Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Masjid Tanah,16 November 2016- Cawangan Hubungan Industri IKTBN Alor Gajah hari ini telah mengadakan sesi temuduga bersama pihak industri bertempat di Dewan Tun Syed Ahmad Al Haj. Sesi temuduga ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk meneruskan kerjaya di dalam bidang industri.

Masjid Tanah, 4 November 2016 - Pada 4 nov 2016 (Jumaat) telah berlangsungnya Perlawanan Badminton Persahabatan di antara Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah bertempat di dewan Tun Syed Ahmad Al Haj. Tujuan perlawanan ini di adakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan dan pegawai melalui berlainan agensi serta memupuk semangat kesukanan dikalangan kakitangan dan pegawai. Perlawanan badminton ini telah bermula pada jam 4.30 petang. Tiga kategori yang dipertandingkan adalah beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Keputusan rasmi perlawanan menyaksikan JBSN Melaka mengungguli acara beregu lelaki dan beregu campuran, manakala IKTBNAG menang 2-0 dalam acara beregu wanita. Perlawanan persahabatan ini banyak memberikan kesan positif dari sudut kesihatan dan kesukanan malah memberi ruang untuk perkongsian pengalaman dan idea bagi sebarang bentuk kerjasama ke arah hubungan rapat antara jabatan.

Masjid Tanah, 4 November 2016 (Jumaat) - Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memilih Presiden dan barisan kepimpinan MPP sesi 2016-2018 telah dijalankan di Dewan Tun Syed Ahmad Al Haj IKTBNAG. Pendaftaran pengundi dan proses membuang undi di kalangan pelajar diadakan pada jam 8.00 pagi dan tamat jam 9.00 pagi. Penamaan calon telah diadakan pada 25 Oktober 2016, 5 orang pelajar dari Jabatan Elektrik dan Hospitaliti telah dicalonkan untuk bertanding. Kempen untuk semua calon yg bertanding juga giat dijalankan selepas penamaan calon. Tujuan pilihanraya ini diadakan bukan sahaja untuk memilih kepimpinan MPP tetapi juga untuk mendidik dan memupuk sifat kepimpinan pelajar untuk lebih berketerampilan, dedikasi dan bertanggungjawab. Pilihanraya ini juga telah memberi peluang kepada pelajar untuk memilih calon pemimpin mereka sendiri melalui saluran demokrasi. Moga dgn pilihanraya kali ini barisan kepimpinan MPP yang terpilih menjadi lebih proaktif dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Masjid Tanah, 25 Ogos 2016 - lnstitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah dengan kerjasama Jabatan Hospitaliti selaku tuan rumah telah menganjurkan perhimpunan bulanan Julai dan Ogos sekaligus menutup program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  serta mengadakan pelancaran bulan kemerdekaan ke 59 tahun di Padang Kawad IKTBN Alor Gajah.

Ayer Keroh, 25 September 2016 (Ahad) - Sepanjang dua hari yang lalu, 24 dan 25 September 2016 telah berlangsungnya Program Jom Belajar Koding Peringkat Negeri Melaka di Auditorium, Melaka International Trade Centre (MITC) yang dianjurkan hasil kerjasama Biro Professional Muda, Pemuda UMNO Melaka dan Kementerian Belia dan Sukan. Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan anak-anak muda di Melaka kepada bahasa pengaturcaraan komputer dan kepentingannya dalam meneraju bidang teknologi maklumat pada masa hadapan. IKTBN Alor Gajah telah menghantar peserta seramai 30 orang termasuk seorang pegawai pengiring. Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dan seterusnya sebagai persiapan awal pelajar sebelum  menyertai Pertandingan Hackathon 48jam di Cyberjaya sebelum penghujung tahun 2016 nanti.

Masjid Tanah, 20 September 2016 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah melaksanakan Majlis Ramah Mesra  Sempena Program Korban dan Aqiqah Peringkat IKTBN Alor Gajah, Melaka bagi tahun 1437H/2016M. Program ini telah dianjurkan oleh pihak IKTBN Alor Gajah, Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Qardhawi  dan Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKA) IKTBN Alor Gajah.

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2016 - Pertandingan Pidato dan Deklamasi Puisi (Sajak) ILKBS serta Pertandingan Pidato Antarabangsa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran KBS telah berlangsung bertempat di Pusat Belia Antarabangsa. Seramai 21 orang peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Pidato, 19 orang peserta dalam Pertandingan Sajak dan 19 orang peserta dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di negara ini iaitu bahasa yang telah dimartabatkn sebagai lingua franca pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu. Pendeklamasi sajak dan pemidato yang terpilih mewakili IKTBN AG adalah saudara Mohd Nor Iqmal bin Hawalid dan saudari Siti Zahara binti Ahmad. Ke dua-dua peserta telah mendapat sijil penyertaan. Pertandingan ini tealh berjaya mencungkil bakat dalam diri belia dan meningkatkan keyakinan diri untuk tampil di khalayak ramai disamping memupuk kecintaan pada Bahasa Melayu.

Putrajaya, 5 Oktober 2016 - Pertandingan Rekacipta dan Inovasi peringkat ILKBS 2016 anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia & Sukan telah diadakan di Galeri KBS bermula 4 hingga 5 Oktober 2016. Pertandingan ini melibatkan 17 ILKBS seluruh Malaysia dan sebanyak empat kategori telah dipertandingkan.

Masjid Tanah, 8 Oktober 2016 - Sempena Hari Sukan Negara hari ini, IKTBN Alor Gajah telah mengadakan acara Costume Run. Seramai 486 orang pelajar serta kakitangan telah mengambil bahagian. Laluan larian sejauh 4.82 km bermula dari pintu pagar utama IKTBNAG melalui Ladang Sime Darby Sungai Baharu dan berakhir di Solok Sukun IKTBNAG.

Masjid Tanah, 2 Oktober 2016 (Ahad) - Seminar Transformasi Ketrampilan Diri Pegawai Hospitaliti di bawah Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) bertajuk Protokol, Etiket dan Imej Korporat telah diadakan di Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah yang melibatkan 38 orang pegawai Hospitaliti dari ILKBS.

Halaman 8 dari 11