IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 01 June 2022 10:51

MAJLIS MENANDATANGANI JALINAN KERJASAMA INDUSTRI

Written by
Rate this item
(0 votes)
09 Mei 2022 (Isnin) - Majlis menandatangani Jalinan Kerjasama antara IKTBN Temerloh dan AR MAN Auto Care Sdn Bhd telah diadakan di syarikat AR MAN Cawangan Ampang.
Jalinan Kerjasama tersebut ditandatangani oleh Ybrs. Ts. Dr Mohd Yusof Bin Abu Bakar Pengarah IKTBN Temerloh bersama Encik Nor Azlan Bin Jamian Pengurus Syarikat majlis berlangsung pada jam 11.00 pagi.
Jalinan Kerjasama ini dimeterai bertujuan untuk mendapatkan kerjasama dalam menjayakan program latihan kemahiran belia & komuniti, perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran pengajar seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar.
Semoga dengan jalinan kerjasama ini akan memantapkan lagi pembangunan modal insan berkualiti yang bakal memberi manfaat termasuk dalam meningkatkan sosioekonomi negara melalui peluang dan penciptaan pekerjaan, pendidikan dan kemahiran masa depan.
 
Read 3468 times