Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 09 November 2020 16:13

PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 1/2020

2-6 November 2020 . Satu Program Impak ILKBS @ Komuniti Siri 1 bagi tahun 2020 anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bekerjasama bersama  Jurusan Teknologi Automotif Penyelenggaraan dan Jurusan Semburan Cat telah dilaksanakan di Bengkel 2 dan Bengkel 3 IKTBN Temerloh.

Objektif utama program ini adalah untuk IKTBN Temerloh sebagai pusat latihan memberi khidmat kepada komuniti setempat atau juga dikenali sebagai Program Sosial Koperat (CSR). Selain daripada itu, program ini juga adalag bertujuan untuk mempromosikan institut ini kepada penduduk setempat. Melalui program ini, peserta program yang terdiri daripada pelajar dan pelatih serta pegawai di institut ini memberi perkhidmatan menyelenggara dan membersihkan van jenazah daripada kampung berdekatan. Sebanyak 15 buah van adalah daripada sekitar mukim Daerah Temerloh antaranya daripada Masjid Kg. Bintang , Masjid Kg. Lipat Kajang, Masjid Kuala Mai , Kg. Tebal, Kg. Sg. Buloh , Kg. Dato’ Shariff , Masjid Abu Bakar , Tanjong Kerayong , Masjid Kg. Mempatih , Kg. Paya Luas , Temerloh Jaya , Kg. Bolok , Masjid Omar Abdul Aziz dan Kuala Krau.

Turut diselitkan adalah Program Inkubator Car Wash oleh pelajar Jurusan Semburan Cat setelah van jenazah tersebut diselenggara dan sebelum penyerahan kepada pemilik masing-masing. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua Tok Penghulu Daerah Temerloh di atas kerjasama yang telah diberikan kepada pihak IKTBN Temerloh.  

4 NOVEMBER 2020: Program Pra-Penilaian Projek Tahun Akhir bagi program Diploma Teknologi Kejuruteraan sesi 1/2020 telah diadakan di Auditorium IKTBN Temerloh anjuran Jawatankuasa Projek Tahun Akhir. Penilaian tersebut telah melibatkan sebanyak 10 kumpulan daripada pelajar tahun akhir  Diploma Teknologi Kejuruteraan di IKTBN Temerloh yang terdiri daripada pelbagai jurusan.

Proses Pra-Penilaian Projek Tahun Akhir ini merupakan salah satu aktivit yang dirancang dan diselia bagi memastikan progress telah mencapai sekurang-kurangnya 20% dan hasil projek tahun akhir pelajar mengikut carta perbatuan yang telah ditetapkan. Proses ini juga adalah bagi mengenalpasti dan mengesan sekiranya ada kumpulan pelajar yang mempunyai masalah. Ini semua adalah bagi memastikan peluang pelajar yang terlibat mendapat pemarkahan yang tinggi pada Pembentangan Projek Akhir nanti. Selain itu, aktiviti ini juga membantu mengurangkan kemungkinan pelajar gagal bagi Projek Tahun Akhir dengan mengenalpasti kumpulan yang mempunyai masalah pada peringkat awal.

Melalui aktiviti ini juga dapat membantu penyelia membimbing kumpulan pelajar seliaan dalam mengenalpasti kekurangan projek dan mendapatkan idea bagi penambahbaikan projek melalui teguran daripada panel dalaman yang dilantik. Semoga melalui aktiviti ini, dapat mendedahkan dan menghasilkan pelajar yang berani menyahut cabaran dan berani untuk menampilkan diri bagi persediaan setelah tamat belajar dan di alam pekerjaan nanti.

28 Oktober 2020- Audit Akademik bagi empat program Teknologi Kejuruteraan di IKTBN Temerloh telah dilaksanakan anjuran Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti(CPKK). Aktiviti ini adalah bagi bertujuan menyemak pematuhan pelaksanaan  latihan bagi 4 program Sijil Teknologi dan Diploma Teknologi Kejuruteraan ke atas pematuhan akreditasi MQA dan Kerangka Kelayakan Malaysia Edisi Kedua atau dikenali dengan MQF2.0.

Pihak IKTBN Temerloh telah menjemput Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli pensyarah daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Pagoh. Sepanjang perjalanan aktiviti ini, beberapa teguran dan penambahbaikan yang telah diutarakan oleh beliau dan memerlukan tindakan oleh pihak IKTBN Temerloh. Pegawai yang terlibat dengan program tersebut telah diberi pendedahan dan secara tidak langsung diberi tunjuk ajar berkaitan perkara-perkara yang perlu pihak institut mengambi kira dan penumpuan bagi pematuhan tersebut.

Semoga dengan aktiviti ini, pelaksanaan latihan di intitut ini dapat dijamin mutu kualitinya dan membantu pihak IKTBN Temerloh melaksanakan latihan mengikut penetapan dan panduan yang telah ditetapkan.

19 Oktober 2020. Mesyuarat Penyelarasan Impak ILKBS @ Komuniti Peringkat IKTBN Temerloh dan Ramah Mesra Bersama Tok Penghulu Daerah Temerloh telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Temerloh. Program yang dibawah penyelarasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah dipengerusi oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Ts. Dr. Mohd Yusoff b. Abu Bakar yang dihadiri oleh semua Tok Penghulu Daerah Temerloh. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh hadir Puan Norasida Abdullah (A.D.O Pembangunan) yang mewakili Yh. Dato’ Ali Syahbana b. Sabaruddin Pegawai Daerah Temerloh.

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengarah dan pembentangan pelaksanaan Program Impak ILKBS @ Komuniti kepada ahli mesyuarat. Program ini adalah satu program Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) serta dalam masa yang sama mempromosikan IKTBN Temerloh kepada komuniti setempat berkaitan program-program yang ditawarkan kepada belia setempat. Programa ini akan dilaksanakan pada 02-07 November 2020.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, masyarakat setempat dapat faedah yang berganda iaitu perkhidmatan dan juga peluang kepada belia tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET bagi masa depan masing-masing.

6 Oktober 2020 : ROBOTEAM IKTBN Temerloh di bawah penyelarasan Kelab ROBOTEAM telah menyertai Pertandingan Online Youth Robot Challenge, Y-Roboc20 anjuran IKTBN Bukit Mertajam peringkat Intitut Latihan Kementerian Belia & Sukan (ILKBS) bagi tahun 2020. Pasukan ROBOTEAM IKTBN Temrloh telah menghantar penyertaan sebanyak 2 unit robot bagi pertandingan ini. Pertandingan yang julungkalinya diadakan secara atas talian berikutan dengan ketika pendemik COVID-19 adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada semua ILKBS yang berkaitan untuk menyertainya.

Konsep pertandingan yang dilaksanakan adalah robot  rekaan dikehendaki untuk melalui trak yang ditetapkan berkeluasan kertas A3. Robot tersebut juga perlu mengumpulkan 4 biji bola ping pong yang mewakili 25 markah bagi setiap biji bola tersebut. Pemenang bagi pertandingan ini akan dikira berdasarkan markah tertinggi dan masa terpantas. Diharap dengan usaha yang telah dilaksanakan dapat memberi dan menarik perhatian pelajar dan jug apegawai untuk menyertai kelab ini untuk bersama-sama menghasilkan unit-unit robot yang lebih kreatif dan inovatif pada masa akan datang.

Isnin, 09 November 2020 12:36

KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA IKTBN TEMERLOH

 

 

5 Oktober 2020 : Satu Program Kutipan Bahan Kitar Semula anjuran  Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IKTBN Temerloh telah dilaksanakan di sekitar kawasan institut ini.

Penglibatan kutipan barang kitar semula adalah secara menyeluruh yang merangkumi daripada kesemua zon , bangunan dan juga kuarters kakitangan. Melalui aktiviti ini yang bertujuan bagi memberi kesedaran dan galakan terhadap kepentingan menjaga alam persekitanran melalui aktiviti pengumpulan, pengasingan barang buangan yang boleh dikitar semula.

Diharapkan dengan aktiviti yang dilaksanakan secara berkala oleh Jawatankuasa EKSA ini dapat memberi kesedaran kepada warga IKTBN Temerloh secara keseluruhan dan memudahkan proses pemeliharaan alam persekitaran.

19 Oktober 2020. Mesyuarat Penyelarasan Impak ILKBS @ Komuniti Peringkat IKTBN Temerloh dan Ramah Mesra Bersama Tok Penghulu Daerah Temerloh telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Temerloh. Program yang dibawah penyelarasan Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah dipengerusi oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Ts. Dr. Mohd Yusoff b. Abu Bakar yang dihadiri oleh semua Tok Penghulu Daerah Temerloh. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh hadir Puan Norasida Abdullah (A.D.O Pembangunan) yang mewakili Yh. Dato’ Ali Syahbana b. Sabaruddin Pegawai Daerah Temerloh.

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengarah dan pembentangan pelaksanaan Program Impak ILKBS @ Komuniti kepada ahli mesyuarat. Program ini adalah satu program Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) serta dalam masa yang sama mempromosikan IKTBN Temerloh kepada komuniti setempat berkaitan program-program yang ditawarkan kepada belia setempat. Programa ini akan dilaksanakan pada 02-07 November 2020.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, masyarakat setempat dapat faedah yang berganda iaitu perkhidmatan dan juga peluang kepada belia tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET bagi masa depan masing-masing.

28 September – 9 Oktober 2020 : Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan satu program kursus Pemasangan, Penyelenggaraan & Mengenalpasti Kerosakan Penyaman Udara. Program tersebut telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Naka. Seramai 8 orang pengajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh telah menyertai kursus ini.  
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai berkaitan bidang teknologi Penyaman Udara Domestik dan juga persediaan pengajar untuk program baharu di IKTBN Temerloh bagi bidang penyamanan udara. Ia juga memberi peluang kepada pengajar untuk menambahkan bukti bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia(PSKM) secara Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT) oleh pengajar.

Antara aktiviti kursus ini adalah pemasangan unit penyaman udara jenis pisah (wall mount 3HP), membuat pemaipan, penyelenggaraan dan mengenalpasti kerosakan penyaman udara.
Semoga dengan program sebegini, dapat memberi peluang kepada pengajar untuk menambahkan pengetahuan di dalam bidang ini bagi memantapkan lagi bidang latihan TVET di institut ini.

24 September 2020: Satu bengkel Semakan Senarai Semak Audit Dalaman dan Semakan Dokumen dan Keberkesanan Pengurusan Risiko dan Peluang Penambahbaikan RBT (Risk Based Thinking) MS ISO 9001:2015 telah dilaksanakan di Perpustakaan, IKTBN Temerloh. Program tersebut merupakan salah satu aktiviti komitmen pihak pengurusan institut terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 anjuran Jawatankuasa Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 IKTBN Temerloh.

Program ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan audit dalaman serta pengurusan risiko dan peluang penambahbaikan MS ISO 9001:2015 IKTBN Temerloh dilaksanakan selaras dengan standard yang ditetapkan. Program ini telah diselia oleh En. Ahmad Saifuddin bin Azraie (Pegawai Analisa Risiko) dan En. Syed Azman bin Tuan Temerang (Ketua Juruaudit Dalaman) dan disertai seramai 32 orang pegawai terdiri daripada juruaudit dalaman dan pegawai analisa risiko mengikut proses kerja.

Diharapkan melalui aktiviti ini, pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 IKTBN Temerloh dapat mematuhi sepenuhnya keperluan dalam standard yang telah ditetapkan oleh badan persijilan.

22-24 September 2020- Satu Program Pembangunan Kepakaran (PPK) bertajuk Basics Of Multiplexing, Communication Network (Automotive Technology) telah dianjurkan oleh Fakulti Teknologi Automotif. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari di Exxotest Education Centre, Puchong Selangor. Ia telah disertai oleh 12 orang pegawai bidang Automotif Penyelenggaraan yang terdiri daripada pengajar Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan(ILKBS) berkaitan.

Program ini bertujuan untuk memberi pengukuhan pengetahuan serta kefahaman kepada peserta berkaitan teknologi sistem komunikasi elektronik satu jalur dalam sesebuah kenderaan. Peserta juga didedahkan dengan latihan amali yang menggunakan simulator. Melalui latihan ini, peserta didedahkan dengan proses operasi kendalian penghantaran, penerimaan dan analisa maklumat oleh komponen-komponen elektronik kenderaan. Peserta diberi peluang untuk menggunakan peralatan yang berkaitan bagi memastikan proses pengajaran di dalam bidang automotif penyelenggaraan yang dilaksanakan di ILKBS ini dapat diperkasakan.

Semoga dengan program ini, peserta akan ulang ke institut masing-masing dan membuat Training of Trainers (ToT) bagi memperluaskan lagi pengetahuan dikalangan pengajar bidang automitif yang lain. Sekaligus memastikan pengajar di ILKBS kompeten dalam latihan TVET.

Halaman 3 dari 17