Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

29 - 31 Oktober 2019 - Pahang Skills Development Centre (PSDC) Kuantan, Pahang. Telah berlangsung Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur 2019 anjuran Yayasan Inovasi Malaysia dan SME Corp. Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah dilantik sebagai agensi peneraju di bawah SME Masterplan. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi inklusif yang mampu menyelesaikan masalah (dari segi kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan pertandingan ini, Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah menghantar penyertaan dan telah berjaya terpilih ke peringkat akhir daripada 114 penyertaan awal. Program ini yang berlansung selama 3 hari melibatkan aktiviti Bengkel Latihan Cabaran Inovasi Inklusif 2019 yang mana sebagai persiapan peserta pertandingan untuk membuat pembentangan projek inovasi mereka dan diakhiri dengan sesi pembentangan dan penyampaian hadiah.
            Sebanyak 3 kategori utama telah dipertandingkan dan Pasukan IKTBN Temerloh telah berjaya bersaing dan memperolehi tempat NAIB JOHAN bagi kategori IPTA/IPTS. Peserta pasukan IKTBN Temerloh yang mana terdiri daripada pelajar program Diploma Teknologi Kejuruteraan Semester 3 sesi 2/2019 amat bertuah kerana selain kemenangan yang telah diperolehi, pengalaman melalui bengkel yang disediakan dapat memberi ilmu dan pengetahuan dalam inovasi bagi persediaan sebelum menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan dan industri.TAHNIAH dan SYABAS kepada peserta inovasi atas kejayaan yang diperolehi dan persediaan keseluruhan dengan penuh komitmen yang tinggi.

Semoga kejayaan ini terus dapat membuka ruang dan peluang serta memberi inspirasi dan galakan kepada semua pelajar-pelajar IKTBN Temerloh dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang baharu dan berimpak tinggi selain dapat membudayakan inovasi kepada semua warga IKTBN Temerloh.

Jumaat, 01 November 2019 09:10

Explorace’19 by IKTBNT English Club

23 October 2019- With the spirit of TVET Sport Carnival West Pahang, IKTBN Temerloh’s English Club had organized an exciting program called Explorace’19 for the students. The Explorace’19 objective is to encourage the participants whish are the students to communicate in English along the session.

There are 10 checkpoints have been set up by the organizer that need to be passed by the participants’ teams. The winner has to pass all the checkpoints which consists of fun and challenging games related to English theme. To be the winner, each team have to plan and strategize to find the best way to finish or conquer all the tasks at each checkpoints. Each of the checkpoint had their own different challenges for such as Spicy Dicey Ramen, Charade, Draw and Pass and Pouring Master. Total of 9 teams represented by each programme in IKTBN Temerloh had participated the Explorace’19

Overall it is a fun and challenging activities which incorporate the usage of English language in it. Thus expose to the students of IKTBN Temerloh to boost their confidents and communicate in English Language not just specific in English classes.

30 Oktober 2019 : Satu program Training of Trainer (TOT) anjuran Fakulti Pengajian Umum(FPU) yang bertajuk Penggunaan Peralatan Programmable Logic Control (PLC) Allen Bradley Micrologix 1000. Program tersebut telah disampaikan oleh Pn. Norazlin bin Mohd Dahali pengajar dari fakulti tersebut bertempat di Makmal ZRE di Bengkel 7,Fakulti Pengajian Umum.

Program ini mempunyai intipati berkaitan dengan kursus atau subjek Electro Pnuematic Hydraulic (EPH) yang dipelajari oleh ke semua pelajar Sijil dan Diploma Teknologi Kejuruteraan di IKTBN Temerloh.Ia merupakan salah satu kursus atau subjek umum teknikal yang dipelajari oleh mereka bagi memastikan kemahiran asas berkaitan diterapkan sebelum mereka menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan di industri.

Diharap dengan perkongsian ini para pengajar FPU dapat diberi pendedahan berkenaan peralatan berkaitan dan juga applikasi PLC bukan sahaja khusus untuk subjek tersebut malah dapat diaplikasikan ke bidang atau bahagian yang lain seperti inovasi atau kaizen.

21 Oktober 2019:Majlis Pelancaran Penyertaan Pasukan Sukan Bermotor ILKBS, IKTBN Temerloh KBS Racing Team dalam acara KCAR Global Sepang 24 Hours Endurance 2019 telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunaan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) turut dihadiri bersama Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff Abu Bakar, Pengerusi Technikal Advisory Comittee (TAC) IKTBN Temerloh, Md. Masshoud Hj Md. Umar dan Pengarah Syarikat Wheelspin Motorsport, Jagjeet Singh serta rakan teknikal yang menaja.

Acara ini dilaksanakan selama 24 jam bagi menguji ketahanan perlumbaan ssepanjang siang dan malam tanpa henti. Setiap pasukan mempunyai pemandu-pemandu yang akan bergilir-gilir membuat pemanduan kenderaan tanpa henti. Pasukan yang dapat membuat jumlah lap yang paling banyak dalam masa tersebut akan diisytiharkan sebagai pemenang. Kcar Global 24 Hours ini akan berlangsung pada 16-17 November 2019 di Litar Sepang secara langsung memberi peluang kepada pelajar program Sijil Lanjutan Teknologi Sukan Bermotor (4 Roda) merasai pengalaman sebenar sebagai pasukan yang bertanding diperingkat antarabangsa.

Sabtu, 26 October 2019 12:35

KEJOHANAN SUKAN TVET PAHANG BARAT 2019

22-23 Oktober 2019 – IKTBN Temerloh telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Acara Sukan TVET PAHANG BARAT kali ke -9 bagi tahun 2019. Acara telah berlangsung dari 22 sehingga 23 Oktober 2019 dan telah disertai oleh 3 agensi utama penyedia latihan awam TVET di Pahang Barat iaitu IKTBN Temerloh, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut dan Kolej Komuniti Pahang. Seramai lebih kurang 340 kontijen daripada 3 agensi tersebut menyertai acara sukan dalaman dan luaran yang telah diadakan. Acara dimulakan dengan pertandingan Bowling di antara agensi pada 22 Oktober 2019 di STARMall Mentakab.


Pada 23 Oktober 2019, telah dimulakan dengan acara senamrobik dan Majlis Pembukaan oleh Pengarah dari 3 agensi tersebut iaitu Dr Mohd Yusoff b Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh, Pn Hajah Zuraini Binti Muda, Pengarah ADTEC Jerantut dan Tn Hj Ismail B Samsuddin Pengarah Komuniti Jerantut wakil bagi Kolej Komuniti Pahang di Astaka IKTBN Temerloh. Setelah itu, acara diteruskan dengan acara sukan luaran seperti Futsal, Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton, Sepak takraw, Bola Tampar, Wall Climbing dan Ping Pong. Pada sebelah petangnya pula, acara diteruskan pula dengan sukan dalaman iaitu Dart, Karom, Chess, E-Sport dan Congkak.

Acara sukan ini kemudian di tutup dengan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan TVET Pahang Barat oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari,YB Young Syefura Othman yang mana di dalam ucapannya menyatakan setinggi tahniah atas kejayaan pelaksanaan program ini yang dapat menyatukan 3 agensi dari 3 kementerian yang berlainan iaitu Kementerian Belia dan Sukan(KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM ) Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) di dalam satu acara Sukan TVET Pahang Barat yang gemilang ini. Majlis seterusnya diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan pingat kepada kontinjen , penyampaian trofi Juara keseluruhan dan cenderahati kepada wakil pusat latihan. Tahniah kepada pasukan IKTBN Temerloh selaku juara keseluruhan kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah juga kepada warga IKTBN Temerloh di atas penganjuran dan kejayaan pelaksanana Acara Sukan TVET Pahang Barat 2019 kali ini. Semoga acara ini dapat dikekalkan dan terus menjadi medium muhibbah di antara pusat latihan awam utama TVET di Pahang Barat ini.

Selasa, 22 October 2019 11:04

LAWATAN PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN SLDN

21 Oktober 2019. Lawatan Pemantauan dan Bimbingan terhadap pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional(SLDN) ambilan Jun 2019 telah dilaksanakan oleh Encik Suhaimi bin Mohamed, Pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur. Lawatan tersebut diadakan bagi bertujuan membuat semakan terhadap perjalanan latihan, dokumen berkaitan serta menemuduga perantis terhadap pelaksanaan yang dilaksanakan. Melalui lawatan tersebut, beberapa perkara penambahbaikan telah dikenalpasti bagi memastikan pelalsanaan perjalanan program tersebut berjalan dengan lancar.
Program yang dijalankan merupakan program latihan berperuntukan khas dan bekerjasama secara terus dengan pihak industri bagi memberi latihan berkemahiran kepada belia. Program yang ditawarkan di oleh IKTBN Temerloh sebagai Pusat Latihan adalah Light Vehicle-Repair Service (G452-002-2:2018) yang mana perantis akan menjalankan latihan teori di pusat latihan dan latihan amali di syarikat yang bekerjasama. Antara syarikat yang bekerjasama dengan pihak IKTBN Temerloh adalah Kim Kok Motor, Syarikat United Motor Supply dan Ar Man Auto Care Bhd. Seramai 6 orang perantis yang merupakan belia tempatan sedang menjalani latihan tersebut.

15-18 Oktober 2019: IKTBN Temerloh telah mengadakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Bil. 1/2019 melibatkan seramai 15 orang juruaudit dalaman.

Sesi audit dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Saiful Bahri bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) diikuti dengan pembentangan status pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di IKTBN Temerloh oleh Pegawai Kualiti, Puan Maslizawati binti Ab Rashid dan seterusnya penerangan pelaksanaan audit oleh Ketua Juruaudit Dalaman, Encik Syed Azman bin Tuan Temerang.

Objektif audit dalaman ini adalah untuk menilai kepatuhan Sistem Pengurusan Kualiti IKTBN Temerloh terhadap keperluan-keperluan MS ISO 9001:2015 yang merangkumi penilaian terhadap manual kualiti, prosedur-prosedur kualiti, arahan-arahan kerja, rekod-rekod, dokumen-dokumen rujukan, kefahaman staf, persekitaran tempat kerja serta pengurusan risiko dan peluang penambahbaikan.

Pendekatan yang digunakan ialah penilaian terhadap dokumen sistem kualiti, pemeriksaan rekod-rekod, temu bual dengan staf, pemerhatian operasi dan tempat kerja serta pelaporan penemuan audit.

Tahniah dan syabas kepada semua juruaudit dalaman dan warga kerja IKTBN Temerloh kerana telah bersama-sama menjayakan program audit dengan jayanya.

Semoga pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO MS 9001:2015 IKTBN Temerloh sentiasa mematuhi keperluan yang telah ditetapkan.

19 Oktober 2019- Semperna meraikan Program Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh di Dataran Kubang Gajah, pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh menyertai dengan melaksanakan Intervensi Kemasukan ke IKTBN Temerloh serta memeriahkan lagi sambutan tersebut. Turut hadir sama ke Program Intervensi IKTBN Temerloh ialah Yang Berhormat Woo Chee Wan ADUN Mentakab dan Dato' Razihan b. Adzharudin Pegawai Daerah dan Tanah Temerloh.

Penyertaan program intervensi ini adalah bagi membuat promosi ke atas kemasukan pada Januari 2020 akan datang. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah booth pameran serta hebahan Kemasukan, Inkubator Mencuci Kenderaan , Pertandingan Soft Archery, Golf dan aktiviti mari mencuba. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenal institute ini melalaui pelajar-pelajar yang menjayakan program tersebut secara langsung.

Diharapkan dengan adanya program ini, masyarakat berminat untuk menyertai dan bekerjasama dengan institute bagi melahirkan golongan belia yang berkemahiran terutama sekali di dalam bidang TVET.

27 - 29 SEPTEMBER 2019: Satu kursus Investment Casting and Finishing Process di bawah peruntukan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) sesi 2019 anjuran Jurusan Teknologi Kejuruteraan Faundri telah diadakan di Bengkel 9, IKTBN Temerloh. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan terhadap latihan pengajaran pembelajaran bagi bidang Investment Casting yang terdapat di IKTBN Temerloh ini. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pegawai mengenai cara pengendalian mesin-mesin berkaitan.

Kursus ini dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta mahir dari segi teknikal dan teori berkaitan proses-proses yang terdapat di dalam proses investment casting. Semoga dengan adanya kursus-kursus seperti ini dapat membantu semua pegawai dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.

27 September 2019 – Semperna kehadiran bulan Muharram, pada 28 Muharram 1441 Hijriah bersamaan pada hari Jumaat telah diadakan aktiviti memasak bubur Asyura anjuran Jawatankuasa Masjid At-Taqwa Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh sesi 2019/2020. Aktiviti penyediaan bahan dan memasak bubur Asyura telah diadakan di perkarangan Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh. Aktiviti tersebut disertai oleh kakitangan serta pelajar institut, bersama-sama berganding bahu melaksanakan salah satu adat yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram.

Aktiviti menyediakan dan memasak bubur asyura ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga IKTBN Temerloh. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat kepada para pelajar. Diharap program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Halaman 9 dari 17