IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 01 April 2018 14:10

GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR

Written by
Rate this item
(0 votes)

GOTONG-ROYONG DI LEGARAN TANAH PUTIH, KG SENTOSA KOTA TINGGI, JOHOR


Kota Tinggi, 30 Mac 2018 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah melaksanakan satu program gotong-royong di kawasan Legaran Tanah Putih, Kg Sentosa Kota Tinggi, Johor dibawah Program Impak ILKBS@Komuniti berkonsepkan “ ILKBS Give Back “iaitu menyumbang balik tenaga, kepakaran atau kemahiran pelajar-pelajar ILKBS kepada orang awam. Seramai 231 orang peserta terlibat dengan program ini. Program ini adalah juga antara kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Tinggi, KEJORA, Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Tinggi dan Persatuan Belia Sedeli.


Pelajar IKBN Bandar Penawar telah bertungkus-lumus membersihkan kawasan sekitar dan mengecat wakaf dan tiang gol futsal serta alatan permainan kanak-kanak di kawasan tersebut. Manakala sukarelawan yang lain berkerjasama memotong rumput dan membersihkan kawasan lapang. Sampah-sampah dan sisa pokok kering dikumpul dibakar.


Program seperti ini dapat membentuk, menggilap dan melahirkan kumpulan sukarelawan ke arah profesionalisme yang utuh menggunakan kemahiran –kemahiran yang telah dipelajari di ILKBS. Penglibatan pelajar-pelajar ILKBS dalam program khidmat masyarakat ini boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pembentukan ketrampilan pelajar TVET  KBS.

 

Disediakan oleh : Puan Hasliza Binti Mohd Zin
Foto : Puan Hasliza Binti Mohd Zin

Read 1168 times Last modified on Khamis, 31 May 2018 14:14
 
Find us on Facebook
Follow Us