Pontian, 28 Oktober 2019 - IKBN Bandar Penawar telah membuka booth pameran dan demo Kimpalan & Pastri di Kompleks Penghulu Mukim Ayer Masin Kukup Pontian. Antara aktiviti lain yang diadakan ialah Liga Pertandingan Penalti yang turut disertai oleh YB Menteri KBS, Syed Saddiq Abdul Rahman dan cabutan bertuah.
Pameran TVET daripada IKBN Bandar Penawar melibatkan Kimpalan, HSE, Hospitaliti dan Perhotelan. Pendaftaran Sesi Kemasukan Januari 2020 juga dibuka.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah