Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

ALOR GAJAH, 12 September 2017 - Jalinan kerjasama strategik yang telah dimeterai pada tahun lalu pada 7 September 2016 di antara Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah dengan Eagle Ranch Resort Port Dickson maju setapak lagi dengan pelaksanaan Program Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) pula.

Program ini bertujuan melatih pekerja syarikat dalam peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran seterusnya keterampilan yang dicapai akan melayakkan pekerja dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) terutamanya dalam bidang Penyediaan Makanan dan Penyajian. 

Seramai 18 orang perantis telah menyertai program ini dimana 5 orang dari bidang Penyediaan Makanan Tahap 2, 4 orang dari bidang Penyajian Tahap 2 dan 5 orang dari bidang Penyajian Tahap 3 dari Eagle Ranch Resort.  Program ini juga melibatkan 4 orang tenaga pengajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah yang akan memulakan sesi pembelajaran bertempat di Eagle Ranch Resort Port Dickson.

Disediakan oleh:

En. Faizul bin Ragiman

Cawangan Hubungan Industri

IMG 20170913 WA0016

Jumaat, 15 September 2017 13:42

GERBANG KERJAYA ZON SELATAN 2017

PAGOH, 11 September 2017 - Program Gerbang Kerjaya Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Selatan 2017 telah diadakan dengan jayanya melibatkan beberapa institusi dan tujuh rakan industri.  Institusi yang terlibat adalah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dan tuan rumah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh serta bersama tujuh rakan industri. Para pengunjung berpeluang melawat pameran pekerjaan, pameran inovasi dari ILKBS dan mengikuti sesi bual bicara bersama seorang lepasan ILKBS yang berjaya iaitu  Saudara Mohd Fadzil Bin Parnian lepasan bidang Penjaga Jentera Elektrik A1 sesi 2/2016 IKTBN Alor Gajah yang telah memiliki syarikat dan berkongsi pengalaman kejayaan beliau.

Pemeteraian jalinan kerjasama antara rakan industri dengan IKTBN/IKBN ini telah disaksikan oleh YB. Tuan Haji Ismail Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor dan YBhg. Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Memorandum Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah,  Puan Salmah Binti Aziz manakala pihak syarikat diwakili oleh Encik Hiroki Mori, Timbalan Pengarah Urusan, Sushi Kin Sdn Bhd dan Encik Selvam Lasor Pengarah Kontrak & Servis mewakili syarikat Naluri Alam Cergas Sdn Bhd.  Jalinan kerjasama berbentuk peluang menjalani latihan industri dan memperoleh penawaran kerjaya yang lebih baik kepada pelajar serta program Trainer the Trainer bagi tenaga pengajar IKTBN Alor Gajah.

Disediakan oleh:

En. Faizul bin Ragiman

Cawangan Hubungan Industri

IMG 20170913 WA0011

MASJID TANAH, 25 Ogos 2017 - IKTBN Alor Gajah hari ini mengadakan Perhimpunan Bulanan Julai dan Ogos serta Sambutan Kemerdekaan Peringkat IKTBN Alor Gajah. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya serta Ikrar Rukun Negara. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Amirudin bin Yusof, ADUN Ayer Limau.

Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Hj. Amirudin bin Yusof, beliau menyarankan belia-belia agar menghargai kemerdekaan yang diperolehi hasil daripada pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu dan para pejuang kemerdekaan.

Hadirin juga diingatkan untuk menikmati kemerdekaan dengan penuh rasa syukur dan berharap akan mengekalkan kemerdekaan ini sebaiknya.  Dalam majlis ini Yang Berhormat Datuk Hj Amirudin dengan diiringi oleh Puan Hajah Salmah binti Aziz telah menyampaikan hadiah Pertandingan Kebersihan Asrama, Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Julai dan Ogos serta Penyampaian Sijil Penyertaan Diskusi Kemerdekaan yang dihadiri oleh pelajar IKTBN Alor Gajah di KUIM pada 8 Ogos lalu.

Majlis diserikan lagi dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontingen IKTBN Alor Gajah yang akan menyertai Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Ke-60 Peringkat Negeri Melaka. Sesi penyerahan ini diiringi lagu - lagu patriotik yang menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dikalangan pegawai dan pelajar IKTBN Alor Gajah.

Sejurus tamat majlis, ia diteruskan dengan Bacaan Yaasin Perdana IKTBN Alor Gajah bersempena Sambutan Kemerdekaan Ke-60 di Surau Al-Qardhawi, IKTBN Alor Gajah.

MASJID TANAH, 8 Ogos 2017 -  Pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Alor Gajah telah menyertai Program Diskusi IPT Peringkat Negeri Melaka yang bertema “Demokrasi Berparlimen” bertempat di Dewan Kolej Universiti Islam Melaka. Seramai 10 orang pelajar dari institut ini telah terlibat di dalam program tersebut dimana 3 daripada mereka merupakan Ahli Panel bagi menyampaikan hujah bertajuk ‘Sumbangan Belia Dalam Pembangunan Negara’. Selain daripada IKTBN Alor Gajah, 3 IPT lain yang turut menyampaikan hujah mereka iaitu UCAM dengan tajuk ‘Rukun Negara Pemangkin Negara Maju’, KUIM dengan tajuknya  ‘Perpaduan Kaum Tunjang Kestabilan Negara’ dan Politeknik Merlimau dengan tajuknya ‘’Jatidiri Mempertahankan Demokrasi Berparlimen’.

Program ini adalah sebahagian dari usahasama pihak kerajaan dan Jabatan Penerangan untuk melihat corak pemikiran pemimpin masa depan dengan melihat sejauh mana pandangan, harapan dan keyakinan para belia terhadap Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dialog atau forum menerusi program ini adalah jaringan komunikasi secara ‘smart partnership’ dan ‘platform’ Jabatan Penerangan bertujuan untuk menerap, memupuk dan menyemai semangat positif golongan belia terhadap konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia. Di antara objektif dari program ini adalah bagi menerap nilai-nilai positif terhadap pemahaman belia dalam konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri  terhadap Institusi Raja-Raja dalam kalangan diri belia dan menyemai perasaan belia supaya cintakan negara dan menghormati perlembagaan Negara serta memberi dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab belia sebagai warganegara terhadap sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2017 - Konvokesyen Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) merupakan acara tahunan yang terbesar bagi meraikan pelajar ILKBS yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan. Majlis Konvokesyen ini telah dijalankan pada 7 & 8 Ogos 2017 bertempat di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain daripada majlis graduasi pelajar, IKTBN Alor Gajah (IKTBNAG) juga telah dijemput oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan untuk mengadakan persembahan Koir dan Kumpulan Muzik (Band) bagi menyerikan lagi suasana Majlis Konvokesyen tersebut. Selain daripada persembahan Koir dan Kumpulan Muzik (Band), IKTBN Alor Gajah juga telah mengambil peluang menyertai pameran interaktif  bagi mempromosikan IKTBN Alor Gajah di Majlis Konvokesyen ILKBS Kali ke 13 ini.

Daripada 6,226 graduan yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen tersebut, seramai 427 graduan dari IKTBNAG telah berjaya menerima Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil Lanjutan dalam Bidang Hospitaliti dan Bidang Elektrik. Selain itu graduan IKTBNAG dari Jabatan Elektrik, Ahmad Shahizul Bin. Ab. Rahim telah terpilih menerima Anugerah Graduan Terbaik Peringkat IKTBN Alor Gajah. Majlis Konvokesyen kali ini juga turut menyampaikan Anugerah Penarafan 5 Bintang kepada ILKBS yang telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun 2016  dan penilaian anugerah tersebut telah dijalankan pada bulan April 2017 yang lepas. Daripada 21 ILKBS yang dinilai, 3 ILKBS telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang iaitu IKTBN Alor Gajah, IKTBN Sepang dan IKTBN Bukit Mertajam. 

MASJID TANAH, 27 Julai 2017 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah mengadakan Taklimat Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mendapatkan aspirasi dan pandangan dari kalangan pelajar IKTBN Alor Gajah untuk dijadikan sebagai hala tuju negara menjelang tahun 2050. Dari sebuah negara maju, kita juga harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Seramai 370 orang pelajar dari IKTBN Alor Gajah telah menyertai program ini dan terdapat 30 aspirasi yang telah diberikan oleh pelajar sebagai hala tuju negara menjelang tahun 2050. Panel dan moderator yang terlibat dalam sesi dialog pada kali ini ialah Timbalan Pengarah HEP, Muhammad Radzi Bin Hamdan selaku panel dan Azmir Irwan bin Mad Aris sebagai moderator.

Perbincangan dan dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) peringkat IKTBN Alor Gajah telah diadakan dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam (2 jam 30 minit) di mana pelajar, moderator dan panel berdialog bagi membincangkan aspirasi mereka bagi tahun 2050. Pelajar beraspirasi peluang pekerjaan yang meluas dalam bidang kemahiran pada masa akan datang serta mempunyai tangga gaji minimum sekurang-kurangnya RM2,500 ke atas selain meluaskan peluang pekerjaan kepada pelajar kemahiran sehingga ke peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat memberikan impak yang besar kepada modal pembangunan insan negara, membawa perubahan yang baik, dipandang tinggi oleh negara luar dan seterusnya mampu meningkatkan ekonomi negara dalam pasaran dunia.

MASJID TANAH, 04 Jun 2017 – Warga kerja dan pelajar tahun Akhir Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah telah selesai menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Melaka sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bertempat di Surau Al-Qhardawi pada tahun ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran wakil rasmi Ketua Menteri Melaka iaitu YB. Datuk Wira Hajah Norpipah Binti Abdol dan seterusnya menyampaikan ucapan serta sumbangan dari warga kerja dan pelajar IKTBN AG kepada Tabung Aman Palestin dan Syria kepada Pengurus Aman Palestin Cawangan Negeri Melaka.  Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Lokman bin Hakim, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YBhg. Puan Haslina binti Abdul Hamid, Timb. Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Dr. Hjh. Wasitah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta YB-YB Dun Alor Gajah, Masjid Tanah dan Tanjung Bidara.

Majlis dimulakan dengan solat Asar berjemaah, Majlis Khatam Al-Quran oleh pelajar-pelajar IKTBN Alor Gajah dan seterusnya majlis diimarahkan dengan ceramah Aman Palestin yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan Khas dari Palestin. Majlis diakhiri dengan solat isyak dan terawikh berjemaah.  Semoga program ini dapat merapatkan lagi ukhuwah dan tali silaturrahim antara komuniti dengan pemimpin masyarakat serta melatih para pelajar untuk mendalami Al-Quran sebagai panduan hidup dan seterusnya dapat mempertingkatkan lagi bacaan ayat suci Al-Quran.

ALOR GAJAH, 25 Mei 2017 – IKTBN Alor Gajah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar kepada lepasan IKTBN Alor Gajah dan Anugerah Khas kepada pelajar yang masih dalam tempoh pengajian.

Seramai 28 orang pelajar telah menerima anugerah di dalam majlis ini.  Majlis ini adalah salah satu platform bukan sahaja untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kemahiran, malah majlis ini juga turut memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah memberi khidmat dan sumbangan dalam bidang kesukanan, kerohanian dan kepimpinan.

Dengan penganugerahan yang diberikan ia dapat memberi galakan dan dorongan kepada pelajar yang lain untuk terus bersaing secara sihat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu, kualiti dan tahap kemahiran masing-masing bersesuai dengan saranan kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti.

Majlis Penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Haslina binti Abd. Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik. Turut menyampaikan anugerah kepada para pelajar adalah YBrs. Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah BPKB, Pengarah IKTBN Alor Gajah dan Ketua-Ketua Jabatan.

REMBAU, 29 APRIL 2017 – Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bersama Kelab Bola Jaring IKTBN Alor Gajah hari ini menganjurkan Program Penjelajahan Lasak Peserta Gangsa yang melibatkan seramai 40 orang pelajar Sesi Januari 2017 bertempat di Hutan Lipur Gunung Datuk Rembau, Negeri Sembilan. Seramai 5 orang pegawai dari bahagian ini terlibat sebagai fasilitator bagi melengkapkan komponen penjelajahan lasak, khidmat masyarakat dan rekreasi yang berlangsung selama 2 hari bermula 29 hingga 30 April 2017.

Antara pengisian program adalah mendaki Gunung Datuk, kraf perkhemahan, ‘Jungle Rider’, cara menangani kecemasan di hutan, pembersihan sampah di sepanjang laluan pendakian dan kawasan perkhemahan.  Ianya bertujuan mewujudkan semangat bekerjasama sepasukan serta ketahanan mental yang memberi manfaat kepada para peserta disamping menggalakkan para peserta bergiat aktif dalam aktiviti luar dan memupuk budaya segar, sihat dan selamat di kalangan pelajar IKTBN Alor Gajah, Melaka.

Selasa, 16 May 2017 12:52

JABATAN ELEKTRIK SERTAI PROGRAM NBOS

ALOR GAJAH, 16 MEI 2016 - Seramai 20 orang pelajar dan 3 orang pegawai pengiring Bahagian Pendawai Elektrik IKTBN Alor Gajah hari ini telah menyertai Projek Pembaikan Kuaters Klinik Kesihatan Padang Sebang, Alor Gajah, bagi membantu kerja-kerja pendawaian semula. Projek ini melibatkan 3 buah rumah kediaman kakitangan Klinik tersebut.

Program ini di bawah inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS).  Terdapat pelbagai agensi lagi yang terlibat menyertai projek ini, antaranya Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) , Syarikat Air Melaka (SAMB), pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan lain-lain.

Program ini dapat membantu dan mendedahkan para pelajar kepada situasi kerja sebenar sebelum mereka semua melangkah ke alam pekerjaan khususnya dalam bidang pendawaian elektrik.   

Halaman 6 dari 11