IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 01 November 2020 16:37

PROGRAM PSYFUN@WORK ANJURAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) DENGAN KERJASAMA DARIPADA INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) TEMERLOH

Written by
Rate this item
(0 votes)

22 SEPTEMBER 2020 – Satu program PsyFun@Work anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Kewangan(BP&K) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah diadakan pada 22 September 2020. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh yang turut dihadiri oleh warga kerja IKTBN Temerloh. Program ini telah disampaikan oleh Puan Yusliza Binti Mohamed Yusop, Pegawai Psikologi KBS dan turut dibantu oleh Puan Noor Iszati Binti Ismail, Penolong Pegawai Psikologi KBS.

Program PsyFun@Work ini merupakan salah satu program yang dirancang bagi meningkatkan kesedaran kepentingan keseronokan bekerja dan membina keseronokan bekerja di tempat kerja melalui aktiviti ceramah dan ujian psikologi. Peserta juga akan dinilai tahap tekanan yang sedang dialami dan akan diberi pendedahan mengenai cara untuk mananganinya.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi pendedahan pada warga kerja IKTBN Temerloh dalam memastikan keseronokan bekerja itu wujud dan pada masa yang sama dapat menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam.

Read 6987 times