Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

PUTRAJAYA, 12 MEI 2017 -  Bahagian Penyediaan Pastri di bawah Jabatan Hospitaliti, IKTBN Alor Gajah hari ini telah mendapat jemputan khas bagi mengadakan kelas "Bakery Workshop" anjuran Biro Keusahawanan, PUSPANITA Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Dua orang pengajar, Siti Yusliani Binti Yusof dan Marziana Binti Ahmad telah bertindak sebagai fasilitator dengan dibantu oleh 6 orang pelajar daripada Bahagian Penyediaan Pastri.

Bengkel ini telah diadakan bertempat di Podium KBS, Putrajaya dan seramai 30 orang peserta telah menyertai kelas berkenaan. Melalui bengkel ini, peserta dapat mempelajari 3 jenis produk pastri dan bakeri iaitu Cheese tartlet, Sweet Bun dan Chocolate Chips Cookies.

Selain daripada itu, bengkel ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara PUSPANITA KBS dengan institut ini di bawah pimpinan Hajah Salmah Binti Aziz selaku Pengarah IKTBN Alor Gajah, Melaka. Beliau juga merupakan ahli PUSPANITA KBS.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi nilai tambah dan kemahiran kepada peserta untuk menyediakan produk tersebut secara sendiri di rumah secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan diwaktu terluang.

Bengkel ini turut dihadiri oleh TKSU ( Strategik ) KBS, YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid yang merupakan salah seorang peserta yang terlibat. 

MASJID TANAH, 04 MEI 2017– Unit Hubungan Industri Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah menganjurkan sesi taklimat kerjaya dan temuduga kerja oleh McDonalds Malaysia bertempat di Dewan Tun Syed Ahmad Al-Haj pada 4 Mei lalu.

 

Sesi taklimat kerjaya dan temuduga kerja oleh McDonalds Malaysia ini melibatkan seramai 220 orang pelajar IKTBN dari jurusan Teknologi Hospitaliti.  Sesi temuduga selanjutnya pula melibatkan seramai 126 orang pelajar tahun akhir  jurusan Teknologi Hospitaliti yang akan tamat pada bulan Jun dan Disember 2017 serta Jun 2018.  Sesi taklimat kerjaya ini bertujuan memberi peluang kepada lepasan pelajar IKTBN untuk membina kerjaya di McDonalds Malaysia.

 

Antara pengisian program ini adalah Ucapan wakil McDonalds, Kerjaya di McDonalds, Program Latihan dan Kurikulum McDonalds, Pengenalan Skim Khas Latihan & Kerjaya yang direka khas untuk pelajar lepasan IKTBN dan Ganjaran & Kemudahan Perkhidmatan di McDonalds.

MASJID TANAH, 04 MEI 2017- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah melaksanakan Karnival Sukan Dalaman IKTBN Alor Gajah, Melaka pada 31 Mac hingga 28 April baru-baru ini di sekitar IKTBN ini.

Karnival Sukan ini merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Rakan Muda dan kelab-kelab sukan di IKTBN Alor Gajah. Penganjurannya berkonsepkan menyeluruh di mana ia melibatkan semua pelajar dari setiap jurusan IKTBN Alor Gajah.

Antara acara yang dipertandingkan dalam karnival kali ini adalah pertandingan bola sepak 9 sebelah, pertandingan futsal, pertandingan bola jaring, pertandingan bola tampar, pertandingan sepak takraw, pertandingan badminton dan pertandingan ping pong.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan serta Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar. Program ini juga mendukung konsep Malaysia Cergas selaras dengan Dasar Sukan Negara.

ALOR GAJAH, 15 APRIL 2017– IKTBN Alor Gajah menjadi Rakan Strategik dalam Program ‘Career Day’ Jabatan Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kementerian Pertahanan Malaysia yang telah berlangsung di Kem PLKN Jaya Gemilang A’Famosa Resort, Melaka pada hari Sabtu, 15 April 2017.  Program seumpamanya telah berlangsung secara serentak di semua Kem PLKN seluruh negara yang melibatkan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Malaysia.

Program Hari Kerjaya Kumpulan 1 Siri 14/2017 merupakan kesinambungan Modul MyFuture yang telah dilaksanakan bermula pada 28 Mac yang lalu. Ini adalah langkah pertama di mana pelatih telah diberi ujian kecenderungan dan kaunseling kerjaya bagi mengenalpasti minat dan kecenderungan kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang kemahiran daripada peringkat Sijil sehinggalah ke peringkat Diploma.

Program Hari Kerjaya ini bermula dengan sesi taklimat ringkas dari Institut Latihan Kemahiran yang telah dipilih oleh pihak urusetia.  Antara institut yang turut serta dalam program julung kali ini adalah Aswara, KRU Academy, DRB-Hicom, Suria College, MiCost, Giat Mara, Permata dan UCAM. 

Booth Informasi IKTBN Alor Gajah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan pelatih di mana menyaksikan lebih kurang 100 orang pengunjung dari 200 orang pelatih Kem PLKN Jaya Gemilang ini.  Daripada jumlah tersebut booth IKTBN Alor Gajah telah menerima 50 borang permohonan kemasukan secara manual dan selebihnya pelatih digalakkan membuat permohonan secara atas talian melalui laman web eKampus bagi sesi pengambilan Julai 2017 nanti.  

MASJID TANAH, 30 Mac 2017 -  IKTBN Alor Gajah sekali lagi telah menjadi tumpuan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia Dan Sukan, YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid yang membuat lawatan kerja rasmi ke institut ini. Beliau turut diiringi oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran, YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof dan Pengarah IKTBN Alor Gajah, Hajah Salmah Binti Aziz.

Di dalam sesi lawatan tersebut, beliau telah menyempurnakan perasmian bangunan ‘Hospitality Terrace’ yang dikhususkan untuk bidang Penyediaan Roti. Bidang ini merupakan satu tambahan kursus baru di bawah Jabatan Teknologi Hospitaliti yang dirangka dalam program trasformasi IKBN/IKTBN SeMalaysia.

Seterusnya, beliau telah menyampaikan sijil pendaftaran Persatuan Alumni ILKBS Malaysia yang diterima oleh Samsudin Bin Oli selaku presiden persatuan tersebut. Selain daripada itu, beliau sempat membuat perjumpaan dengan Biro Operasi Anugerah Remaja Perdana (ARP), sembang santai bersama kakitangan IKTBNAG dan mengadakan sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Pada sesi petang pula, beliau dibawa melawat ke bengkel latihan Jabatan Teknologi Elektrik dan Jabatan Teknologi Hospitaliti bagi menyaksikan dengan lebih dekat aktiviti pelajar membuat latihan amali. Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) diakhiri dengan pertunjukan ‘Flash Mob’ oleh pelajar-pelajar, majlis tandatangan buku pelawat dan sesi fotografi.

MASJID TANAH, 24 Februari 2017 (Khamis) – Seramai 3 orang Penguatkuasa Kesihatan Daerah Alor Gajah telah membuat pemeriksaan mengejut di institut ini berkaitan menghisap rokok di dalam kawasan premis larangan merokok. Pasukan penguatkuasa yang diketuai oleh Muhamad Ermy Hisham Bin Kassim yang diiring oleh Pengarah IKTBNAG Hajah Salmah Binti Aziz bersama Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Suriani Binti Hasan telah membuat rondaan hampir keseluruhan kawasan institut ini antaranya, kawasan asrama pelajar, dewan makan, kafetaria, kawasan pejabat dan kawasan bengkel latihan.

Tiada saman yang dikeluarkan semasa pemeriksaan tersebut, ini membuktikan kawasan IKTBN Alor Gajah bebas dari asap rokok.

Sebelum itu, pihak pengurusan institut ini ada membuat pemohonan papantanda dan pelekat larangan merokok kepada Pejabat Kesihatan Alor Gajah yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Intergriti Tadbir Urus (JITU) baru-baru ini.

Di akhir pemeriksaan, pihak kesihatan Alor Gajah telah menyerahkan pelekat larangan merokok kepada pengarah IKTBNAG.

MASJID TANAH, 23 Februari 2017 (Khamis) – IKTBN Alor Gajah hari ini di datangi oleh 7 orang delegasi dari ILP Bukit Katil, Melaka yang diketuai oleh pengarah, A. Rahmad Bin Ngah yang turut diringi Timbalan Pengurusan Sumber dan Ketua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset.

Pertemuan diadakan di dalam bilik pengarah IKTBN Alor Gajah Hajah Salmah Binti Aziz. Tujuan kehadiran delegasi ini adalah untuk menyampaikan surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak IKTBN Alor Gajah kerana sudi memindahkan beberapa jumlah aset alih kerajaan Jabatan Elektronik ke ILP bagi tujuan pembelajaran.

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian surat penghargaan dan cenderahati oleh Pengarah ILP Bukit Katil kepada Pengarah IKTBN Alor Gajah, dan seterusnya pemyampaian cenderahati daripada pihak IKTBN Alor Gajah kepada pihak ILP. Sebelum pihak delegasi beredar satu sesi fotografi telah diadakan.

MASJID TANAH, 21 Febuari 2017 (Selasa) – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan institut ini telah dilantik sebagai penganjur untuk menjayakan majlis bacaan yassin perdana yang melibatkan semua kakitangan, warga kerja dan pelajar bertempat di Surau Al Qardawi IKTBN Alor Gajah.

Terdahulu majlis dimulakan dengan solat Zohor berjemaah seterusnya bacaan Yassin serta Tahlil yang dipimpin oleh Mohd Hussairi Bin Anik @ Harun, kakitangan Cawangan Kewangan.

Tujuan utama majlis yassin dan tahlil ini dilaksanakan adalah selain daripada mendoakan kebaikan, ianya juga  bagi menarik golongan belia dan warga kerja bagi  mengimarahkan surau Al Qardawi. Turut hadir, Pengarah IKTBN Alor Gajah, Hajah Salmah Binti Aziz.

Majlis diakhiri dengan perhimpunan bulanan dan mesyuarat kakitangan.

MASJID TANAH, 10 Febuari 2017 -  Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah di bawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Solat Sunat Dhuha bersama Pelajar. Majlis bermula selepas perhimpunan pagi pelajar dan turut disertai oleh pegawai dan kakitangan IKTBN AG. Solat Sunat Dhuha ini dilaksanakan di Surau Al-Qardhawi IKTBN AG.

Sehubungan dengan itu, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas cara dan pelaksanaan Solat Sunat Dhuha oleh Ustaz Abdul Halim Bin Elias. Selepas Solat Sunat Dhuha, majlis disambung dengan tahlil ringkas untuk Pelajar yang kehilangan bapanya pada pagi tadi (Ismail bin Sahdan Jurusan Elektrik PW4 01/17) . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Majlis seperti ini telah dijadikan aktiviti bulanan untuk takwim Hal Ehwal Pelajar di bawah Unit Pembangunan Insan. Ini kerana aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim pelajar diantara pegawai dan kakitangan serta dapat meningkatkan pemantapan rohani pada diri pelajar mahupun pegawai dan kakitangan. 

Isnin, 21 November 2016 08:35

PROGRAM GERBANG KERJAYA IKTBN ALOR GAJAH

Masjid Tanah,16 November 2016-  IKTBN Alor Gajah hari ini telah melaksanakan program Gerbang Kerjaya dengan jayanya dan berjalan dengan lancar. Pelbagai pengisian telah dirangka dan dilaksanakan mengikut aturcara oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku penganjur program kali ini, antaranya ialah temuduga terbuka oleh pihak industri, ceramah bersama pakar motivasi, taklimat kerjaya oleh Job Malaysia, pameran, jualan job order  dan majlis perasmian program.

Halaman 7 dari 11