Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 29 July 2017 11:11

GERBANG KERJAYA ZON UTARA 2017

29HB JULAI 2017.BUKIT MERTAJAM.SATU PROGRAM GERBANG KERJAYA ILKBS ZON UTARA TELAH DIADAKAN DI IKTBN BUKIT MERTAJAM YANG MELIBAT ACARA MENANDATANGI MOU ANTARA IKBN/IKTBN ZON UTARA DENGAN PIHAK INDUSTRI.IANYA SEBAGAI SATU JAMBATAN HUBUNGAN ANTARA ILKBS DENGAN INDUSTRI BAGI MANFAAT PELAJAR DAN JUGA INSTITUT.TERDAPAT JUGA PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA BAGI PELAJAR SEMESTER AKHIR DAN ALUMNI ILKBS YANGMELIBAT BEBERAPA SYARIKAT SEKITAR UTARA .DEMONTRASI DAN HARI TERBUKA BENGKEL JUGA DIADAKAN BAGI MEMBERIKAN MAKLUMAT KEPADA PENGUNJUNG MENGENAI LATIHAN KEMAHIRAN DI ILKBS .

DISEDIAKAN OLEH UNIT KOPORAT IKTBN BUKIT MERTAJAM

21 JUN 2017.AUDITORIUM IKTBN BUKIT MERTAJAM.SATU PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH TELAH DIADAKAN UNTUK SESI AMANAT DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KAKITANGAN IKTBN BUKIT MERTAJAM.IANYA BERTUJUAN UNTUK MENGERATKKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA KAKITANGAN DAN MAJIKAN .SESI UCAPAN DAN BERMAAF-MAAFAN ANTARA WARGA IKTBN BUKIT MERTAJAM DAPAT MEMUPUK SEMANGAT KEKELUARGAAN SETERUSNYA MEMANTAPKAN LAGI KERJASAMA DALAM MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DITETAPKAN . 

 

DISEDIAKAN OLEH UNIT PORTAL IKTBN BUKIT MERTAJAM

Disediakan oleh: Siti Safura Binti Noorsah

 

BUKIT MERTAJAM, 1 JUN 2017 – Cawangan Pengurusan Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Bukit Mertajam telah melaksanakan Program Taklimat Transformasi Nasional 2050 (TN50) IKTBN Bukit Mertajam pada hari ini. Pelbagai aspirasi, harapan, pandangan dan cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh para pelajar IKTBN Bukit Mertajam. Para pelajar yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan sedar bahawa merekalah pendokong pelaksanaan TN50 pada masa akan datang. Melalui taklimat yang diadakan, para pelajar mampu untuk memahami pelaksanaan TN50 yang merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang akan dicapai tiga tahun lagi. Antara aspirasi yang disuarakan oleh para pelajar IKTBN Bukit Mertajam adalah berkaitan penambahbaikan kemudahan pembelajaran, penambahbaikan sistem jalan raya di bandar-bandar bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak serta di luar bandar, penambahbaikan bagi pengukuhan ekonomi dan juga aspek keselamatan negara dan rakyat Malaysia. Program ini telah memberi impak positif kepada para pelajar selain dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar IKTBN Bukit Mertajam untuk menyumbang aspirasi. 

Selasa, 30 May 2017 10:04

SUKAN PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR

 

 

BUKIT MERTAJAM, 30 MEI 2017 – Kejohanan Sukan Antara Pasukan IKTBN Bukit Mertajam telah diadakan pada 24 Mei 2017. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKTBN Bukit Mertajam.

Kejohanan Sukan ini telah dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Tn. Haji Mohd Sukimi Bin Mat Saleh. Untuk Kejohanan Sukan kali ini, Pelajar dan pegawai telah dibahagikan mengikut 4 Pasukan, iaitu Orion, Sigma, Delta dan Alfa. Terdapat 8 acara sukan yang telah dipertandingkan iaitu Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring, Captain Ball, Frisbee dan Tarik Tali.  Ia bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuaan Kejohanan ini dianjurkan adalah untuk menggalakkan Pelajar dan pegawai dalam aktiviti sukan di samping dapat mengeratkan siratulrahim serta dapat menyihatkan tubuh badan.

Untuk Johan Keseluruhan telah dimenangi oleh Pasukan Orion dengan 30 markah, diikuti tempat ke-2 iaitu Pasukan Delta 24 markah, tempat ke-3 Pasukan Alfa 15 markah dan Tempat Ke-4 Pasukan Sigma 12 markah.DISEDIAKAN : UNIT KORPORAT (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

   

PE

BUKIT MERTAJAM, 8 MEI 2017 – Program Khidmat Masyarakat melibatkan Surau Pondok Bahagia Guar Kepayang telah menerima kunjungan pelajar-pelajar jurusan elektrik IKTBN BM di dalam melaksanakan kerja-kerja pendawaian keseluruhan surau tersebut. Surau tersebut baru sahaja mendapat sumbangan masyarakat bagi memperbaiki dan meningkatkan keselamatan pendawaian surau tersebut. Kerja-kerja tersebut melibatkan seramai 39 orang pelajar dan 5 orang pengajar untuk aktiviti selama 2 hari tersebut.  Tambahan kepada kerja pendaian aktiviti sokongan juga dimanfaatkan seperti mengecat dan memperindahkan kawasan surau tersebut.

Program khidmat dan kerja pendawaian seumpama ini bertujuan mempromosikan dan menyahut saranan kementerian untuk memberi penjenamaan dan impak berkaitan IKTBN BM terus kepada masyarakat setempat.

DISEDIAKAN : UNIT KORPORAT (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

    

L

BUKIT MERTAJAM, 8 MEI 2017 – Satu Lawatan Audit Pemantauan bagi menilai Program Anugerah ILKBS 2016 telah dijalankan di IKTBN Bukit Mertajam baru-baru ini. Pasukan Audit Pemantauan tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Borhan bin Harman selaku Pengerusi, wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dan wakil audit dalaman KBS telah hadir ke IKTBN BM bagi mengaudit IKTBN BM untuk anugerah ILKBS Terbaik untuk tahun 2016. Lawatan tersebut telah menilai elemen-elemen penting melibatkan aspek Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Pelajar dan Asrama, Key performance Index serta kejayaan yang telah di capai oleh IKTBN Bukit Mertajam. Pemantauan yang dilakukan selama dua hari tersebut memberi impak yang baik kepada IKTBN BM bagi mengekalkan kecemerlangan institut.

DISEDIAKAN : UNIT KORPORAT (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

    

 

BUKIT MERTAJAM, 24 MAC 2017 – IKTBN BM terus memacu pendekatan kerohanian dan kekuatan jati diri pegawai dan pelajarnya dengan mengadakan kerjasama bersama regimen askar wataniah. Hasil daripada program tersebut, satu Majlis Perbarisan Penutup Asas Perajurit Muda (Sukarelawan) Askar Wataniah telah di adakan di IKTBN Bukit Mertajam baru-baru ini. Program kerjasama IKTBN BM dengan Batalion ke-2 Regimen 509 Askar Wataniah itu melibatkan keanggotaan seramai 100 orang perajurit yang telah tamat menjalani latihan. Program yang berjalan itu di luar waktu latihan dan termasuk hari Sabtu dan Ahad melibatkan aktiviti jasmani, kawad, menembak, medan tempur  dan survival hidup demi memastikan keberkesanan dan kekuatan mental dan jati diri.

Majlis Penutup tersebut dirasmikan oleh Ketua Komander Batalion Ke-2 Regimen 509 Askar Wataniah ini telah dilangsungkan dengan jayanya.

DISEDIAKAN : UNIT KORPORAT ( IKTBN BUKIT MERTAJAM)

          

LAWATAN INDUSTRI KE THE SUMMIT BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

BUKIT MERTAJAM, 1 MAC 2017 – Pendekatan baru IKTBN Bukit Mertajam adalah untuk mendedahkan “Real Job “ di industri kepada pelajar setiap jurusan. Sehubungan itu, Bahagian Pendawaian Elektrik IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan Lawatan ke The Summit Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 22 Februari 2017 yang lalu. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan pada pelajar dan pengajar Pendawaian Elektrik mengenai sistem dimana punca bekalan utama dibekalkan dan diagihkan seterusnya faham akan konsep dan jenis pendawaiaan yang dibuat. Ini juga memberi persediaan bagi pelajar untuk memasuki alam pekerjaan nanti. Secara tak langsung dapat mempromosikan IKTBN Bukit Mertajam kepada agensi luar.

Lawatan ini melibatkan seramai 29 orang pelajar dan 3 orang pengajar pengiring  ia dapat memberi pendedahan sebenar berkaitan dengan modul yang dipelajari serta berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana sistem elektrik dan teknologi di hotel serta pusat membeli belah. Sepanjang lawatan tersebut, pihak The Summit telah memberi taklimat serta penerangan yang sangat khusus berkenaan sistem elektrik yang terdapat di sana.

DISEDIAKAN : MOHD ADLI BIN SHARUL HAYALI ( IKTBN BUKIT MERTAJAM)

   

                                                                                        

28 Februari 2017. Bukit Mertajam.    Demi memastikan peningkatan prestasi institusi latihan Kemahiran Belia (ILKBS) sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan, satu Audit Peningkatan Prestasi Pengurusan oleh Unit Audit dalam Kementerian telah diadakan di IKTBN BM pada 20 sehingga 22 Februari yang lalu. Pengauditan tersebut berlangsung selama tiga hari merangkumi tempoh tiga tahun bermula 2014 sehingga 2016  di dalam menilai elemen-elemen penting dalam mekanisme menjadikan IKTBN BM antara institusi yang berprestasi tinggi. Antara elemen pengauditan tersebut melibatkan pengurusan kewangan, pengurusan pelajar, penyelenggaraan aset, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan asrama, peperiksaan dan keboleh pasaran pelajar. Sepanjang proses pengauditan tersebut, IKTBN BM telah memberi kerjasama yang sebaiknya bagi memenuhi keperluan yang telah dinyatakan oleh pihak pengauditan yang diketuai oleh Puan Noorazrita binti Yaacob

DISEDIAKAN : AINIZA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

BUKIT MERTAJAM, 14 FEBRUARI 2017 –IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan Lawatan Industri ke Malakoff Power Berhad di Segari, Pantai Remis, Perak baru-baru ini.Lawatan tersebut adalah bertujuan mempromosikan IKTBN Bukit Mertajam kepada Industri serta hasil daripada perbincangan kerjasama antara syarikat dan IKTBN Bukit Mertajam sendiri.

            Lawatan ini melibatkan seramai 33 orang pelajar dan 7 orang pengajar pengiring  bertujuan memberi pendedahan sebenar berkaitan dengan modul yang dipelajari serta untuk melihat tempat Latihan Industri kepada pelajar Diploma Penjaga Jentera Elektrik A1 dan A4. Sepanjang lawatan tersebut, syarikat Malakoff Power Berhad telah memberi taklimat peluang kerjaya kepada pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan kaedah`combined cycle`.

            Latarbelakang SEV dan GB3 atau dikenali dengan Lumut Power Plant menghasilkan kuasa penjanaan sebanyak 2940 MW dan dihantar menggunakan talian 275 kV. Loji kuasa ini menggunakan sumber bahan bakar gas dan bahan bakar diesel sebagai alternatif. Malakoff  menyumbang sebanyak 22% daripada keseluruhan angggaran penggunaan kuasa di Malaysia sehari iaitu sebanyak 22000MW.

            Pelajar dan pegawai dibenarkan untuk memasuki kawasan penjanaan yang sedang beroperasi dan diberikan penerangan secara umum.

DISEDIAKAN : MOHD ZAMRI BIN AZALI ( IKTBN BUKIT MERTAJAM)

Halaman 5 dari 7
 
Find us on Facebook
Follow Us