IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 05 March 2021 12:10

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DENGAN NORMA BAHARU

Written by
Rate this item
(1 Vote)

1 MAC 2021 : Sesi pendaftran bagi pelajar baharu kemasukan sesi 2/2020 dan 1/2021 telah diadakan di IKTBN Temerloh dengan kaedah Norma Baharu iaitu secara Pandu Lalu(Drive Thru). Sesi Pendaftaran yang diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan Prosedur Standard Operasi (SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat – PKPB) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamtan Negara(MKN)  adalah dipatuhi. Ia juga adalah untuk mengelak penularan Virus Covid-19 berikutan masalah Pandemik yang telah melanda sejak awal tahun 2020.

                Sesi Pendaftaran ini dimulakan dengan tapisan kesihatan pelajar dan ibu bapa atau penjaga oleh pengawal keselamatan di pintu masuk IKTBN Temerloh dengan memastikan hadir dalam keadaan sihat, memakai pelitup muka serta dengan pesanan untuk menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan sanitasi serta menjaga jarak yang dibenarkan di antara satu sama lain. Seterusnya kenderaan diminta untuk ke Dewan Serbaguna untuk melalui beberapa kaunter bagi proses semakan dan penerimaan dokumen. Setelah proses tersebut selesai, kenderaan diminta untuk terus ke Blok Asrama yang terlibat bagi proses terakhir iaitu Pendaftaran asrama dan juga sanitasi barangan milk pelajar.

                Dengan usaha yang telah dilaksanakan pihak institut, diharapkan dapat memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar, ibu bapa atau penjaga serta warga IKTBN Temerloh adalah terjamin. Sesi pendaftaran ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan dalam masa yang sama masih mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan kepada semua pihak terutamanya kepada ibubapa yang memudahkan semua urusan.

Read 6420 times