Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerima Graduan Terbaik IKTBN Temerloh bagi tahun 2020 dan 2021.

Tahun 2020 : Ahmad Firdaus b. Zasni / DAY04

Tahun 2021 : Mohamad Sahfudin b. Che Hasan / DAU04

Selamat maju jaya.

Jumaat, 22 October 2021 12:03

JASAMU DIKENANG, BUDI MU TERBILANG

13 Oktober 2021 : 

Tiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan,
Itu Adat Itu Lumrah Kehidupan,
Begitulah Rentetan Perjalanan,
Walau Sukar Untuk Ditelan,
Tapi Kaki Tetap Mengorak Jalan,
Selagi Hayat Dikandung Badan.
JASAMU DIKENANG, BUDI MU TERBILANG
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Puan Dewi Sulviyanti Samsi bt. Dr. Soelatoelsamsi sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Unit Kawalan Kualiti Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti selama ini. Diharap Puan Dewi maju jaya dan diberi kesihatan yg baik disamping keluarga tercinta.
Kami mewakili warga kerja Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang perkhidmatan.


Selamat Bersara Puan Dewi.

6 OKTOBER 2021: Sesi Maklumbalas Bersama Pemegang Taruh(Industri Dan Alumni) bagi kurikulum Teknologi Kejuruteraan telah berlangsung secara hybrid. Ia merupakan Salah satu aktiviti untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak Industri dan bekas pelajar institut ini terhadap kurikulum serta pelaksanaan program secara amnya.

Jumaat, 22 October 2021 09:35

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN PEMURNIAN KURIKULUM

4-6 Oktober 2021:Bengkel Semakan Dokumen Pemurnian Kurikulum Teknologi Kejuruteraan IKTBN Temerloh anjuran Unit Kawalan Kualiti,Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah berlangsung secara hybrid dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
aktiviti ini merupakan aktiviti penambahbaikan kurikulum yang dijalankan di institut ini bagi memastikan program yang dilaksanakan adalah menepati kehendak akteditasi MQA.

2-3 Oktober 2021: IKTBN TEMERLOH, Jurusan Teknologi Automotif Penyelenggaraan menjayakan program khidmat masyarakat bersama Frontliner dengan slogan “TERIMA KASIH FRONTLINER”
Program oleh IKTBN Temerloh ini adalah untuk meraikan barisan hadapan memerangi COVID-19 selama ini dan sebagai satu tanda penghargaan serta terima kasih.
Program melibatkan pasukan badan beruniform ini menyediakan perkhidmatan selenggara kenderaan persendirian Frontliner secara PERCUMA sebagai tanda terima kasih.
Aktiviti ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut dan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti :-
-Cucian kenderaan.
-Sanitasi kenderaan.
-Selenggaraan Kenderaan.
-Perkhidmatan Pemeriksaan Aircond kenderaan.
Lebih 70 buah kenderaan telah menyertai program ini diantaranya Polis Di Raja Malaysia(PDRM) daerah Lanchang, Angkatan Tentera Malaysia(ATM) Kem Batu 5, RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,Temerloh(JPAM) & Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) Sukarelawan Malaysia.


"TERIMA KASIH FRONTLINER"

13 September 2021. Seramai 131 orang pelajar IKTBN Temerloh telah hadir mendaftar pada hari ini bagi menyambung sesi pembelajaran.
Setiap pelajar diwajibkan bagi menjalani prosedur berikut:
1. Saringan kesihatan – imbas suhu badan/ memastikan tidak bergejala.
2. Imbas MySejahtera (di pondok pengawal utama dan asrama)
3. Setiap pelajar wajib memakai facemask.
5. Hanya pelajar dibenarkan turun. Ibu bapa/ penjaga perlu kekal dalam kenderaan.
6. Barangan Pelajar di sanitize, Saringan Ujian Kit COVID19 dan check in asrama.
Pihak institut turut memberi pesanan kepada semua pelajar agar sentiasa mengamalkan S.O.P yang ketat sepanjang berada di institut ini.

"TERIMA KASIH FRONTLINER"

8 September 2021: Pihak Pejabat Pertanian Daerah Temerloh dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menjalinkan usahasama bagi melahirkan dan membangunkan usahawan baru atau pelapis terutamanya dikalangan belia bagi menjadi usahawan serta menjalankan perniagaan dalam sektor industri asas tani.

Sehubungan dengan itu, melalui program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda(ARPRM) yang diselaraskan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar Hal Ehwal Pelajar(HEP), pihak Pejabat Pertanian Daerah Temerloh telah menyerahkan sumbangan Insentif Teknologi Program Pertanian Bandar kepada pihak institut. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pertanian Daerah Temerloh, Puan Faridah bt. Mohamad Ramli bersama Puan Nor Muliawati bt. Jantan yang mana telah diterima sendiri oleh Tuan Pengarah IKTBN Temerloh, Ts. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Temerloh.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para belia khususnya pelajar IKTBN Temerloh dalam mengenal peluang keusahawan serta memberi galakan kepada pelajar tentang kaedah dan aktiviti pertanian yang boleh dilaksanakan dalam kawasan yang kecil untuk bertani sebagai hobi, terapi minda dan juga boleh menjana pendapatan melalui anjuran program institut ini.

21-26 Ogos 2021: Program STAR@U: Myfuture Youth Plus bagi kemahiran Penyelenggaraan Penyaman Udara Kenderaan telah dilaksanakan anjuran Fakulti Teknologi  Automotif. Program tersebut dilaksanakan secara Camp Based Training(CBT) di Bengkel 2,Teknologi Automotif, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh. Program ini bertujuan bagi menawarkan peluang kepada beliai bagi mendapatkan Latihan kemahiran secara separuh masa dengan menjalankan kursus jangka pendek menggunakan kemudahan sedia ada di institut ini.

Seramai 10 orang peserta belia telah menghadiri program ini. Peserta telah didedahkan dengan kerja penyelenggaraan serta pembaikan Sistem Penghawa Dingin Berasaskan Kenderaan (HVAC) yang telah berlangsung selama 5 hari.

Diharapkan dengan adanya program ini, ia dapat memberi peluang kepada belia untuk mendapat kemahiran asas dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang negatif.. Selain itu, ia juga membantu institut ini untuk mempromosikan program latihan TVET yang ditawarkan di ILKBS secara amnya dan IKTBN Temerloh secara khususnya

21-26 Ogos 2021: Program STAR@U: Myfuture Youth Plus bagi kemahiran Penyelenggaraan Penyaman Udara Domenstik telah dilaksanakan anjuran Fakulti Teknologi Mekanikal. Program tersebut dilaksanakan secara Camp Based Training(CBT) di Bengkel Teknologi Pembungkusan, Bengkel 5,Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh. Program ini bertujuan bagi menawarkan peluang dan alternatif kepada belia berisiko/minoriti bagi mendapatkan Latihan kemahiran secara separuh masa dengan menjalankan kursus jangka pendek menggunakan kemudahan sedia ada di institut ini.

Seramai 10 orang peserta belia telah menghadiri program ini. Peserta telah didedahkan dengan kerja penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) selama 5 hari ia berlangsung.

Diharapkan dengan adanya program ini, ia dapat memberi peluang kepada belia untuk mendapat kemahiran dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang negatif . Selain itu, ia juga membantu institut ini untuk mempromosikan program latihan TVET yang ditawarkan di ILKBS.

16-26 Ogos 2021: Peperiksaan Akhir sesi 2-2021 (Ogos) IKTBN Temerloh bagi pelajar akhir program Teknologi Kejuruteraan(TK) dan Persijilan Kemahiran Malaysia(SKM) telah diadakan secara hibrid dengan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.Seramai 95 orang telah menduduki peperiksaan tersebut yang terdiri daripada penilaian teori dan amali di tempat yang telah disediakan. Pelajar terlibat telah berada di institut ini bagi pelaksanaan latihan secara Camp Based Training(CBT) sebelum peperiksaan dilaksanakan.

        Pelaksanaan Penilaiana Akhir oleh Pegawai Penilai Luaran(PPL) yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu En. Mohd Anuar b Daud telah dilaksanakan secara atas talian. Proses pemantauan oleh PPL ini telah dilaksanakan secara atas talian yang mana telah diselaraskan oleh Unit Peperiksaan dan Persijilan (UPP) Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK)  buat pertama kalinya. Pemantauan secara maya ini melibatkan sesi penilaian teori dan amali dengan kehadiran Pegawai Penilai Dalaman(PPD) dan Pegawai Penilai (PP) yang terlibat. 

        Semoga dengan pelaksanaan peperiksaan secara hibrid ini dapat berjalan dengan lancar dan beberapa perkara penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi melancarkan proses norma baharu ini pada masa akan datang.

Halaman 1 dari 20