Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 21 May 2020 13:02

SUMBANGAN PPE OLEH IKTBN TEMERLOH

20 MEI 2020 – Prihatin dengan situasi wabak COVID-19 yang perlu dihadapi oleh negara, IKTBN Temerloh tidak terkecuali dalam menyumbang peralatan perlindungan diri (PPE) yang merupakan hasil kerja daripada pasukan Team CSR Covid 19 IKTBNT kepada petugas barisan hadapan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Sehubungan dengan itu,serahan sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff Bin Abu Bakar kepada wakil pihak pengurusan Klinik Kesihatan Lanchang.  Sumbangan ini merupakan hasil kerja daripada pasukan khas di IKTBN Temerloh  ini sebagai tanda keprihatinan IKTBN Temerloh dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas barisan hadapan semasa menjalankan tugas.

Pihak IKTBN Temerloh menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan dalam usaha memutuskan rangkaian wabak COVID-19 yang sedang melanda negara pada masa ini.

 

 

28 April 2020 : Sehubungan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebulan yang lalu dan telah berlanjutan sehingga 41 hari, pihak pengurusan IKTBN Temerloh telah mengambil langkah awal dengan mengenalpasti 6 orang  pelajar IKTBN Temerloh telah terkandas dan tidak sempat untuk pulang ke kampung halaman sebelum arahan tersebut. Pelajar tersebut yang terdiri daripada terdiri daripada 4 orang pelajar yang menjalani Latihan Industri dan 2 orang pelajar yang menjalani latihan di institut ini.

Dengan inisiatif awal daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), telah membuat pengesanan awal dan telah diberi tanggungjawab oleh pihak pengurusan dalam memastikan kebajikan mereka dijaga. Selama dalam tempoh PKP tersebut, pelajar telah diberi kemudahan kediaman dan keperluan asas yang lain seperti makan dan minum oelh pegawai HEP. Setelah mendapat mendapat kebenaran pergerakan bagi penghantaran  pulang daripada pihak berkuatkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM),  pihak HEP melalui pegawai yang bertugas telah menghantar  pelajar dengan mengunakan kenderaan jabatan bagi memastikan mereka selamat pulang dan tiba ke pangkuan keluarga tersayang.

Urusan penghantaran pelajar untuk pulang ke kampung halaman telah dilaksanakan oleh pegawai yang bertanggungjawab iaitu En. Mohd Faizal Bin Abdul Salim secara berperingkat yang mana melibatkan peringkat pertama iaitu merupakan penghantaran pelajar yang berasal dari Besut, Terengganu dan seorang pelajar untuk kembali ke Kuching, Sarawak di KLIA. Seterusnya adalah urusan pengambilan pelajar yang terkandas di tempat Latihan Industri di Cheras untuk pulang ke rumah kampung halaman masing-masing di Pekan, Pahang.

Dengan inisiatif awal ini, telah membuktikan bahawa pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh mempunyai komitmen sepenuhnya dalam menjaga kebajikan pelajarnya dalam apa jua keadaan pun.

 

 

 

11 MAC 2020 - Satu program lawatan kerja penanda aras bagi Program Teknologi Percetakan (Digital) anjuran Fakulti Teknolohi Mekanikal telah diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Rombongan ini disertai oleh 4 orang pegawai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Latihan), Tn. Hj. Saiful Bahri Bin Abdul Hamid dan pegawai pengajar berkaitan.

 Antara objektif program lawatan kerja penanda aras ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai proses pelaksanaan program Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang NOSS PR-020-3:2014 Digital Printing Production & Supervision yang dilaksanakan di institusi tersebut. Selain itu, turut diadakan perbincangan bersama pihak pengurusan ILP Arumugam Pillai berkaitan penganjuran kursus pemantapan kemahiran bagi pengawai yang terlibat dalam pembangunan program baharu di IKTBN Temerloh.

Melalui program lawatan kerja ini, diharapkan pegawai yang terlibat dapat mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi pembangunan personel pegawai selari dengan pembangunan kursus baharu di IKTBN Temerloh.

13 Mac 2020: Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) untuk bidang Sukan Permotoran(4 Roda) bagi sesi 1 2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Temerloh anjuran Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK). Mesyuarat tersebut telah di Pengerusikan oleh En Md. Mashoud bin Hj Md Umar turut dihadiri bersama En Jagjeet Singh yang merupakan penasihat kemahiran yang telah dilantik oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan bagi bidang tersebut bersama wakil Pengurusan Tn. Hj. Saiful Bahri Bin Abdul Hamid dan pengajar Unit Sukan Permotoran.   

            Melalui mesyuarat ini, objektif utama yang dapat dicapai adalah bagi  pelaksanaan proses semakan soalan peperiksaan akhir Sijil Teknologi Lanjutan Permotoran Sukan( 4 Roda) bagi sesi inidan juga perbincangan terhadap isu serta pelaporan aktiviti semasa bagi bidang tersebut. Disamping itu, panel enasihat juga mengambil kesempatan unfuk membuat lawatan ke Bengkel 1 bagi melihat fasiliti, membuat semakan terhadap Fail Portfolio pelajar disamping memberi khidmat nasihat yang berkaitan bagi penambahbaikan pelaksanaan latihan TVET khususnya bagi bidang sukan permotoran ini.

Mesyuarat ini diakhiri dengan majlis pemberian cenderahati sebagai kenangan serta penghargaan terhadap segala sumbangan panel penasihat sepanjang sesi lantikan 2017-2020. Semoga dengan sumbangan khidmat nasihat daripada ahli panel dapat diguna sebaiknya oleh pihak Unit Sukan Permotoran, Jurusan Sijil Kemahiran Malaysia, Fakulti Teknologi Automotif.

10 MAC 2020 : Satu sesi temuduga oleh PERODUA SALES Sdn Bhd. telah diadakan di Bilik Seminar, Blok Pentadbiran IKTBN Temerloh anjuran Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya (CKSKK). Sesi temuduga tersebut adalah bagi  mencari perantis bagi Program Latihan Teknikal Pembaik Pulih Panel & Program Latihan Teknikal Penyemburan Cat Kenderaan yang mana setelah tamat dan berjaya bagi program tersebut akan diserap terus ke syarikat tersebut.

Sesi temuduga tersebut terbahagi kepada tiga sesi iaitu Ujian Rabun Warna, Ujian Bertulis dan sesi temuduga telah dilaksanakan oleh wakil syarikat Pn Ruzita bt. Zainuri dan En Mohamad Firdaus b Abdullah. Sesi temuduga ini adalah khas bagi pelajar akhir pelajar Sijil Lanjutan Automotif (Semburan Cat) yang mana memberi peluang untuk mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian pada Jun ini.

Melalui kerjasama strategik ini, dapat membuktikan bahawa lepasan IKTBN Temerloh mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat peluang pekerjaan dalam bidang sebaik sahaja tamat pengajian di institut ini. Semoga dengan usaha ini, lepasan pelajar dapat membina kerjaya masing-masing dan menjadi pekerja berkemahiran yang berjaya bagi mencapai keperluan pembangunan negara

12 Mac 2020: Satu sesi temuduga oleh Syarikat Sum Hing Engineering Works Sdn Bhd telah diadakan di Bilik Seminar, Blok Pentadbiran IKTBN Temerloh anjuran Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya (CKSKK). Sesi temuduga tersebut telah berlangsung selama satu hari oleh wakil syarikat tersebut iaitu En. Tee Tiong Pa dan En. Pok Kok Cheong.Sum Hing Engineering Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan operasi penghasilan acuan bagi produk getah seperti tayar motosikal,jentera dan kenderaan berat telah menjadi rakan kerjasama strategik IKTBN Temerloh semenjak tahun2015.

Melalui aktiviti temuduga ini, seramai 45 orang pelajar telah ditemuduga dan berjaya menempatkan diri mereka untukm menjalani Latihan Industri bagi pelajar Diploma dan juga kerjaya bagi pelajar Sijil Teknologi di sini. Pelajar terdiri daripada pelbagai bidang dan program iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan, Sijil Teknologi Kejuruteraan dan juga Sijil Kemahiran Malaysia.

Ini sekali gus membuktikan bahawa pelajar  IKTBN Temerloh ini adalah kompeten, berkemahiran dan menepati ciri-ciri pihak industri. Tahniah kepada yang telah berjaya dan semoga dengan peluang ini,menjadi batu loncatan untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.

9-10 Mac 2020: Audit Pemeriksa Luar bagi program Kejuruteraan Automotif Pembuatan, Fakulti Teknologi Automotif telah dilaksanakan selama 2 hari di bilik Kuliah 6, Blok Pentadbiran anjuran Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK) bagi tahun 2020. Pemeriksa Luar yang dilantik iaitu Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Faiz Bin Mohd Turan adalah dari Fakulti Pembuatan dan Mekatronik, Teknologi Kejuruteraan,Universiti Malaysia Pahang.
Beliau telah membuat semakan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terhadap program Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan dan Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan. Hasil daripada penemuan yang telah ditemui di dalam pemerhatian dan tindakan Jurusan yang diaudit yang diwakili oleh En. Ahmad Lotfi b. Halis, Ketua Jurusan Automotif Pembuatan.
Semoga dengan aktiviti ini, penambahbaikan secara berterusan terhadap pelaksanaan program tersebut dapat dilaksanakan bagi menjamin kualiti latihan TVET di IKTBN Temerloh.

7 Mac 2020. Seramai 45 orang pelajar IKTBN Temerloh mengikuti Acara Fun Run Against Drug 2020 yang telah diadakan di Dataran Kubang Gajah Temerloh.  Aktiviti tersebut merupakan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Temerloh, Pahang. Aktiviti larian ini juga merupakan salah satu  tanda sokongan pembenterasan dadah selain menjalani gaya hidup sihat dan cergas.

Melalui aktiviti seperti ini, ia dapat memberi peluang kepada pelajar IKTBN Temerloh untuk dibentuk menjadi nsan yang prihatin sejurus misi IKTBN Temerloh yang mana selain menghasilkan  belia yang berkemahiran, juga individu yang berdisiplin, patriotik, berwawasan dan berakhlak mulia demi memenuhi keperluan tenaga kerja sejajar dengan dasar pembangunan negara.

Semoga warga IKTBN Temerloh khususnya pelajar dapat diberi banyak lagi peluang seperti ini pada masa akan datang bagi memberi pendedahan kepada pelajar institut.

Gambar ihsan dari ABC event

6-8 Mac 2020: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) telah menganjurkan satu Bengkel Klasifikasi Fail selama dua hari bertempat di Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands, Pahang. Bengkel tersebut dibimbing oleh penceramah daripada Arkib Negeri Pahang iaitu En. Usdi bin Abdullah selaku Pengarah Arkib dibantu bersama Pegawai Arkib Pn. Syazwani Binti Salleh dan Pn. Nordarwina Binti Zainul Abidin.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari, adalah bertujuan bagi menyusun semula Klasifikasi Fail yang digunakan di IKTBN Temerloh bagi memastikan pematuhan terhadap Panduan Penyediaan Klasifikasi Fail Pejabat Awam yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara. Secara tidak langsung,aktiviti ini juga merupakan persediaan awal bagi pelaksanaan Digital Document Management System 2.0 (DDMS) yang merupakan sistem pengurusan rekod elektronik kerajaan di bawah kelolaan Arkib Negara dan MAMPU.
Semoga dengan inisiatif ini,pengurusan rekod di IKTBN Temerloh dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Sekaligus memastikan pelaksanaan urusan latihan TVET di IKTBN Temerloh adalah berkualiti dan berpandukan panduan yang telah ditetapkan.

5 Februari 2020:Satu Bengkel Pembangunan Jadual Spesifikasi Uji(JSU) bagi penilaian amali telah diadakan di Perpustakaan IKTBN Temerloh. Bengkel tersebut yang merupakan anjuran Unit Peperiksaan dan Persijilan(UPP),Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti(CPKK) bertujuan membuat penambahbaikan terhadap pembangunan soalan amali khususnya bagi program Teknologi Kejuruteraan di IKTBN Temerloh.

Penceramah bengkel tersebut adalah Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli,pensyarah daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan,Universiti Tun Hussein Onn(UTHM) telah banyak membantu dan memberi bimbingan kepada pengajar di sini dalam membangunkan soalan amali berkualiti bagi latihan TVET. Antara perkara yang ditekankan adalah kaedah bagi penentuan aras Psikomotor dan penerangan terhadap cara pengukuran domain tersebut.

Semoga dengan panduan dan bimbingan. yang telah diberikan,pihak pengajar dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam menambahbaik kualiti soalan TVET di institut ini.

 

Halaman 6 dari 17