Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

DISEDIAKAN : RAZMAN BIN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

PROGRAM MESRA BOWLING KAKITANGAN IKTBN BUKIT MERTAJAM

12 JANUARI 2017. Bukit Mertajam.    Mengeratkan hubungan dan kemesraan di antara kakitangan adalah elemen yang sangt penting bagi memacu kejayaan sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, Kelab Sukan dan Kakitangan IKTBN Bukit Mertajam (KESUKEB IKTBNBM) baru-baru ini telah menganjurkan Pertandingan Bowling untuk semua kakitangan.

Aktiviti santai seumpama ini menjadi medium untuk bermesra bersama keluarga serta mengenali antara satu sama lain di kalngan kakitangan. Dokongan dan sokongan yang kuat dari Pengurusan IKTBN BM menjadi pemangkin dan kejayaan program seperti ini. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada KESUKEB yang berjaya menganjurkan aktiviti ini.

 

 

DISEDIAKAN : RAZMAN BIN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

MAJLIS BERSAMA PENGARAH DAN KAKITANGAN IKTBN BUKIT MERTAJAM 2017

12 JANUARI 2017. Bukit Mertajam.    Pada 03 Januari 2017 telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah bagi tahun 2017 yang bertujuan untuk memacu kejayaan IKTBN BM bagi tahun 2017 serta memantapkan hubungan diantara warga kerja IKTBN Bukit Mertajam. Perjumpaan ini melibatkan kesemua pegawai dan kakitangan IKBN Bukit Mertajam. Dalam Pertemuan ini, tanda aras 2016 sebagai garis panduan serta pelbagai pesanan dan maklumat terkini dikongsi bersama dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pembelajaran serta pembentangan berkenaan urusan pentadbiran dan kewangan. Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Tuan Haji Mohd sukimi Bin Mat Salleh turut mengingatkan warga kerja IKTBN itu supaya sentiasa bersikap positif dan berusaha memenuhi misi dan visi di samping bekerjasama dalam satu pasukan untuk menghasilkan impak yang berkesan untuk kejayaan organisasi.

ksu 1ksu

 

DISEDIAKAN : RAZMAN BIN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

‘LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM, 5 NOVEMBER 2016 –   “Laksanakanlah tugas dan tanggungjawab dengan telus, amanah dan berintegriti kerana setiap kita akan dipersoalkan diakhirat nanti” itulah antara intipati Amanat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia Dan Sukan sempena Lawatan Kerja ke IKTBN Bukit Mertajam. Turut serta dalam lawatan kerja tersebut adalah Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Ybrs Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Yussof.

Lawatan kerja Dato’ KSU ini amat bermakna kerana lawatan tersebut dipenuhi dengan pengisian pertemuan bersama pegawai dan kakitangan,bagi menzahirkan aspirasi beliau, disusuli dengan sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar. Selain itu juga, Y.Bhg. Dato KSU dan Ybrs. Ketua Pengarah dibawa oleh MPP untuk sesi Pertunjukan Robot dan Inovasi pelajar-pelajar IKTBN BM. Sebagai tanda ingatan kehadiran Y.Bhg. Dato KSU dan Ybrs. Ketua Pengarah, sesi bergambar dan acara menanam pokok turut serta antara agenda lawatan beliau ke IKTBN BM. Terima kasih Y.Bhg. Dato KSU dan  Ybrs. Ketua Pengarah.

 

Capture

 

DISEDIAKAN : ABDUL HAMID BIN SAKMUD (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI TOUCH POINT IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT BALING, 4 NOVEMBER 2016 – IKTBN Bukit Mertajam secara berterusan melaksanakan tanggungjawab Program Khidmat masyarakat. Baru-baru ini, IKTBN BM telah menjalinkan kersama dalam menjayakan Program ‘Touch Point 2016’ anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dengan kerjasama Tenaga Nasional (TNB), MALAKOFF dan pihak kontraktor elektrik sekitar Pulau Pinang dan Kedah. IKTBN telah menghantar seramai 24 orang pegawai dan pelajar Bahagian Pendawaian Elektrik (PW4) ke di Madrasah Misbah Al Falah, Baling untuk membuat kerja- kerja pembaikan dan pendawaian semula pondok-pondok dan rumah orang tua di madrasah tersebut.

Secara khususnya, Program ‘Touch Point’ ini adalah satu program tanggungjawab sosial dari Suruhanjaya Tenaga dan IKTBN BM sendiri iaitu untuk membaiki sistem pendawaian ke atas rumah anak yatim dansekolah-sekolah agama persendirian (madrasah) d idaerah Baling, Kedah. Antara Madrasah lain yang terlibat ialah Madrasah Nurul Isla, Madrasah Zuhdiah dan Madrasah Munawwarah.Majlis perasmian serta Penyampaian Penghargaan Program Touch Point 2016 ini akan disempurnakan oleh Tn. Hj. Ir. Othman Bin Omar, Pengarah Jabatan Operasi Kawasan & Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga bersama Tuan Pengarah IKTBN BM Tuan Hj Mohd Sukimi Bin Mat Salleh

Isnin, 07 November 2016 20:49

PROGRAM MAAL HIJRAH IKTBN BUKIT MERTAJAM

 

Capture

DISEDIAKAN : USTAZAH NOOR AZLINA AZREEN (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

‘PROGRAM MAAL HIJRAH IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM, 18 OKTOBER 2016 –        Program Maal Hijrah bagi tahun 1438 H/2016 M, baru-baru ini telah diadakan Sambutan Maal Hijrah peringkat IKTBN, BM iaitu pada 14 Oktober 2016 bersamaan 13 Muharam 1438 H. Diantara aktiviti yang dijalankan ialah Program Mengacau Bubur Asyura secara bergotong royong serta Program Kuliah Maal Hijrah yang disampaikan oleh  Al-Fadhil Ustaz Subki Bin Mohamed.

Program yang dianjurkan oleh Surau An-Nur dengan kerjasama KESUKEB ini dijalankan secara serentak iaitu Program Mengacau Bubur Asyura bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang manakala Program Ceramah Maal Hijrah pula bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan seterusnya dapat memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melihat seluruh rakyat Malaysia hidup bersatu padu dengan rasa persaudaraan yang tinggi serta aman dan harmoni tanpa ada rasa benci antara satu sama lain.

Isnin, 07 November 2016 20:42

KULIAH PERDANA IKTBN BUKIT MERTAJAM

 

Capture

DISEDIAKAN : RAZMAN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

KULIAH PERDANA IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM, 18 OKTOBER 2016 –   Di dalam memperkasakan latihan kemahiran, IKTBN Bukit Mertajam berterusan dalam mendidik jiwa dan santapan rohani pelajar-pelajarnya demi menjadikan belia yang berakhlak mulia. Sehubungan dengan itu, Program Kuliah Maghrib Perdana telah diadakan di Surau An nur IKTBN BM baru-baru ini. Dengan jemputan penceramah yang hebat serta mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk mendekatkan diri kepada penciptanya. Kuliah-kuliah seperti ini sentiasa berterusan demi melahirkan belia yang bukan hanya hebat dalam bidang kemahiran tetapi berjiwa mukmin.

Capture 2

DISEDIAKAN : RAZMAN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

MAJLIS MENANDATNGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU EMAS DAN PERAK) IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM, 18 OKTOBER 2016 –   IKBN Bukit Mertajam telah mengadakan Lanjutan Program Gerbang Kerjaya 2016 dengan tema “IKTBN Bukit Mertajam bersama Industri”. Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Tuan Haji Mohd Sukimi Bin Mat Salleh. Dalam program tersebut, antara aktiviti dan pengisian  adalah Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara IKTBN BM dengan Jyotoworks (M) Sdn Bhd serta Thasha Communication Sales and Services.

Kandungan perjanjian tersebut menyatakan, Jyotoworks akan menaja dan memilih sekurang-kurangnya 1 pelajar keseluruhannya setiap tahun untuk tempoh 2 tahun serta menyediakan  5 peluang kerjaya tetap serta latihan industri kepada pelajar-pelajar IKTBN Bukit Mertajam. Di samping itu menyediakan peluang melaksanakan “training cum production” di IKTBN BM mengikut terma dan syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Manakala Thasaha Communications pula menyediakan peluang pekerjaan tetap dan latihan industri dalam bidang elektronik.

Capture 1

DISEDIAKAN : RAZMAN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAJAR (PPK)

BUKIT MERTAJAM, 12 OKTOBER 2016 –   IKTBN BM selaku penganjur telah mengadakan Kursus Program Peningkatan Kemahiran Pengajar (PPK) di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas dengan Tajuk Kursus ‘HVAC System Design And Pump & Piping Design’ di bawah Program PPK. Kursus ini melibatkan penyertaan peserta-peserta kursus dari IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Kinarut, IKTBN Dusun Tua dan IKTBN Naka. Kursus yang jalankan selama 5 hari ini sangat bermanfaat kepada semua peserta kursus terutamanya dalam bidang merekabentuk sistem penyaman udara dan piping design. Pengetahuan ini adalah sebahagian daripada modul pembelajaran untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar berkaitan bidang penyamanan udara.

Selasa, 25 October 2016 02:14

HARI SUKAN NEGARA IKTBN BUKIT MERTAJAM

Capture 

DISEDIAKAN : MUHAMAD AZIM BIN ZULKAPLI (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

HARI SUKAN NEGARA  IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM, 12 OKTOBER 2016 –   Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN Bukit Mertajam telah dirasmikan oleh Haji Mohd Sukimi Bin Mat Saleh, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam. Program yang dijalankan serentak di seluruh negara ini adalah satu melibatkan semua kakitangan, pelajar, malahan penduduk di sekitar kawasan Mengkuang juga turut terlibat dalam program tersebut. Program Hari Sukan ini bukan sahaja melibatkan aktiviti sukan bahkan juga jalinan kemesraan dengan masyarakat setempat. Antara tujuan hari sukan negara adalah untuk menggalakkan rakyat malaysia untuk keluar bersukan tidak mengira usia. Di antara aktiviti yang dijalankan di IKBN Bukit Mertajam ialah senamrobik, sepak takraw, futsal, bola jaring dan bola tampar.


DISEDIAKAN : HASHIM BIN AHMAD (IKTBNBM)

“IKTBN BUKIT MERTAJAM MEMBAWA PULANG RM 30,000 DI PERTANDINGAN HI-PER STUDENT COOPERATIVES 2016”

KELANA JAYA, 8 MEI 2016 – IKTBN Bukit Mertajam telah menyertai pertandingan Hi-Per Student Cooperatives 2016 yang dianjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Kerjasama Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) . Sebanyak empat produk inovasi pelajar telah terpilih bagi mewakili IKTBN Bukit Mertajam dan tiga daripadanya telah berjaya membawa pulang hadiah pertandingan di peringkat saringan yang bernilai RM10,000 untuk setiap projek dan keseluruhan sebanyak RM30,000 dalam bentuk geran pembangunan. Tiga produk yang berjaya  ialah Lemang Rotator, Cenderahati dan Power Bag. Tiga produk ini akan melangkah keperingkat seterusnya bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.00

Halaman 6 dari 7
 
Find us on Facebook
Follow Us