Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

 

 

 

 

Chembong, 06 MEI 2020 – Susulan keputusan Kerajaan untuk membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak, IKTBN Chembong telah menerima panggilan daripada pihak KPT untuk membantu pelaksanaan ini. Pihak institut akan membantu dari segi penggunaan bas untuk menjemput pelajar dari KLIA yang melibatkan pelajar IPTA yang terkandas di Sabah dan Sarawak. 

Persediaan bantuan ini dimulakan pada 29 April 2020 dengan pemeriksaan bas yang dilakukan oleh dua (2) pengajar dari Bahagian Teknologi Kenderaan Perdagangan iaitu En. Mohamad Najib bin Jaafar dan En. Mohd Syahidan bin Mohd Ruslan dari aspek prestasi serta keselamatan. Seterusnya pada 04 Mei 2020, semburan sanitasi bas dilakukan dengan kerjasama pihak balai Bomba Chembong.

 

 

Seramai 20 pelajar telah di jemput yang mana tiba di KLIA jam 5.00 petang. Pelajar-pelajar tersebut telah selamat dihantar ke MITC, Melaka lebih kurang jam 7.00 malam seperti yang dirancang pihak KPT. Semoga bantuan kecil ini dapat memberi kegembiraan terhadap mereka yang semestinya mengharapkan untuk bertemu keluarga lebih-lebih lagi menjelang sambutan aidilfitri yang bakal menjelma.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chembong, 21 APRIL 2020 – Menyedari serta menyelami tugasan kritikal petugas-petugas barisan hadapan, IKTBN Chembong telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan 1000 unit PPE FACE SHIELD untuk kegunaan petugas di klinik dan hospital kerajaan sekitar Rembau.

 

Chembong, 14 April 2020 – Sikap ambil tahu dan peka terhadap mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, Jawatankuasa Surau Al - Falah IKTBNCB bersama NGO Taman Al-Quran telah bergabung untuk menggerakkan Projek CSR Sumbangan Prihatin kepada 17 orang staf dan bekas staf IKTBN Chembong. Penyerahan sumbangan telah dijalankan pada 14 April 2020 kepada mereka yang terdiri daripada lingkungan B40 atau yang mempunyai keluarga yang kurang sihat.

Setiap penerima sumbangan diberikan set bekalan bahan asas masakan seperti beras, telur, tepung, gula, susu, minyak, biskut dan kicap. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengeratkan ukhuwah yang terjalin dan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang tinggal di sekitar rembau ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chembong, 11 Mac 2020 – Perhimpunan mesra bulanan bagi bulan Mac telah berlangsung bertemakan Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan peringkat IKTBN Chembong. Program ini dijalankan bermula 11 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020. Program ini dimulakan dengan perhimpunan bulanan dan seterusnya Program dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Chembong, Tn. Johari bin Mohamad Tahar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah ceramah pengurusan emosi, pemanduan berhemah, jenayah scam & dadah sintetik, kesihatan pekerjaan, pencegahan & bahana jenayah dadah dan keselamatan pejabat.  

 

Program yang berlangsung selama tiga hari ini turut diisi dengan kursus insiden kebakaran dan auditor KKP di samping amali pengungsian bangunan. Selain itu, bagi memastikan tahap kesihatan kakitangan institut, aktiviti senamrobik turut dijalankan termasuk ujian kecergasan jasmani kebangsaan (UKJK). Hari terakhir program dipenuhi dengan pemeriksaan kesihatan dan program derma darah.

 

Program ini dijalankan melibatkan kerjasama dari pelbagai agensi termasuk pihak Hospital Tuanku Jaafar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) N. Sembilan, Kompleks Belia & Sukan Paroi, Penjara Seremban, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Rembau dan CGSO.

 

Program ini yang dijalankan dua kali setahun diharap dapat meningkatkan pemahaman warga IKTBN Chembong di samping sentiasa bersedia dan membudayakan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.

 

 

 

Putrajaya, 12 Mac 2020 – Satu perbincangan bagi penyelarasan sesi lawatan pelajar ILKBS bidang automotif khususnya Commercial Vehicle ke Volvo Malaysia Sdn Bhd telah dijalankan di Menara KBS. Perbincangan dilakukan bagi memenuhi salah satu skop persefahaman yang telah dicapai sebelum ini. Sesi perbincangan telah diketuai oleh Koh Mei Ching, Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, dan turut disertai wakil Cawangan hubungan Industri IKTBN Chembong dan IKTBN Dusun Tua serta En. Selvanathan Padmanathan yang mewakili Volvo Malaysia Sdn Bhd. Antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah perancangan terhadap latihan industri pelatih sesi Julai 2020. Semoga kerjasama ini memberi banyak manfaat terhadap pembangunan TVET ILKBS sejajar dengan arus teknologi terkini industri negara.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Negeri Sembilan: 05 Mac 2020 – Bersempena pengumuman keputusan SPM 2019, Team Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat promosi untuk menarik minat calon-calon untuk bersama-sama mengembangkan potensi kemahiran di SMK Seremban Jaya dan SMK Taman Semarak Nilai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat ringkas berkaitan keistimewaan IKTBN Chembong di samping edaran brochure serta pameran untuk menarik minat lepasan pelajar SPM tersebut. Seramai lapan pegawai dari kalangan cawangan hubungan industri, Hal Ehwal Pelajar dan Pengajar telah berkolaborasi untuk program promosi ini. Semoga IKTBN Chembong menjadi pilihan mereka untuk memenuhi keperluan industri serta meningkatkan tarikan terhadap TVET yang bukan lagi menjadi pilihan kedua untuk perkembangan kerjaya di masa hadapan.

FB IMG 158192565264030841

Shah Alam: 14 Februari 2020 - Majlis penutup bagi Train The Trainer Siri 1 telah dijayakan di Volvo Malaysia Sdn. Bhd di mana pihak industri tersebut telah berkongsi teknologi terkini kepada 10 pengajar ILKBS bidang kenderaan perdagangan termasuk dua pengajar IKTBN Chembong. Program latihan tersebut telah berlangsung bermula 10 hb sehingga 14 hb Februari 2020. Pengajar ILKBS telah didedahkan dengan teknologi terkini untuk disampaikan kepada pelajar - pelajar di institut masing-masing agar segala pembelajaran di ILKBS sentiasa selari dengan kehendak industri. Pihak KBS sentiasa komited dalam membekalkan tenaga mahir yang memenuhi kehendak industri. Acara kemuncak bagi majlis ini dihiasi dengan sumbangan sebuah enjin sebagai peralatan latihan untuk digunakan oleh pelajar ILKBS. Semoga peluang dan sumbangan industri terhadap ILKBS dapat mencetus semangat pengajar dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk pembangunan negara.

FB IMG 158192654358578961 

 

 

 

 

IMG 20200213 WA00091

RAWANG: 13 Februari 2020 - Dua wakil Cawangan Hubungan Industri IKTBN Chembong bersama Ketua Bahagian Teknologi Pengetuk Panel & Semburan Cat telah menghadiri mesyuarat bersama Perodua Sales Sdn Bhd bagi membincangkan bentuk kerjasama yang dapat dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam memartabatkan lagi industri TVET negara terutamanya bidang automotif. Perodua yang diwakili Pengurus Besar Kanan Learning & Development, Puan Mariam Ibrahim yang pernah bekerjasama dengan IKTBN Chembong sebelum ini telah banyak memberi sokongan bagi meneruskan serta memperluaskan lagi kerjasama ini. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk meneruskan kerjasama yang terjalin umumnya antara pihak KBS khususnya IKTBN Chembong sendiri yang telah tamat MoU sebelum ini. Diharapkan kerjasama yang telah terjalin serta akan terjalin selepas ini dapat memenuhi kehendak serta hasrat bagi memperkasakan TVET seterusnya meningkatkan martabat automotif negara.

Selasa, 11 February 2020 15:27

LANGKAH KANAN 2020 IKTBN CHEMBONG

2

 

SENAWANG : 08 Februari 2020 - Kelab Inovasi Robotik IKTBN Chembong telah membuka langkah pertama Tahun 2020 dengan menyertai pertandingan Mini MJII Robofighto 2020 – Battle of Senawang yang dijalankan di KipMall Senawang, Negeri Sembilan. Pertandingan yang diiringi oleh dua (2) pegawai pengiring yang mengetuai pasukan iaitu En. Syabandi bin Md Sarip serta Pn. Noorfadzlina binti Hassan ini telah memperoleh tempat ketiga keseluruhan. Pelajar yang mewakili pasukan terdiri daripada gabungan pelajar bidang automotif dan awam yang juga terbabit dalam ARP. Ternyata minat dapat mengatasi  latar belakang pembelajaran mereka. Walaupun bukan dari bidang robotik, mereka mampu untuk bersaing. Tahniah dan syabas kepada pasukan dan semoga permulaan ini akan membawa kepada kejayaan yang berterusan untuk Tahun 2020.

 

 

 

NILAI: 29 Jan 2020 - Cawangan Hubungan Industri IKTBN Chembong yang diketuai oleh Mohamad Zohari bin Tan telah melakukan kunjungan hormat ke Prima Kembara Sdn Bhd bagi membincangkan pelaksanaan bentuk kerjasama yang telah ditandatangani sebelum ini. Perbincangan ini lebih menjurus kepada perangkaan pelaksanaan yang akan dilakukan pada tahun 2020. Turut serta didalam perbincangan ini ialah Aleff Sahawaludin bin Harun Ketua Cawangan Hubungan Industri dan Affendy Zabkha bin Mohd Zain.

Antara agenda yang telah dimaterai dibincangkan adalah penempatan pelajar bagi latihan industri serta pengajar bagi latihan sangkutan industri (LSI). Selain itu, status pelaksanaan syarikat berkaitan SLDN turut dibincangkan. Pihak syarikat juga bersedia dari segi sumbangan bahan latihan yang bersesuaian dan akan lebih diperhalusi lagi selepas ini. Kerjasama yang dimaterai oleh kedua-dua pihak diharapkan dapat dicapai bagi memperkasakan pelaksanaan TVET di IKTBN Chembong.

Sumber Oleh:

Aleff Sahawaludin bin Harun
KCHI IKTBN Chembong

 

Halaman 1 dari 2
 
Find us on Facebook
Follow Us