Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

MASJID TANAH –  25 November 2017, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBN Alor Gajah) bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah dan Pejabat Parlimen Bukit Katil telah berganding bahu dalam menjayakan Program Kesukarelawan ILKBS ‘Touch Point Cabinet Away Day 2017’ Siri 2. Program ini telah dijalankan secara serentak di 2 buah lokasi di dalam Parlimen Bukit Katil dan Melaka Tengah yang melibatkan sebuah Surau dan Bilik Bacaan serta satu unit Pusat Kegiatan Belia di Duyong Melaka.

Objektif penganjuran program adalah bagi menggalakkan dan meningkatkan semangat kesukarelaan serta sikap keperihatinan di kalangan belia melalui pengalaman mereka mengikuti program yang dianjurkan ini. Selain itu, melalui penganjuran program ini juga dapat mempromosikan ILKBS pada masyarakat komuniti setempat dengan lebih dekat lagi disamping mewujudkan tenaga sukarelawan tahap tinggi dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah di pelajari oleh pelajar di institut ini.

Program Kesukarelawanan ini merupakan satu mekanisma untuk mengujudkan satu kumpulan sukarelawan belia yang profesional,  berkemahiran, berpengalaman dan mempunyai sikap yang terpuji seterusnya merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan belia Malaysia yang memiliki peribadi bersepadu dari segi rohaniah, akliah, jasmaniah, bertanggungjawab, berintegriti, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh:

J/K Portal dan Promosi

 

MASJID TANAH –  4 November 2017, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBN Alor Gajah) bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah telah berganding bahu dalam menjayakan Program Kesukarelawan ILKBS ‘Touch Point Cabinet Away Day 2017’. Program ini telah dijalankan secara serentak di 5 buah lokasi di dalam Parlimen Bukit Katil yang melibatkan 3 unit rumah persendirian yang begitu daif dan 2 unit kemudahan awam.

Objektif penganjuran program adalah bagi menggalakkan dan meningkatkan semangat kesukarelaan serta sikap keperihatinan di kalangan belia melalui pengalaman mereka mengikuti program yang dianjurkan ini. Selain itu, melalui penganjuran program ini juga dapat mempromosikan ILKBS pada masyarakat komuniti setempat dengan lebih dekat lagi disamping mewujudkan tenaga sukarelawan tahap tinggi dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah di pelajari oleh pelajar di institut ini.

            Program yang melibatkan penyertaan seramai 250 orang ini terdiri daripada pelajar IKTBN Alor Gajah dan Persatuan Belia dan Komuniti setempat. Diantara pemimpin masyarakat yang berkesempatan untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah YBhg. Tan Sri Hj. Mohd Ali Bin  Mohd Rustam, Pengerusi Penyelaras Pembangunan Parlimen Bukit Katil, YB. Datuk Seri Hj. Md. Yunos Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek serta Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka iaitu En. Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali.

Disediakan oleh:

Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Rabu, 29 November 2017 08:01

BERITA IKTBN ALOR GAJAH DI UTUSAN SARAWAK

berita Sarawak

MASJID TANAH, 3 November 2017 – Baru-baru ini, seluruh negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati, tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa. Sejajar dengan tragedi tersebut, IKTBN Alor Gajah telah menjalankan satu program Gerak Bakti Perihatin, Dinamik Dan Mahir (Perdana) dalam usaha untuk menyumbang bakti dan tenaga untuk kerja membaik pulih kemudahan elektrik di 6 buah pusat pembelajaran agama dan kemanusiaan yang terpilih.

            Antara tahfiz yang terpilih adalah Pusat Kebajikan Barakatul Qodiri, Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Furqan Libanat, Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Furqan Libaning, Pondok Tahfiz Baitussiddiq, Madrasah Al-Qura Lil Banat dan Madrasah Al – Qura. Projek ini bertujuan untuk memberikan bantuan dalam bentuk pemeriksaan, pemasangan dan penyelenggaraan bagi bidang keperluan seperti kerja-kerja elektrik dan pembaikan berskala kecil di pusat pembelajaran agama dan kemanusiaan terutamanya bagi lokasi kemudahan yang digerakkan oleh pihak komuniti sama ada yang mendapat bantuan oleh Kerajaan atau digerakkan secara persendirian.

            Kerja – Kerja penyelengaraan dan baik pulih ini telah dijalankan oleh pelajar-pelajar IKTBN Alor Gajah yang berkemahiran dan antara kerja baik pulih yang telah dijalankan adalah penukaran lampu, palam kuasa dan pendawaian wayar yang baru. Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan harapan dapat membantu pusat pengajian agama ini mempunyai premis pembelajaran yang baik dan kondusif.

Disediakan oleh:

Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

TAHFIZ

Khamis, 23 November 2017 11:58

YOUTH BIZ TALK DI MATRADE KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR,  14 November 2017 - IKTBN Alor Gajah, Melaka telah menerima jemputan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan penglibatan seramai 25 orang pelajar untuk menghadiri Program Youth Biz Talk bertempat di MATRADE Hall, Aras 3, Menara MATRADE, Kuala Lumpur.

Program seumpama ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan MATRADE kepada belia khususnya dan bumiputera amnya.  Peserta turut diperkenalkan kepada usahawan belia Malaysia yang telah berjaya membawa jenama Malaysia ke pasaran dunia seperti Abharuddin Aziz Design, Ryverra Chocolate, Tyzo Sdn Bhd dan Hadid Engineering (M) Sdn Bhd.  Majlis perasmian pelancaran Portal Youth Entrepreneurial Network (YEN) telah dilaksanakan oleh YB Brig. Jen Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serentak dengan perasmian KBS Entrepreneur Pavilion & Walkabout di Aras 2, Menara MATRADE.

Usahawan belia Malaysia digalakkan untuk menghasilkan produk inovasi berjenama Malaysia yang memberi manfaat kepada pengguna dan menggunakan platform Digital Free Trade Zone sebagai sumber pemasaran produk ke luar negara. Mereka boleh mendapatkan latihan secara maya dengan mendaftar secara dalam talian di MATRADE e-learning di laman http://elearning.matrade.gov.my

Disediakan oleh:

J/K Portal dan Promosi

IKTBN Alor Gajah

IMG 20171114 WA0014

MASJID TANAH, 20 September 2017 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka telah tersenarai untuk Program Penarafan Bintang Program Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran 2017. Lawatan Penilaian dan Pemeriksaan ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan kualiti pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia berdasarkan AKTA 652 dan seterusnya memberi taraf bintang ke atas program yang dijalankan di institut ini.

 

Lawatan penarafan ini diketuai oleh Encik Mohd Nor Bin Dollah, Encik Mohd Aidil Fitri B. Ab Razak dan Encik Muzaffar Bin Basharudin daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang meliputi Pemeriksaan Dokumen Input Umum di Bahagian Pentadbiran, Lawatan Pemeriksaan Fizikal Input Umum,  Pemeriksaan Dokumen Input Program di Bengkel Latihan dan Lawatan Pemeriksaan Fizikal Input Program.  Semoga sesi penilaian dan pemeriksaan ini dapat memastikan kecemerlangan institut pada masa kini dan masa hadapan.

Disediakan oleh:

J/K Portal dan Promosi

IKTBN Alor Gajah

ALOR GAJAH, 16 September 2017 - Seramai 40 orang pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Alor Gajah telah terlibat di dalam Program Ziarah Kasih dan Gotong-Royong Sempena Bulan Kebajikan Negara 2017 telah dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Alor Gajah Melaka. Program yang telah berlangsung dari 10 September - 1 Oktober 2017 ini bertujuan bagi memupuk semangat dikalangan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur untuk saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan. Selain daripada IKTBN Alor Gajah terdapat juga institusi lain yang turut menyertai program ini iaitu UiTM Melaka dan ADTEC Alor Gajah.

Program tersebut di khususkan dalam membantu warga emas dan Orang Kurang upaya di Kawasan Kampung Ulu Melaka Pindah.  Terdapat 2 buah rumah di kawasan Kampung Ulu Melaka Pindah yang harus dibersihkan, dimana sebuah rumah yang didiami oleh warga emas perlu dirobohkan dan sebuah lagi yang didiami oleh keluarga Orang Kurang Upaya untuk kerja-kerja pembersihan. Selain daripada membantu golongan-golongan yang memerlukan, para pelajar dapat mengeratkan silaturrahim dan seterusnya dapat menghargai setiap apa yang mereka perolehi setelah mereka melihat tentang kesusahan orang lain serta ianya mampu memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya nilai murni dalam memupuk sikap dan semangat dalam penganjuran aktiviti – aktiviti  khidmat masyarakat. Dengan mengikuti program ini pelajar juga dapat mencari pengalaman dan dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Disediakan oleh:

Pn. Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

jalinan kasih

ALOR GAJAH, 14 September 2017 - Seramai 31 orang pelajar Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor turut diiringi oleh 2 orang guru pengiring telah mengikuti dengan jayanya Latihan Modul KSKV Program Teknologi Elektrik - Tahap 4 yang telah berlangsung selama 5 hari iaitu pada  10 - 14 September 2017 di Jabatan Elektrik, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka.

Modul Latihan ini merangkumi Modul ETE701 HV Installation 1, ETET703 Electrical Manintenance Development Dan ETE801 HV Installation 2 dengan bantuan pengajar-pengajar Bahagian Penjaga Jentera Elektrik di sini. Program seumpama ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu dan mendedahkan para pelajar mengenai keperluan pembelajaran atau pengetahuan dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik (PJE).

Disediakan oleh:

Pn. Cseetee Jimmiliah Nur Hajar

Jabatan Elektrik

kursus KSKV

CHEMBONG, 12 September 2017 – IKTBN Alor Gajah buat sekian kalinya telah menyahut seruan kerajaan dengan melaksanakan Projek Pendawaian Elektrik di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Negeri Sembilan dari 06 - 12 September 2017.  Projek ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan melibatkan seramai 28 orang pelajar Semester 4, Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) dengan di bawah pemantauan 2 orang Pegawai Pengiring Bahagian Pendawaian Elektrik, Jabatan Elektrik IKTBN Alor Gajah. 

Projek Pembaikan Pendawaian Elektrik di IKTBN Chembong yang mengambil masa selama 5 hari ini bertujuan untuk membantu kerja-kerja pendawaian semula yang melibatkan  penyelenggaraan lampu, soket, pendawaian baru pondok pengawal serta asrama di institusi tersebut. Program seumpama ini dapat membantu dalam memberi pendedahan awal kepada para pelajar terhadap situasi kerja sebenar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan khususnya dalam bidang pendawaian elektrik.

Disediakan oleh:

Pn. Cseetee Jimmiliah Nur Hajar

Jabatan Elektrik

IMG 20170912 WA0081

PUTRAJAYA, 8 September 2017 – PUSPANITA Cawangan KBS dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kementerian Belia Dan Sukan 2017 dan Majlis Pelancaran RIMAWATER bertempat di Menara KBS. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Nori Tun Abdullah, selaku Penaung PUSPANITA Cawangan KBS. Malah majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dengan bertemakan “Women KBS Rising Together”, PUSPANITA Cawangan KBS telah menjemput IKTBN Alor Gajah untuk mengadakan pameran mengenai kursus yang ditawarkan. Disamping itu juga, Jabatan Hospitaliti ada membuat jualan ‘Job Order’ kuih-muih dan ‘muffin cake’.  Antara ILKBS lain yang turut serta dalam program tersebut adalah IKBN Peretak dan IKBN Kuala Langat selain pameran dan jualan dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.  Para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan air mineral RIMAWATER dan pelbagai barangan lain di Puspanita Shoppe.

Disediakan oleh:

Pn. Nurasrina Abas

Unit ICT dan Promosi

IMG 20170908 WA0005

Halaman 5 dari 11