Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 31 March 2019 17:19

ASEAN Robofest 2019

31hb Mac 2019 . Shah Alam .Pasukan IKTBN Bukit Mertajam telah menghantar robot tempur mereka bertanding di ASEAN Robofest 2019 .Pertandingan robotik ini anjuran MAHIR dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia , Alumni Worlds Skills Malaysia dan Kelab Robot Darul Ehsan

Pertandingan ini dijalankan Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4 Shah Alam Bola Tampar MBSA Seksyen 4 Shah Alam pada 30 dan 31 Mac 2019.

Jumaat, 22 March 2019 15:34

Lawatan ke kilang Elna-Sonic Prai

20hb Mac 2019 .Prai .Satu Lawatan ke kilang Elna-Sonic Prai yang mengeluarkan kapasitor elektrolitik .lawatan disertai oleh 3 orang pengajar dan 25 orang pelajar semester 4 Jabatan elektronik Iktbn Bukit Mertajam.Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat kerjasama dan penandarasan teknologi elektronik yang berada di industri .

harapan kerjasama ini dapat memberikan pendedahan pada pelajar mengenai sektor elektronik yang sedang berkembang pesat .

 

26hb Februari 2019 .Seberang jaya , The light hotel .Tahniah buat Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS dengan kerjasama First Solar Malaysia Sdn Bhd dalam Majlis Konvokesyen kali ke 4 Program Diploma Kemahiran Malaysia bidang Teknologi Mekatronik.

Dalam inisiatif kerjasama strategik ini, IKTBN telah memberi peluang kepada 92 graduan yang merupakan kakitangan First Solar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal ke satu tahap yang lebih tinggi.

KBS terus menyokong baik Program Pemerkasaan Transformasi ILKBS dalam mewujudkan kerjasama dan persefahaman erat "Smart Partnership" di antara institusi dengan pihak industri.

Majlis Konvokesyen Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PTT), First Solar Malaysia Sdn Bhd Kali Ke 4 disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Ybhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YBhg. Dato' Png Soo Hong Vice President and Managing Director First Solar (M) Sdn. Bhd.

Tahniah kepada semua graduan.

Khamis, 14 February 2019 15:11

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

IKTBN BUKIT MERTAJAM, 12 FEBRUARI 2019 – Seramai 9 orang kakitangan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada tahun ini.

Penganjuran majlis ini oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah bertujuan meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 di Royal Ballroom Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan hari ini.

Para penerima anugerah dari IKTBN Bukit Mertajam adalah terdiri daripada Tuan Haji Mohd Sukimi Bin Mat Salleh (Pengarah), En. Hairunizam Bin Osman (Timbalan Pengarah HEP), Maizatulakma Binti Kamaruzaman, Roshani Binti Ismail, Khairul Azlan Bin Ishak, Mutia Sumihah Binti Che Pa@Mustapha, Muhammad Shamer Bin Mushaker, Mohd Nakia Bin Nordin Dan Mohamed Noor Bin Ismail.

Warga IKTBN Bukit Mertajam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima anugerah. Semoga terus cemerlang, gemilang dan terbilang serta dapat mengharumkan nama baik IKTBN Bukit Mertajam di masa akan datang.

BUKIT MERTAJAM, 8 JANUARI 2019 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam berbesar hati menerima kunjungan Y.B. Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di dalam sesi lawatan kerja beliau pada hari ini.

Delegasi lawatan telah disambut oleh En. Mohd Sukimi Bin Mat Salleh, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, En. Muzkhairil Bin Muhamad merangkap Timbalan Pengarah, para pegawai dan pelajar.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En. Mohd Sukimi Bin Mat Salleh, Pengarah IKTBN Bukit mertajam. Seterusnya YBTM KBS telah melawat kawasan IKTBN Bukit Mertajam seperti Bengkel Robot Tempur, Makmal Mekatronik, galeri IKTBN Bukit Mertajam dan lain-lain.

YBTM turut beramah mesra bersama para pelajar IKTBN Bukit Mertajam. Setinggi penghargaan kepada YBTM KBS di atas kesudian berkunjung ke IKTBN Bukit Mertajam. Segala amanat yang disampaikan akan dijadikan panduan untuk kecemerlangan IKTBN Bukit Mertajam.

Dewan Besar IKTBN BUKIT MERTAJAM - 7 Januari 2019 – Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam, bagi sesi kemasukan Januari 2019.

Bagi sesi kali ini, ILKBS pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi diikuti dengan taklimat ibu bapa serta pendaftaran kemasukan ke asrama. Pelajar seterusnya akan mengikuti program Minggu Sillaturahim Sesi 1/2019 bagi memberi peluang kepada pelajar baru menyesuaikan diri dengan persekitaran ILKBS.

Diharapkan para pelajar ini terus bersemangat dalam mengharungi cabaran ditempat baru dan bersedia memulakan latihan kemahiran di bengkel masing-masing.
https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam/

Khamis, 13 December 2018 17:18

KARNIVAL BERKHATAN

BUKIT MERTAJAM, 1 Disember 2018 : Sempena cuti sekolah yang baru sahaja dilalui, pihak IKTBN Bukit Mertajam telah menganjurkan program berkhatan untuk anak-anak pegawai di IKTBN Bukit Mertajam anjuran Kesukeb yang disertai oleh 13 orang kanak-kanak yang terdiri dari anak-anak pegawai yang diadakan di galeri permata dan perpustakaan IKTBN Bukit Mertajam.Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan IKTBN Bukit Mertajam iaitu En. Muzkhairi. Program ini dimulakan dengan perserta berkhatan diarak menaiki motorsikal dari surau An-Nur ke perpustakaan IKTBN Bukit Mertajam.

BUKIT MERTAJAM, 20 November 2018 : Bersempana dengan kedatangan bulan Rabiul Awal ini, Jawatankuasa Surau An-Nur IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2018 bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam. Seramai 550 orang yang terdiri daripada pegawai dan pelajar telah terlibat bagi menjayakan program tersebut.

      Antara aktiviti yang dijalankan di dalam program tersebut adalah perarakan berselawat beramai-ramai yang bermula daripada Dewan Perdana IKTBN Bukit Mertajam sehingga ke perkarangan Surau An-Nur IKTBN Bukit Mertajam.

Turut juga diadakan gotong-royong memasak bubur asyura serta masakan nasi dengan gulai daging yang dimasak oleh para pegawai sendiri.

Semoga Program Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan ini dapat mengeratkan silaturahim antara semua warga IKTBN Bukit Mertajam serta dapat menambahkan kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Jumaat, 02 November 2018 17:15

PROGRAM KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2018

BUKIT MERTAJAM, 2 November 2018 : Untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif,  beberapa aspek penting perlu dititikberatkan dan diberi tumpuan terutamanya dari segi aspek nilai kompetensi keusahawanan yang perlu dipupuk dari akar umbi seseorang usahawan muda.  Selain itu,  peluang – peluang perniagaan juga perlu diceburi oleh golongan remaja bagi menerapkan amalan – amalan perniagaan dalam diri mereka.  Dengan ini, mereka boleh berfikir lebih kritis dan inovatif dalam menjalankan sesuatu bidang perniagaan dan menjana perdapatan disamping menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara.

Subjek Keusahawanan merupakan Subjek Umum bukan teknikal yang terkandung di dalam silibus Pembelajaran di ILKBS. Oleh yang demikian, Penyediaan pelajar tentang ilmu keusahawanan amatalah diperlukan bagi memenuhi objektif dan matlamat penubuhan ILKBS iaiut member pengetahuan keusahawanan bagi melahirkan usahawan di bidang teknikal yang lebih Progresif dan berdaya saing

 Oleh itu, Program Hari Keusahawanan yang diadakan merupakan  salah satu program yang terbaik yang seharusnya diikuti. Terdapat 17 jualan gerai dari Usahawan Muda IKTBN Bukit Mertajam yang menjual Makanan, Minuman serta Barangan berupa perhiasan, bundle dan sebagainya.

Program ini diajur oleh cawangan pengurusan pelajar dengan kerjasama jabatan pengajian umum, majlis perwakilan pelajar dan kelab usahawan iktbn bukit mertajam. Seramai 550 orang pelajar termasuk pegawai IKTBN Bukit Mertajam telah menjayakan program ini.

Selasa, 30 October 2018 09:20

Seminar Industrial Revolution 4.0 dan IOT

30hb Oktober 2018.Bukit Mertajam.Dengan kerjasama bahagian PMO KBS dan PSDC Pulau Pinang , IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan dua seminar yang bertempat di IKTBN Bukit Mertajam dan juga PSDC.Tujuan seminar ini adalah untuk membantu kaitangan ILKBS semalaysia memahami konsep pendekatan mengenai Industrial Revolution 4.0 yang sedang angat diperkatakan pada masa kini.Internet Of Thing adalah satu cabang yang diterapkan didalam IR 4.0.

Halaman 3 dari 9