IKBN



KUALA LANGAT

 
Khamis, 20 February 2020 18:01

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN MINGGU PARADIGMA IKBN KUALA LANGAT SESI JANUARI 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 6 JANUARI 2020 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Langat telah mengadakan minggu pendaftaran dan minggu paradigma untuk pelajar-pelajar baru IKBN Kuala Langat untuk sesi 1/2020. Seramai 45 orang pelajar baru yang melapor diri untuk ambilan pertama di Dewan Ibnu Sina dan Bilik Seminar Ciast IKBN Kuala Langat.

 

Pada sesi kali ini IKBN Kuala Langat telah menawarkan sebanyak 5 jurusan untuk semua calon lepasan SPM. Jurusan tersebut ialah Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat Multimedia Pengarangan, Sijil Lanjutan Teknologi Fotografi , Sijil Lanjutan Teknologi Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman, Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman) dan Sijil Lanjutan Teknologi Terapi Sukan.

 

Majlis Penutupan dan Penyerahan pelajar-pelajar baru kepada Ketua-Ketua Jabatan telah diadakan di Auditorium Multimedia IKBN Kuala Langat dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Langat, Encik Nik Mohd Mazuki bin Nik Mat. Akhirnya, diucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar baru IKBN Kuala Langat.

 

  

 

Disediakan Oleh : Mohamad Nur Aizard Bin Mohamad Azlan (Cawangan Pengurusan Pelajar)

 

 

 

Read 372 times
 
Find us on Facebook
Follow Us