Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

2hb Oktober 2018.Ciast Shah Alam.Iktbn Bukit Mertajam telah menghantar 2 wakil dalam bidang elektronik dan juga pemasangan elektrik dalam peringkat akhir Pertandingan Kemahiran Malaysia .Pertandingan ini Berlangsung dari 28 hb September sehingga 2 hb Oktober 2018.Pelbagai modul perlu diselesaikan oleh peserta dalam mengejar kemenangan .Bagi bidang elektronik 4 modul perlu diselesaikan iaitu hardware design, assambly, Software Microcontroller dan fault finding .Manakala bidang elektrikal perlu membuat pemasangan pendawaian , program PLC dan Pengujian .Walaupun tidak  berjaya mendapat tempat yang pertama tetapi wakil IKTBN Bukit Mertajam telah diberikan Sijil kecermerlang yang sama taraf dengan SKM tahap 3.Tahniah

Rabu, 26 September 2018 16:39

Boot Camp Elektronik

26 hb September 2018.Bukit Mertajam.Kursus Boot Camp ini telah dianjurkan oleh IKTBN Bukit Mertajam dibawah kelolaan Jabatan elektronik .Kursus yang melibatkan seramai 30 orang ini dijalankan dengan pelbagai modul yang akan memberikan impak kepada belia dlam menempuhi alam perkerjaan .Antara modul yang dijalankan ialah IPC specialist untuk persijilan kompeten antarabangsa bagi bidang elektronik, modul Internet Of Thing untuk pengetahuan ke arah Industry Revolution 4.0 dan Teambuilding untuk meningkatkan jatidiri dan semangat berpasukan yang tingg dlam menempuhi cabaran pekrerjaan.

Jumaat, 07 September 2018 16:29

Lawatan Ke Cypark Solar Farm Kuala Perlis

4 hb september 2018 . Kuala Perlis.Jabatan Elektronik Telah mengadakan Lawatan ke cypark solar farm Kuala perlis unuk menambahkan pengetahuan dlam teknologo solar yang berkaitan dengan elektronik.Seramai 4 orang pengajar telah menyertai program tersebut.berjayanya lawata tersebut adalah atas usaha panel penasihat (TAC) Elektronik IKTBN Bukit Mertajam Dr.Ir Arkam Munaaim.solar adalah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk bekalan elektrik pada masa kini.Taman solar tersebut boleh manmpung keperluan tenaga elektrik sehingga 2500 buah rumah yang berda di kuala perlis.semoga pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Khamis, 06 September 2018 13:57

Tahniah IKTBN Bukit Mertajam ILKBS terbaik

5 September 2018.Putrajaya.Sekali lagi IKTBN Bukit Mertajam telah dinobatkan sebagai ILKBS terbaik bagi tahun 2017 dengan membawa pulang hadiah yang lumayan.IKTBN juga telah memenangi pengurusan jursan terbaik bagi bidang elektrik dan tempat ketiga 

Ahad, 02 September 2018 13:45

Asian Skill Competition Bangkok

2hb September 2018 .Bnagkok Thailand.IKTBN Bukit Mertajam sekali telah menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia peringkat akhir didalam Pemasangan Elektrikal.Bidang ini diwakili oleh seorang  peserta  iaitu En Wan mohd Hanif pelajar jurusan pendawaian elektrik PW4 dan JUrulatihnya En.Nakia Nordin .En Wan mohd hanif mendapat Sijil Kecermerlangan yang melayakkan mereka mendapat Sikil Kemahiran Malaysia tahap 4 bidang elektrik.Kontinjen ini juga telah disertai oleh Pengarah dan juga kakitangan IKTBN Bukit mertajam yang hadir memberikan sokongan kepadanya.

15 hb Ogos 2018 .Bayan Lepas .Kebolehpercayaan peralatan elektronik dapat dipastikan dengan proses pematerian tanpa kecacatan. Peraduan ini mengiktiraf kemahiran terbaik dalam perhimpunan papan bercetak kompleks hand soldering..Pertandingan ini akan diadakan semasa Pameran Buku SMTA 2018 yang terletak di Eastin Hotel Penang, Malaysia.Lebih dua hari, IKTBN Bukit mertajam telah mengahantar 3 peserta yang terdiri dari seorang pengajar dan 2 orang pelajar telah bersaing antara satu sama lain untuk mengolah semula pemasangan elektronik berfungsi dalam had waktu 45 minit. Perhimpunan akan diadili mengikut pematerian mengikut kepersisan IPC-A-610G, IPC J-STD-001G, IPC-7711 / 21C - Kelas 3, kelajuan di mana perhimpunan dihasilkan dan fungsi elektrik keseluruhan perhimpunan. Pengajar Induk IPC akan menjadi hakim.

10hb Ogos 2018 .Bukit Mertajam.Bermula dari 6hb ogos sehingga 9 hb Ogos 2018 , Satu bengkel pembangunan Wim dan perubahan silibus telah diadakan untuk penambaikkan bagi sesi 1/2019 dlam bidang elektronik.Bengkel ini melibatkan 3 buah IKTBN/IKBN iaitu IKTBN Bukit Mertajam , IKTBN Sepang dan IKBN Seri Iskandar .Kaedah pembangunan dadalah berdasarkan format KBS dan juga JPK serta Dihadiri oleh Panel Penasihat (TAC) En Ir Arkam sebgai penasihat sekaligus mengesahkan bahan pembelajaran yang dibangunkan.Antara penambahbaikkan yang ditambah melibatkan kemahiran IR 4.0 , Baikpulih Telefon Pintar dan Surface Mount Technolgy (SMT) mengikut kehendak kemahiran semasa.Moga dengan penambaikkan ini dapat memberikan peljar kemahiran yang diperlukan dalam menempuhi alam perkerjaan.

24hb Julai 2018 .Bukit Mertajam  . Satu kerjasama antara Indonesia dan Malaysia yang melibat Politeknik Bandung TEDC dan IKTBN Bukit Mertajam telah dimeterai dalam mengerat hubungan nusatara dari segi kemahiran yang dicurahkan kepada mahasiswa dan siswi Politeknik bandung .Banyak perkongsian yang dilakukan dalam kerjasama ini termasuk menjalani latihan yang diajar oleh pengajar IKTBN terutama dalam bidang elektrikal , elektronik dan robotik .Seramai 25 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar dari Politeknik Bandung telah menghadiri kerjasama ini.Diharap segala ilmu yang telaj diberikan digunakan sebaik mungkin.

Jumaat, 13 July 2018 12:56

Taklimat PCB Prototyping using laser

13hb Julai 2018.Bukit Mertajam.Satu syarikat daripada LPKF Germany telah membuat taklimat mengenai pembangunan  PCB inatu Printed Circuit Board Electronic Prototyping yang dihasilkan menggunakan laser.Pembangunan PCB ini adalah satu daripada silibus yang dipelajari di IKTBN Bukit Mertajam dalam menghasilkan product elektronik . Ini adalah teknologi terkini yang sedang digunakan di industri dalam menghasilkan product yang lebih terjamin kualiti dan mempunyai ketahanan yang tinggi.

Disediakan oleh : Syahrial Nureddin Kuswadi Bin Mohd Naim

 5hb julai 2018.Bukit Mertajam.Satu Taklimat Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Berasaskan Kecemerlangan (KC)     Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV)   Gunasama Persekutuan .tujuan taklimat ini adalah untuk menerangkan tatacara permohonan kenaikkan pangkat   berasaskan kecermerlangan .taklimat disampaikan oleh pegawai jpk utara .
Halaman 4 dari 9