IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 14 June 2022 15:48

Jalinan Kerjasama antara IKTBN Temerloh dan SUM HING Engineering

Written by
Rate this item
(0 votes)
09 Mei 2022 (Isnin) - Majlis menandatangani Jalinan Kerjasama antara IKTBN Temerloh dan SUM HING Engineering Sdn Bhd telah diadakan di syarikat SUM HING Engineering.
Jalinan Kerjasama tersebut ditandatangani oleh Ybrs. Ts. Dr Mohd Yusof Bin Abu Bakar Pengarah IKTBN Temerloh bersama Encik Tee Tong Pia Pengurus Syarikat hadir sama En. Yue Khin Meng Director-General Manager majlis berlangsung pada jam 3.00 petang.
Jalinan Kerjasama ini dimeterai bertujuan untuk mendapatkan kerjasama dalam menjayakan program latihan kemahiran belia & komuniti, perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran pengajar seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar.
Semoga dengan jalinan kerjasama ini akan memantapkan lagi pembangunan modal insan berkualiti yang bakal memberi manfaat termasuk dalam meningkatkan sosioekonomi negara melalui peluang dan penciptaan pekerjaan, pendidikan dan kemahiran masa depan.
Read 3558 times