Bandar Penawar, 21 Oktober 2019 - SMPKV Merbok telah memgadakan satu sesi lawatan sambil belajar dan penanda aras bagi kursus Pengemasan (Housekeeping) dan Penyajian di IKBN Bandar Penawar. Jabatan Perhotelan dan Hospitaliti membantu melalui amali dan penyediaan fail SKM. Selain itu, taklimat berkaitan pengambilan dan promosi IKBN Bandar Penawar turut diadakan. Terima kasih diucapkan kepada SMPKV Merbok atas lawatan dan diharap perkongsian yang diberikan dapat membantu para pelajar SMPKV.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah