Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

LANCHANG, 27 JUN 2018 – Lawatan pasukan Panel penilai Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) dan Pengurusan Latihan terbaik (PLT) telah diadakan di IKTBN Temerloh. Pasukan Pemantau tersebut terdiri daripada En. Zahari Bin Jusoh (Pengerusi Panel, Timbalan Pengarah ILP Kuala Lumpur), En. Mohd Sukri Bin Hussin (Setiausaha, Penolong Pegawai Kemahiran Kanan, BPKB KBS), En. Anuwar Bin Asmuni (Ketua Audit Dalam, KBS) dan En. Mohd Azli Bin Mohamad Ramlan (Unit Audit Dalam, KBS)

 

TEMERLOH: 27 JUN 2018 bertempat di Pejabat Risda Daerah Temerloh telah diadakan sesi pembentangan produk inovasi Apparatus for Removing Coagulated Rubber (Alat Pencungkil Getah Beku) : Patented IP2017001425 oleh Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh. 

 

 

Putrajaya, 21 Mei 2018 - Sebanyak 10 produk penciptaan baharu dari Projek Tahun Akhir Pelajar Sesi 1/2018 telah berjaya didaftarkan Hak Cipta (Copyright) melalui pihak MyIPO. TAHNIAH kepada semua pelajar bersama Penyelia Projek. Terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi, Jawatankuasa Projek Tahun Akhir Pelajar dan Jawatankuasa Inovasi di atas sokongan dan dorongan kepada semua pelajar.

1. SOLAR FLOOD DETECTOR KIT (LY2018002230)
2. FLIP TWO FACE WINDOW (LY2018002231)
3. TIMING BELT TENSIONER ADJUSTMENT TOOL (LY2018002232)
4. MUD GRIP KIT (LY2018002233)
5. DISTRIBUTION BOARD MONITORING (LY2018002234)
6. SAFETY DETECTION CAR SYSTEM (LY2018002235)
7. MULTIFUNCTION RAKE (LY2018002236)
8. MULTIFUNCTION STAND CLAMP (LY2018002237)
9. BRICK GUIDER INSTALLATION (LY2018002238)
10. TOOL FOR DESTROY INTERCEPTOR (LY2018002239)

Lanchang, 24 April 2018 - Unit Pusat Sumber Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh (IKTBN) telah mengambil bahagian di dalam program “JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR TEN MINUTES anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia (MPAM) pada 24 April 2018 yang lalu. Program ini diadakan buat kali ke-empat secara serentak di seluruh Malaysia yang melibatkan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pemimpin Jabatan/Swasta, IPTA/IPTS, Hospital, NGO, pusat membeli–belah, institusi keluarga dan individu.

Sepang, 31 Mac 2018 - Sebagai persediaan menghadapi pertandingan Worldskills Malaysia 2018, IKTBN Temerloh telah menghadiri latihan intensif anjuran KBS bertempat di IKTBN Sepang.

Khamis, 14 September 2017 22:14

PROGRAM GERBANG KERJAYA ZON PANTAI TIMUR

KEMASIK, 12 September 2017 - Sebanyak 15 industri telah terlibat dan menjalinkan kerjasama strategik bersama-sama 5 buah institut di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan semasa Program Gerbang Kerjaya Zon Pantai Timur yang telah diadakan di IKBN Kemasik. Antara institut yang telah terlibat di dalam kerjasama strategik ini adalah IKTBN Temerloh, IKTBN Bachok, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Pekan dan IKBN Kemasik sendiri.

 

Khamis, 14 September 2017 22:03

PROGRAM KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA

Lanchang, 5 September : Program Kutipan Bahan Kitar Semula (Kertas, Botol Plastik & Logam/tin) siri 2/2017 telah berjaya dilaksanakan pada 5 September 2017 di IKTBN Temerloh. Program ini telah dijadualkan sebagai program berkala buat seluruh 9 Zon Amalan EKSA yang mana sangat memerlukan penglibatan dan kerjasama semua kakitangan, pegawai, pelajar serta suri rumah yang menginap di Kuaters kakitangan IKTBN Temerloh.

Khamis, 14 September 2017 21:44

Bengkel Pembangunan Pengukuran Komponen OBE

Lanchang, 8 September : Bengkel Pembangunan Pengukuran Komponen OBE telah dilaksanakan di IKTBN Temerloh. Bengkel tersebut mempunyai 3 komponen aktiviti utama yang telah dilaksanakan. Bengkel tersebut telah dijayakan oleh pihak UiTM Pulau Pinang yang mana merupakan perunding yang dilantik.

 

Khamis, 20 July 2017 15:21

PROGRAM PARADIGMA 2/2017

LANCHANG - Pada 03 hingga 07 Julai 2017, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah mengadakan Program Paradigma melibatkan 34 orang pelajar baharu sesi 2/2017 yang terdiri daripada jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan (DAU), Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembungkusan (DBB) dan Sijil Automotif Penyelenggaraan Kereta (SAK).

 

 

10 Julai 2017, IKTBN Temerloh kehilangan seorang TPL yang sangat berkaliber. Perginya demi memikul amanah baru di tempat baharu di IKBN SRI ISKANDAR. Hilanglah sebaris nama milik MD ISA BIN IBRAHIM dalam carta Organisasi IKTBN Temerloh. Apapun jasa beliau amat disanjung tinggi dan dihargai.

Pada 17 Julai 2017 pula, tarikh keramat pemergian TP HEP ke JBS Perak. Selama 8 tahun menabur bakti di IKBNT kini khidmat En. AUDDIN BIN HUSSIN diperlukan di Perak pula. Semoga namanya terus gah di sana tanpa melupakan kami di sini.

Halaman 16 dari 17