Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

05 Febuari 2020 - Yayasan Buah Pinggang Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) IKTBN Temerloh telah menganjurkan Program Hari Kesihatan bersama Komuniti di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh. Pengesanan Awal dan Pencegahan menyelamatkan nyawa anda merupakan slogan utama yang dibawa bagi pRogram ini. Program yang dilaksanakan bersama Warga IKTBN Temerloh mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Antara aktiviti pengisian yang telah dilaksanakan adalah pemeriksaan tekanan darah, ujian air kencing, pemeriksaan kolestrol darah dan gula dalam darah, ujian indeks jisim tubuh serta kaunseling kesihatan. Semoga program ini dapat diteruskan untuk masa akan datang bagi membantu warga IKTBN Temerloh memastikan kesihatan bersama dapat diketahui dan dijaga.

4 Feb 2020: Peperiksaan Akhir Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ambilan Jun 2019 yang merupakan kumpulan ke-4 telah diadakan di IKTBN Temerloh.Peperiksaan akhir ini merangkumi penialain terhadap pembangunan portfolio, Buku Log Industri, Penilaian Pengetahuan dan Penilaian Prestasi terhadap CU yang terpilih. Penilaian terhadap aktiviti tersebut telah dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran(PPL) En. Mohd Anuar b Daud ke atas 6 perantis melibatkan Jurusan Mekanik Kenderaan (MKM) dan 3 buah syarikat kerjasama iaitu AR MAN AUTO CARE Sdn Bhd, Kim Kok Motor Sdn Bhd dan Syarikat United Motor Supply.
Melalui program ini, perantis akan dilatih selama 8 bulan di IKTBN Temerloh dan syarikat yang bekerjasama bagi bidang NOSS G452-002-2:2018(Light Vehicle Repair Service). Diharapkan lebih ramai lagi perantis yang mana menyumbang kepada peningkatan jumlah pekerja berkemahiran dalam bidang ini.

02 - 03 Februari 2020: JELAJAH PROMOSI TVET INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) DAN KEMENTERIAN BELIA & SUKAN (KBS) KE WILAYAH TENGAH DAN ILKA PAHANG ANJURAN PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL MALAYSIA (PPPLVM).

Seramai 6 orang pegawai telah mewakili IKTBN Temerloh bagi menyertai jelajah tersebut pada hari pertama yang bertujuan untuk menzahirkan institusi TVET awam dalam melahirkan ahli teknologis yang berkemahiran dan berpengetahuan serta memenuhi keperluan sektor pekerjaan berkemahiran tinggi Malaysia.

Dalam pada itu, jelajah promosi ini juga bertujuan untuk memberi impak positif serta terhadap memenuhi kuota pengambilan pelajar dengan objektif bersama mempromosikan pengambilan Sesi Julai 2020.

Ketibaan konvoi program jelajah yang berakhir di IKTBN Temerloh yang merupakan lokasi terakhir telah disambut oleh Timbalan Pengarah Latihan bersama pegawai-pegawai IKTBN Temerloh. Pengisian program yang dimulai pengenalan dan halatuju PPPLVM ke arah mempromosi dan memperkasakan TVET seterusnya serahan borang keahlian PPPLVM kepada pegawai-pegawai IKTBN Temerloh.

Antara ILKA yang terlibat sepanjang jelajah ini diadakan adalah IKTBN Temerloh, IKBN Pekan, IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Jitra, IKBN Naka, CIAST, ADTEC Shah Alam, ADTEC Taiping, ADTEC Jerantut, JMTI, ILP Ipoh, dan ILP Perai.

15-16 Januari 2020: Program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sesi 1 2020 IKTBN Temerloh telah diadakan dan kali ini bertemakan “Keselamatan & Kesihatan Terbaik Amalan Kita”. Program minggu keselamatan ini dirancang bagi memberi pendedahan pada warga IKTBN Temerloh mengenai kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa bekerja atau berada dalam sesebuah organisasi.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja serta majikan. Keselamatan dan kesihatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting dalam sesebuah organisasi. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja di sesebuah organisasi.

Antara pengisian program hari keselamatan ini ialah seperti ceramah dan pameran daripada agensi seperti Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia. Turut diadakan aktiviti ceramah dan latihan amali pemadaman kebakaran yang dikendali oleh pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat Mentakab.

Berdasarkan Polisi Keselamatan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh, iaitu menyediakan dan menyelenggara tempat kerja, tempat penginapan serta persekitaran kerja yang selamat dan sihat, pihak Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKTBN Temerloh komited dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti atau program yang melibatkan kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Diharapkan penganjuran program seperti ini akan dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar dan pegawai dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan memastikan tempat kerja bebas dari sebarang kejadian kemalangan.

6 Januari 2020 : Pihak IKTBN Temerloh telah membuka pintu kepada pelajar serta keluarga bagi Sesi pendaftaran dan kemasukan pelajar bagi sesi 1/2020. Pelajar dari pelbagai latarbelakang dan lokasi telah datang bersama keluarga bagi tujuan mendaftarkan diri di institut ini.

Program ini dimulakan dengan sesi pengesahan dan penghantaran dokumen pendaftaran di Lobi, Auditorium IKTBN Temerloh. Setelah itu, pelajar bersama keluarga berkumpul di Auditorium untuk mendapat maklmat lanjut berkaitan institut. Sesi tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengarah IKTBN Temerloh, Dr Mohd Yusoff b Abu Bakar. Beliau berasa gembira dan amat mengalu-alukan kedatangan pelajar ke institut ini dan mengucapkan tahniah atas keputusan untuk bersama dengan IKBN Temerloh.

Setelah itu, pelajar bersama ibu bapa diiringi oleh pegawai serta Majlis Perwakilan Pelajar yang bertugas pergi ke asrama bagi pembahagian tempat penginapan. Setelah program ini, pelajar baharu akan memulakan kehidupan di IKTBN Temerloh dengan sesi Paradigma yang mana mereka akan diberikan sesi motivasi dan pengenalan bagi menghadapi kehidupan di sebagai pelajar TVET di institut ini. Pihak IKTBN Temerloh dan ILKBS ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudara/saudari mendapat tawaran melanjutkan pengajian di IKTBN Temerloh ini. Semoga langkah pertama ini, akan menjadi permulaan kejayaan pada masa hadapan.

Rabu, 18 December 2019 10:56

PENGUNGSIAN BANGUNAN KECEMASAN KEBAKARAN

6 DISEMBER 2019 - Satu sesi aktiviti pengungsian bangunan kecemasan kebakaran telah dilaksanakan pada 6 Disember 2019 yang dianjurkan oleh Unit Kecemasan Kebakaran Dan Pengosongan Bangunan, Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan(JKKP), IKTBN Temerloh. Seramai 327 orang pelajar telah terlibat dalam aktiviti pengungsian bangunan kecemasan kebakaran ini.

Tujuan utama aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan pada pelajar dalam memastikan tindakan awal yang perlu dilakukan ketika menghadapi kecemasan kebakaran. Loceng kecemasan kebakaran telah dibunyikan tepat pada jam 10.15 malam dan ia melibatkan pengungsian bangunan di Zon A dan Zon B, iaitu melibatkan bangunan asrama Blok A, B, C, D, E dan Blok Wanita. Perjalanan aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancer dan peserta mematuhi arahan yang telah diberikan.

Di harap penganjuran program kesedaran berkaitan keselamatan kebakaran seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

27 November 2019 (Rabu) : Fakulti Pengajian Umum telah mengadakan lawatan kerja ke Festo Sdn Berhad, Damansara. Seramai 10 orang pegawai daripada FAkulti PEngajian Umum IKTBN Temerloh telah mengikuti lawatan ini yang bertujuan untuk mendapat pendedahan berkenaan perkhidmatan, pembuatan dan peralatan yang ditawarkan di FESTO.

FESTO Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berpengkhususan dalam bidang teknologi Pneumatic dan electric drive. Yang mana bidang ini merupakan antara penyumbang utama dalm inovasi dan memaksimumkan produktiviti bagi proses industri dan automasi. Pegawai juga diberi peluang untuk melihat dan mengujicuba peralatan yang ada terutama berkaitan dengan aplikasi Industrial Revolution 4.0.

Melalaui pendedahan yang diberikan, peserta dapat menyampaikan sedikit sebanyak ilmu berkaitan bidang berkaitan kepada pelajar Tknologi Kejuruteraan di institute ini. Diharap dengan lawatan ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada para peserta selain dapat mewujudkan hubungan baik antara IKTBN Temerloh dengan pihak FESTO.

30 November 2019 : Karnival Usahawan Peringkat IKTBN Temerloh 2019 telah diadakan dengan jayanya anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Melalui aktiviti Karnival Usahawan ini,adalah untuk bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar kursusnya Kelab Usahawan IKTBN Temerloh untuk mempelajari dan mendalami dengan lebih mendalam tentang perniagaan yang diusahakan. Program ini juga dapat menambah pengetahuan yang lebih meluas dalam bidang perniagaan dan usahawan sendiri, serta dapat menarik minat pelajar secara langsung dalam menjalankan perniagaan apabila tamat pengajian nanti.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Temerloh , En. Musa b. Salim.Pelbagai aktiviti menarik yang telah berlansung ketika karnival tersebut dan dimulakan dengan Ceramah bersama Pengarah Tekun Negeri Pahang En. Rosmaini b. Sulaiman . Setelah itu, pelbagai acara menarik seperti Jualan oleh ahli Kelab Usahawan, Pertandingan Memasak Asam Pedas, Pertandingan Gubahan Tuala Terbuka, Pertandingan Mewarna, eSport (Mobile Legend) , Mari Mencuba Bersama Kelab Roboteam, Mari Mencuba Sky Runner Bersama Anugerah Remaja Perdana Malaysia (ARPRM) Emas Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Temerloh, Aktiviti English Club, Inkubator Car Wash IKTBNT, Barbershop, Aktiviti Sukan memanah, Sukan Golf serta Pertandingan Kucing Sihat terbuka pahang. Aktivti di atas dijalankan di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh merupakan kolabirasi pelbagai Kelab yang ada di IKTBN Temerloh dan juga penglibatan warga luar juga. Semoga program yang meriah ini ini dapat diteruskan untuk masa akan datang bagi memberi manfaat kepada pelbagai peringkat.

 

8 November 2019 : Taklimat Penggunaan Taksonomi Bloom (Psikomotor Affektif Dan Kognitif) Dalam Penilaian bagi program Teknologi Kejuruteraan telah diadakan di Auditorium IKTBN Temerloh. Penceramah jemputan iaitu Ts. Dr Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli, Pensyarah dari Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal,Fakulti Teknologi Kejuruteraan,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah dijemput untuk memberi sedikitsen=bayak taklimat atau ceramah berkaitan tajuk tersebut.

        Diantara pengisian taklimat tersebut adalah berkaitan dengan pengenalan terhadap pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) di pusat pengajian, pengenalan terhadap Taksonomi Bloom yang terdiri daripada domain Psikomotor, Affektif dan Kognitif. Serta penggunaan domain Taksonomi Bloom dalam penilaian latihan. Sesi latihan bersama iaitu semakan terhadap pelaksanaan sebenar juga telah dilaksanakan bersama-sama peserta.

        Diaharapkan melalui taklimat ini, peserta sedikit sebanyak dapat mengenalpasti ruang penambahbaikan bagi proses pengajaran dan pembelajaran program Teknologi Kejuruteraan secara khususnya dan secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi proses pelaksanaan latihan dan pengajaran TVET di IKTBN Temerloh ini,

1-3 November 2019 : Pihak Pengurusan yang di wakili oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah pertama kalinya melaksanakan Kursus Teambuilding Jalinan Ukhwah IKTBN Temerloh 2019. Program ini telah dilaksanakan di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka telah dihadiri oleh seramai 61 pegawai IKTBN Temerloh.

            Program ini dimulakan Majlis Perasmian Pembukaan oleh Dr Mohd Yusoff b Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh dan diteruskan dengan sesi ‘Ice Breaking‘ di bawah kelolaan Encik Azmee Amar Azwan Bin Mostapa yang merupakan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Keesokan harinya, program ini diteruskan dengan aktiviti lasak iaitu Flying Fox dan Treasure Hunt yang dikelolakan oleh pihak Explora Asia Sdn Bhd. Melalui aktiviti lasak ini, peserta diberi tugasan untuk bekerja di dalam kumpulan dan secara langsungnya mewujudkan hubungan kerjasama yang erat. Pada malam tersebut, program diteruskan lagi dengan sesi pengisian kerohanian iaitu ceramah motivasi oleh Ustaz Wan Muhammad Hafizzul bin Wan Ismail. Pada hari terakhirnya pula program ini diteruskan dengan aktiviti Jungle Tracking ke kaki Gunung Ledang dan seterusnya diakhiri dengan Majlis Penutup oleh Tuan PEngarah IKTBN Temerloh dan sesi bergambar.

            Melalui program ini, diharapkan objektif program bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang erat dikalangan kakitangan IKTBN Temerloh dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing di institut ini tercapai. Walaupun penat, keseronokan dan pengalaman yang telah diperolehi melalui pelbagai aktiviti ini oleh peserta, sedikit sebanyak dapat menyuntik semula semangat dan kerjasama dikalangan kakitangan selama mana berkhidmat di institut ini.

Halaman 8 dari 17