IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 19 March 2021 17:04

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH IKTBN TEMERLOH 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

13 Mac 2021: Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat IKTBN Temerloh anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) telah dilaksanakan di Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh. Kursus ini dipimpin oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz SSNJ Mohamad Fadhil b. Mohd Esa dan L/Kpl Mohamad Rulsul b. Abd Rahim dari Kaget Kem Renjer Batu 5 yang dihadiri oleh pelajar baharu IKTBN Temerloh yang berdaftar pada Mac yang lalu.

Program ini juga turut dihadiri bersama Pengarah IKTBN Temerloh,Ts. Dr Mohd Yusoff b. Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar(HEP) Hj. Sidi b. Lateh bersama Pegawai dan Kakitangan IKTBN Temerloh yang lain.Antara objektif pelaksanaan Kursus Pengurusan Jenazah adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah, kaedah pengurusan yang betul , memberi kesedaran serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian sebagai umat Islam. Peserta kursus turut rasa teruja mengikutinya sepanjang hari kerana pengisian secara teori dan amali seperti proses memandikan, mengkafankan sehinggalah solat jenazah telah dilaksanakan dengan jelas.

Diharapkan program yang dianjurkan ini dapat melahirkan pelajar yang mampu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dengan baik.

Read 6791 times