistem penilaian cgpa versi 1.0 (2017), diikuti panduan pengurusan portfolio sistem penilaian cgpa versi 1.0 (2017) dan berakhir dengan perubahan pengurusan eKampus.

Secara keseluruhannya, seramai 45 orang pengajar telah terlibat dengan sesi taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh Mohd Tamrin bin Enche Yusoff selaku wakil dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia. Sesi penerangan ini juga bertindak sebagai medium perantaraan antara CPKK dan para pengajar dimana semasa sesi ini berlangsung semua permasalahan dan persoalan berbangkit di kalangan tenaga pengajar telah diberikan pencerahan dan jawapan yang sewajarnya. Diharapkan dengan adanya sesi penerangan ini pembangunan portfolio pelajar bagi tahun 2018 dapat ditambahbaik untuk kemajuan pelajar dan institut.

2018 20 Februari

Disediakan oleh,

J/K Portal & Promosi

IKTBN Alor Gajah

MASJID TANAH, 27 Februari 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah melalui Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan pakej bahan pembelajaran bidang Hospitaliti kepada semua 22 orang Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian dari 6 buah Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) yang menawarkan bidang Hospitaliti iaitu IKTBN Bachok, IKBN Peretak, IKBN Miri, IKBN Kemasik, IKBN Bandar Penawar dan IKTBN Alor Gajah.

Mesyuarat yang dijalankan selama dua hari iaitu dari 27 hingga 28 Februari 2018, bertujuan untuk menyelesaikan isu melibatkan ketidakseragaman pakej bahan pembelajaran antara ILKBS. Hasil perbincangan semasa mesyuarat ini, dua siri bengkel dijangka akan dilaksanakan bagi pemurnian kesemua pakej bahan pembelajaran. Bidang yang terlibat dalam sesi penyelarasan pada kali ini ialah Bidang Penyajian, Penyediaan Makanan, Penyediaan Pastri dan Penyediaan Roti.

Sesi penutup mesyuarat telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan. Diharapkan dengan adanya mesyuarat ini pelaksanaan pakej bahan pembelajaran sedia ada di semua ILKBS terlibat dapat ditambahbaik seterusnya memperkasa latihan kemahiran di ILKBS.

2018 27 Februari

Disediakan oleh,

 J/K Portal & Promosi

IKTBN Alor Gajah

Alor Gajah, 1 Februari 2018 -  Pra-Audit Luaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di institut ini  dengan dihadiri oleh tiga (3) orang juruaudit dari Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Melaka yang diketuai oleh Azman Bin Yaakob yang merupakan juruaudit yang ditauliahkan oleh pihak MAMPU. Turut hadir bersama adalah  Marianizah Binti Umar serta Noor Adilah Bt Zulkepli.

Lawatan Pra-Audit EKSA ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada semua warga IKTBN Alor Gajah sebagai persediaan menghadapi lawatan sebenar Pensijilan EKSA oleh MAMPU. Aktiviti sepanjang audit adalah lebih menjurus kepada lawatan ke empat (4) zon utama EKSA di IKTBN Alor Gajah yang meliputi Zon Pengurusan, Zon Hal Ehwal Pelajar, Zon Hospitaliti dan Zon Elektrik. Skop audit adalah meliputi proses pelaksanaan EKSA dari segi dokumentasi, aktiviti-aktiviti pelaksanaan yang dianjurkan oleh jawatankuasa induk, serta amalan EKSA dalam persekitaran jabatan.

Hasil penemuan audit disambut dengan hati terbuka oleh warga IKTBN Alor Gajah sebagai teguran yang membina bagi memimpin IKTBN Alor Gajah ke arah mencapai sepenuhnya kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU.

Secara keseluruhan, proses audit kali ini mendapat kerjasama yang positif daripada warga IKTBN Alor Gajah terutama ahli jawatankuasa induk EKSA. Audit yang dilaksanakan memberi input yang sangat baik kepada keseluruhan organisasi dalam melakukan penambahbaikan bagi menghadapi Pensijilan EKSA sebenar yang dijangkakan pada bulan Mac 2018. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama Jawatankuasa Induk EKSA IKTBNAG dan menandatangani buku pelawat oleh semua juruaudit.

Disediakan oleh,

Safura Binti Selamat

Setiausaha J/K Induk EKSA IKTBN Alor Gajah

 

Ayer Keroh, 04 Februari 2018 - IKTBN Alor Gajah hari ini, menghantar pasukan promosi yang terdiri daripada 4 orang pegawai bagi mengadakan pameran interaktif di Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 bertempat MITC Melaka yang belangsung selama 2 hari bermula pada 3 hingga 4 Februari 2018.

Alor Gajah, 29 Januari 2018 - Pada 25 hingga 26 Januari 2018 di IKTBN Alor Gajah telah berlangsung Audit Pemantauan dan naik taraf pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015. Lawatan yang berlangsung selama dua (2) hari tersebut telah dihadiri oleh dua (2) orang juruaudit profesional dari SIRIM QAS International Sdn.Bhd yang diketuai oleh Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat dan hadir bersama adalah Encik Mohammad Hamidi bin Yusop.   

Aktiviti sepanjang audit adalah lebih menjurus kepada pengurusan risiko dalam setiap proses yang dijalankan dalam sesebuah organisasi yang mana ia menjadi fokus utama bagi standard MS ISO 9001:2015. Skop audit adalah meliputi proses pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk semua program latihan kemahiran sepenuh masa yang dilaksanakan di IKTBN Alor Gajah. Di antara proses yang terlibat dalam aktiviti audit kali ini adalah Pengurusan/ Kualiti, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), Perpustakaan, Dewan Makan, Pengurusan Kewangan dan Sumber Manusia.

Hasil dapatan audit mendapati hanya dua (2) ketidakakuran (NCR) diberikan kepada IKTBN Alor Gajah dan tujuh (7)mengikut klausa Peluang Penambahabaikan (OFI). Hasil penemuan audit disambut dengan hati terbuka oleh warga IKTBN Alor Gajah sebagai teguran yang membina bagi memimpin IKTBN Alor Gajah manjadi lebih cemerlang dalam sistem pengurusan kualiti.

Secara keseluruhan, proses audit kali ini mendapat kerjasama yang positif daripada warga IKTBN Alor Gajah amnya dan khususnya semua pemegang prosedur. Audit yang dilaksanakan memberi input yang sangat baik kepada keseluruhan organisasi dalam melakukan penambahbaikan yang berterusan terhadap sistem pengurusan kualiti.

Disediakan oleh

J/K Portal dan Promosi IKTBNAG

MASJID TANAH, 8 Disember 2017  – Bahagian Pengurusan dan Kewangan bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar institut ini telah dilantik sebagai penganjur untuk menjayakan majlis perhimpunan bulanan, bacaan yassin dan tahlil, mesyuarat pengurusan bil 12/2017 dan mesyuarat pegawai & kakitangan bertempat di Surau Al-Qhardawi IKTBN Alor Gajah.  Terdahulu majlis dimulakan dengan solat dhuha berjemaah seterusnya bacaan yassin serta tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Halim bin Elias, kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. 

Majlis diteruskan dengan perhimpunan bulanan dan institut ini dengan bangganya telah menerima tiga orang pegawai baru iaitu Nur Sarina binti Khairuddin bertugas sebagai Ketua Bahagian Penyajian, Siti Zubaidah binti Bakri dan Mohd Saifuddin bin Zakaria yang ditugaskan di Bahagian Penyediaan Roti. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah hari lahir kepada pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan September, Oktober, November dan Disember serta Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan.

Majlis sama turut mengumumkan perpindahan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Normahsyuri binti Md. Shariff yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah di IKBN Peretak.  Majlis diakhiri dengan Mesyuarat Pegawai dan Kakitangan Bil. 2/2017 dan seterusnya Mesyuarat Pengurusan Bil. 12/2017.  Turut hadir, Pengarah IKTBN Alor Gajah, Hajah Salmah Binti Aziz.  Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringkas.

Disediakan oleh,

J/K Portal dan Promosi

IKTBN Alor Gajah

IMG 20171208 WA0005

Selasa, 12 December 2017 12:03

BERITA IKTBN ALOR GAJAH DI MELAKA HARI INI

Newpaper CAD

Isnin, 04 December 2017 16:24

KANVAS BELIA TN50

Sejak Januari tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah turun padang ke seluruh Negara untuk bersama dengan generasi muda Malaysia melalui siri dialog serta pelbagai aktiviti pendampingan yang lain bagi memastikan para belia diberi peluang untuk menyuarakan aspirasi dan idea mereka bagi bersama mencorakkan masa depan Negara dalam mencapai visi Transformasi Nasional 2050 (TN50). Setelah hampir setahun usaha pendampingan ini dijalankan menerusi pelbagai platform termasuk dalam talian, lebih 1.7 juta rakyat dari pelbagai latar belakang telah didekati dan lebih daripada 60,000 aspirasi yang berbeza telah dikumpul dan dianalisa. Kini, inisiatif pendampingan belia TN50 telah melangkah ke fasa terakhirnya.

Kini, kami akan berkongsi dengan anda semua Rakyat Malaysia sorotan digital draf laporan inisiatif pendampingan belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Laporan yang dinamakan ‘Kanvas Belia TN50’ ini menghimpunkan pelbagai aspirasi belia Malaysia untuk era transformasi Negara seterusnya. Sorotan digital ini dikeluarkan untuk memberi gambaran tentang apa yang para belia inginkan buat Negara yang tercinta menjelang tahun 2050 nanti dan akan diaktifkan pada jam 12 tengahari hari ini, 1 Disember 2017 ini di www.mytn50.com/kanvasbelia. Sorotan digital draf ini juga dikeluarkan dengan matlamat untuk mengumpul maklum balas akhir daripada para belia bagi memastikan semua pandangan mereka diambil kira sebelum laporan penuh dimuktamad dan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri pada Januari 2018 ini. Bagi memastikan gambaran komprehensif terhadap pandangan belia dapat diberikan oleh Kanvas Belia TN50, kami ingin menjemput para belia untuk membaca dan memahami sorotan digital yang dikeluarkan ini. Para belia boleh memberikan maklum balas terhadap aspirasi yang dikongsikan oleh rakan-rakan belia mereka serta menambah aspirasi mereka sendiri.

Kanvas Belia TN50 juga memaparkan beberapa idea yang dicadangkan oleh para belia untuk merealisasikan aspirasi TN50 mereka, seperti pembangunan platform bagi menyokong ibubapa dalam perkembangan awal kanak-kanak sehinggalah kepada pembangunan industri-industri baru yang lahir daripada matlamat TN50. Bagi mula menterjemahkan aspirasi kepada realiti, para belia juga dijemput untuk berkongsi idea TN50 mereka sama ada dengan berinteraksi di laman web Kanvas Belia TN50 atau dengan meletakkan hashtag #ideaTN50 kepada sebarang muatnaik mereka di media sosial. Suarakan pandangan dan idea anda sebelum 31 Disember 2017 untuk menjadi sebahagian daripada usaha Transformasi Nasional ini.

Ayuh, bersama kita bina Masa Depan Negaraku!

Halaman 4 dari 11