Hari Senamrobik IKBN Bandar Penawar 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 07 Jul 2022 10:55:38 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Pertandingan Y-Roboc21 di IKTBN Bukit Mertajam http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/5026-pertandingan-y-roboc21-di-iktbn-bukit-mertajam.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/5026-pertandingan-y-roboc21-di-iktbn-bukit-mertajam.html
Bukit Mertajam, 12-14 November 2021 - IKBN Bandar Penawar telah menghantar satu pasukan seramai 7 orang bagi menyertai Pertandingan Y-Roboc21 di IKTBN Bukit Mertajam. Diberikan nama
Team Cure IKBN Bandar Penawar dan merupakan pasukan yang pertama kali menyertai pertandingan robotik. Pencapaian Robot IKBNBP pada pertandingan tersebut seperti berikut :
Kategori
1. 5KG (Tower Conquer) - Elimination Round
2. 8KG (Rumble) - Quater Final
3. Agro Robot - 3rd-Runner Up
Alhamdulillah??
Terbaik Team Cure IKBNBP
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) Kisah Kejayaan Mon, 06 Dec 2021 08:25:08 +0800
KEJAYAAN INOVASI IKTBN TEMERLOH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/4647-kejayaan-inovasi-iktbn-temerloh.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/4647-kejayaan-inovasi-iktbn-temerloh.html KEJAYAAN INOVASI IKTBN TEMERLOH

 

11 FEBRUARI 2021:IKTBN Temerloh di bawah penyelarasan Jawatankuasa Inovasi telah berjaya tersenarai di dalam Top 30 Malaysian Patents Applicants in 2020. IKTBN Temerloh telah berjaya menempatkan diri pada tangga ke-19 diantara nama-nama besar yang terdiri daripada pelbagai bidang di Malaysia ini.

Maklumat yang diperolehi daripada web rasmi KASS International yang mana sebuah badan yang melaksanakan khidmat nasihat dan konsultantsi berkaitan perkhidmatan Intellectual Property (IP) termasuk (Patents, Trademarks, Industrial Designs, Copyrights, dan lain-lain.). Sumber maklumat adalah dikemaskini oleh pihak MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Secara keseluruhan, IKTBN Temerloh telah berjaya mempatenkan 7 produk inovasi yang merupakan hasil ciptaan pelajar IKTBN Temerloh ini sendiri. Melalui kejayaan ini, diharapkan dapat memberi impak dan inspirasi kepada semua pelajar IKTBN Temerloh dalam usaha kearah mengkomersialkan produk yang dicipta.

]]>
ikbn_temerloh@kbs.gov.my (IKTBN Temerloh Admin) Kisah Kejayaan Sun, 21 Feb 2021 16:23:23 +0800
IKTBN Temerloh Naib Johan Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/3669-iktbn-temerloh-naib-johan-cabaran-inovasi-inklusif-zon-pantai-timur-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/3669-iktbn-temerloh-naib-johan-cabaran-inovasi-inklusif-zon-pantai-timur-2019.html IKTBN Temerloh Naib Johan Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur 2019

29 - 31 Oktober 2019 - Pahang Skills Development Centre (PSDC) Kuantan, Pahang. Telah berlangsung Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur 2019 anjuran Yayasan Inovasi Malaysia dan SME Corp. Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah dilantik sebagai agensi peneraju di bawah SME Masterplan. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi inklusif yang mampu menyelesaikan masalah (dari segi kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan pertandingan ini, Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah menghantar penyertaan dan telah berjaya terpilih ke peringkat akhir daripada 114 penyertaan awal. Program ini yang berlansung selama 3 hari melibatkan aktiviti Bengkel Latihan Cabaran Inovasi Inklusif 2019 yang mana sebagai persiapan peserta pertandingan untuk membuat pembentangan projek inovasi mereka dan diakhiri dengan sesi pembentangan dan penyampaian hadiah.
            Sebanyak 3 kategori utama telah dipertandingkan dan Pasukan IKTBN Temerloh telah berjaya bersaing dan memperolehi tempat NAIB JOHAN bagi kategori IPTA/IPTS. Peserta pasukan IKTBN Temerloh yang mana terdiri daripada pelajar program Diploma Teknologi Kejuruteraan Semester 3 sesi 2/2019 amat bertuah kerana selain kemenangan yang telah diperolehi, pengalaman melalui bengkel yang disediakan dapat memberi ilmu dan pengetahuan dalam inovasi bagi persediaan sebelum menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan dan industri.TAHNIAH dan SYABAS kepada peserta inovasi atas kejayaan yang diperolehi dan persediaan keseluruhan dengan penuh komitmen yang tinggi.

Semoga kejayaan ini terus dapat membuka ruang dan peluang serta memberi inspirasi dan galakan kepada semua pelajar-pelajar IKTBN Temerloh dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang baharu dan berimpak tinggi selain dapat membudayakan inovasi kepada semua warga IKTBN Temerloh.

]]>
ikbn_temerloh@kbs.gov.my (IKTBN Temerloh Admin) Kisah Kejayaan Fri, 01 Nov 2019 10:28:37 +0800
Kecemerlangan Pasukan Inovasi di Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET ’19) Peringkat Negeri Pahang http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/3393-kecemerlangan-pasukan-inovasi-di-innovative-creative-competition-tvet-2019-icc-tvet-19-peringkat-negeri-pahang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/3393-kecemerlangan-pasukan-inovasi-di-innovative-creative-competition-tvet-2019-icc-tvet-19-peringkat-negeri-pahang.html Kecemerlangan Pasukan Inovasi di Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET ’19) Peringkat Negeri Pahang

1 Ogos 2019 - Program Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET ’19) Peringkat Negeri Pahang kerjasama antara Kolej Komuniti Pahang bersama Kolej Vokasional Temerloh dan Kolej Vokasional Puteri Temerloh telah diadakan dengan melibatkan penyertaan bersama dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh. Sebagai salah satu Agensi TVET jemputan, IKTBN Temerloh telah menghantar penyertaan sebanyak 5 Pasukan Inovasi Pelajar bersama Penyelia bagi Kategori Pelajar di mana masing-masing dalam Kategori Aplikasi Harian manakala 2 orang pegawai telah menyertai Kategori Pendidik bagi kategori berasingan iaitu Kategori Aplikasi Harian dan Pengajaran Dan Pemudahcaraan.

Pertandingan yang bertemakan "Inculcating Infinite Innovative Ideas" ini melibatkan penyertaan sebanyak 43 kumpulan pelajar dan 34 kumpulan pendidik dari seluruh negeri Pahang bagi mengetengahkan produk inovasi dan rekacipta masing-masing. Sejurus keputusan diumumkan, Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah berjaya memperolehi 2 Gold Medal, 1 Silver Medal dan 2 Bronze Medal bagi Kategori Pelajar. Bagi Kategori Pendidik, IKTBN Temerloh telah Berjaya memenangi 1 Gold Medal dan 1 Silver Medal. Kejayaan Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh terus diberi perhatian apabila menerima Award dan diumumkan sebagai JOHAN KATEGORI PELAJAR (Aplikasi Harian) dan JOHAN KATEGORI PENDIDIK (Pengajaran Dan Pemudahcaraan).

Kemuncak kejayaan berganda bagi Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh, adalah apabila dinobatkan dan sekaligus mengungguli HADIAH UTAMA iaitu JOHAN KESELURUHAN KATEGORI PELAJAR menerusi “Produk Adjustable Clutch Alignment Tool” yang diwakili pelajar Noor Aj Rran Bin Mohd Ali (DAR Semester 3), Muhammad Nur El Arif Bin Noor Alkhalidy (SJT Semester 2) dan Muhammad Kamal Iman Bin Ahmad Nizam (SJT Semester 2) seliaan Encik Mohd Shazly Farith Bin Ilias serta NAIB JOHAN KESELURUHAN KATEGORI PENDIDIK menerusi produk “Metal Round Arch Tool” yang diwakili oleh Encik Afzainizam Bin Abdul Aziz.

Menerusi kejayaan ini, telah terus membuktikan dan meletakkan Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh sebagai pasukan yang telah berjaya mengatasi pesaing-pesaing daripada institut latihan TVET lain yang bertanding dalam petandingan ini. TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua pelajar dari pelbagai Jurusan Teknologi Kejuruteraan dan Jurusan Sukan Permotoran 4 Roda bersama pegawai dan penyelia sebagai peserta yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk komitmen dan kesungguhan selama persediaan sehingga berlangsung pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini dapat memberikan impak, dorongan dan membudayakan inovasi kepada semua pelajar dan warga IKTBN Temerloh.

]]>
ikbn_temerloh@kbs.gov.my (IKTBN Temerloh Admin) Kisah Kejayaan Fri, 02 Aug 2019 10:59:59 +0800
AKBM 2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/15-akbm-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/15-akbm-2015.html AKBM 2015

Bagi tahun 2015 pasukan sukan bermotor Rally AKBM / IKBNT sekali lagi telah menyertai acara tersebut dengan penyertaan sebuah jentera perlumbaan bagi tujuan utama memberi pendedahan teknikal secara dekat/sebenar kepada pelajar-pelajar dalam bidang berkaitan. Pasukan AKBM terdiri daripada 5 orang pegawai dan 20 orang pelajar tahap 3 bidang sukan bermotor 4 roda selaku juruteknik dan juga pembantu teknikal pasukan. Acara pembukaan dan pelepasan pula berlangsung di kawasan Menara Tinjau Air Timbul yang menampilkan litar mini “Super Special Stage” bagi memberi keunikan dan cabaran kepada semua pasukan untuk menguji ketahanan jentera dan kecekapan pemanduan sukan lasak Rally.

 

Anjuran : Malaysian Rally Championship 2015 Saturday Night Fever Racing

Tarikh : i) 03 ~ 05 April 2015 ii) 16 ~ 17 Mei 2015

Lokasi : i) ladang Chuping dan kilang gula, Perlis ii) Litar Antarabangsa Sepang

 

image34

Ladang Chuping, Kedah

 

image35   image36

Sepang Circuit

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) Kisah Kejayaan Tue, 03 Nov 2015 04:21:01 +0800
Kejohanan FIA Asia Pacific Rally Championship - Malaysian Rally 2014 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/14-kejohanan-fia-asia-pacific-rally-championship-malaysian-rally-2014.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/14-kejohanan-fia-asia-pacific-rally-championship-malaysian-rally-2014.html Kejohanan FIA Asia Pacific Rally Championship - Malaysian Rally 2014

Akademi Kemahiran Belia Motorsport –AKBM KBS (IKBN Temerloh) dengan kerjasama pihak KOSTAR Engine Oil melalui KOSTAR Motorsport Club Malaysia telah menaja dua (2) buah jentera bagi menyertai Kejohanan FIA Asia Pacific Rally Championship 2014 Pusingan Malaysia seiring dengan Kejohanan Rali Peringkat Kabangsaan –Malaysian Rally 2014.

 

 

Anjuran : FIA, Malaysian Rally Championship & AAM

Tarikh : i) 15 ~ 17 Ogos 2014 ii) 16 ~ 20 Oktober 2014 iii) 29 ~ 30 November 2014

Lokasi : i) Plaza Angsana, Johor ii) Bahau, Negeri Sembilan iii) Arau, Perlis

 

image30   image32

 

image31   image33

Pertandingan : Angsana Johor

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) Kisah Kejayaan Tue, 03 Nov 2015 04:14:24 +0800
KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2014 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/13-kbs-mam-kapcai-endurance-2014.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/13-kbs-mam-kapcai-endurance-2014.html KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2014

Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance Musim 2014 perlumbaan motosikal kapcai peringkat Kebangsan ini merupakan perlumbaan Motosikal terunggul dan satu satunya di Malaysia dan menggunakan konsep Perlumbaan Tahan Lasak’ (Endurance) dengan pusingan akhir menggunakan jentera Kapcai 100cc kebawah120cc kebawah dan 135cc kebawah selama 4 Jam Tanpa Henti. Pasukan IKBN Chembong TJB Racing yang ditubuhkan dari tahun 2012 sehingga kini dengan penglibatan dari para pengajar dan pelatih diberi pendedahan kepada reality kejuruteraan perlumbaan motorsikal dengan menggunakan jenama Honda Wave 100cc dalam kategori 100cc kebawah.

 

 

Anjuran : Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association Of Malaysia (MAM)

Tarikh : i) 09 Julai 2014 ii) 14~15 November 2014

Lokasi : i) Litar lumba MIMC, Melaka ii) Litar SIC, Sepang

 

Bil Nama Jentera Lokasi Kedudukan

Bilangan

Jentera

1

IKBN Chembong TJB Racing

No Jentera: 5

MIMC, Melaka Tempat ke 8 – Kelas 1 1
2 SIC, Sepang Tempat ke 3 – Kelas 1

 

image26

Sepang Circuit

 

image27

Melaka Circuit

 

Anjuran : Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association Of Malaysia (MAM)

Tarikh : i) 15 – 16 Ogos 2015 ii) 19 – 20 September 2015

Lokasi : i) Litar MIMC ii) Litar SIC, Sepang

 

Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance Musim 2015 perlumbaan motosikal kapcai peringkat Kebangsan ini merupakan perlumbaan Motosikal terunggul dan satu satunya di Malaysia dan menggunakan konsep Perlumbaan Tahan Lasak’ (Endurance) dengan pusingan akhir menggunakan jentera Kapcai 100cc kebawah120cc kebawah dan 135cc kebawah selama 4 Jam Tanpa Henti.

 

Percapaian Tahun 2015

 

Bil Nama Jentera Lokasi Kedudukan

Bilangan

Jentera

1

IKBN Chembong TJB Racing

No Jentera: 79

MIMC, Melaka Tempat ke 9 – Kelas 1 1
2 SIC, Sepang Tempat ke 3 – Kelas 1

 

image28

MIMC Circuit

 

image29

Sepang Circuit

 

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) Kisah Kejayaan Tue, 03 Nov 2015 04:05:59 +0800
PERTANDINGAN EIMA Race 2014 dan 2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/12-pertandingan-eimarace-2014-dan-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/12-pertandingan-eimarace-2014-dan-2015.html PERTANDINGAN EIMA Race 2014 dan 2015

Education Innovation of Motosports & Automotive Race (EIMARace) 2014 adalah anjuran oleh Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pertandingan yang berasaskan pendidikan inovatif dalam sukan permotoran dan automotif turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Kementerian Kerja Raya, Giat Mara, Altair, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kerajaan Negeri Perak.

 

 

Anjuran : Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tarikh : 17 – 19 Oktober 2014 Lokasi : Litar Dato Sagor Perak

 

Bil IKBN Keputusan Kategori
1 IKBN Wakaf Tapai Johan Keseluruhan 131 cc
2 IKBN Kuala Perlis Naib Johan Keseluruhan
3 IKBN Pagoh Ketiga Keseluruhan

 

image19

IKBN Wakaf Tapai

 

image20

IKBN Pagoh

 

image21

IKBN Kuala Perlis

 

 

Anjuran : Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tarikh : 16 – 18 Oktober 2015 Lokasi : Litar Indera Mahkota, Kuantan Pahang.

 

Education Innovation of Motosports & Automotive Race (EIMARace) 2015 adalah anjuran oleh Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pertandingan yang berasaskan pendidikan inovatif dalam sukan permotoran dan automotif turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Kementerian Kerja Raya, Giat Mara, Altair, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kerajaan Negeri Pahang.

 

Bil IKBN Keputusan Kategori
1 IKBN Pagoh Johan Keseluruhan 131 cc
2 IKBN Pagoh Johan Pusingan Pertama
3 IKBN Kuala Perlis Johan Pusingan Kedua
4 IKBN Dusun Tua Johan Keseluruhan 250 cc
5 IKBN Dusun Tua Johan Pusingan Pertama
6 IKBN Dusun Tua Johan Pusingan Kedua

 

image22

Starting Grid 131cc

 

image24

IKBN Kuala Perlis

 

 image23

 IKBN Pagoh

 

image25

IKBN Dusun

 

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) Kisah Kejayaan Tue, 03 Nov 2015 03:51:15 +0800
PERTANDINGAN ROBOTIK 2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/11-pertandingan-robotik-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/11-pertandingan-robotik-2015.html PERTANDINGAN ROBOTIK 2015

Pertandingan PRIDE 2015 melibatkan 70 penyertaan pasukan dari peringkat sekolah rendah, sekolah menegah, kolej dan universiti dari dalam dan luar negara. Aktiviti yang dilakukan penciptaan robot yang merangkumi dari aspek elemen rekabentuk, pemasangan dan pengaturcaraan. IKTBN Sepang telah memenangi satu pingat emas dan satu pingat perak kategori kolej / Universiti dalam pertandingan tersebut.

 

 Anjuran : Performance Reliability Innovation Design Entrepreneur (PRIDE)

Tarikh : 17 – 18 Oktober 2015 Lokasi : Berjaya Langkawi Resort

 

image16   image17   image18

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) Kisah Kejayaan Tue, 03 Nov 2015 03:47:41 +0800
WORLD SKILLS COMPETITION (WSC) 2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/10-world-skills-competition-wsc-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hari-senamrobik-ikbn-bandar-penawar-2019/item/10-world-skills-competition-wsc-2015.html WORLD SKILLS COMPETITION (WSC) 2015

World Skills Competition (WSC) merupakan Pertandingan Kemahiran Dunia yang ke-12 dianjurkan peringkat antarabangsa. Disertai sebanyak 1,200 peserta dari lebih 60 negara dengan sebanyak 46 bidang kemahiran dipertandingkan.Peserta yang mewakili bidang Ladies’ / Men Hairdressing iaitu Airul Firham Bin Che Amran pelatih dari IKBN Peretak telah berjaya memenangi pingat Gangsa dalam World Skills Competition (WSC) tersebut.Beliau di anugerahkan sebagai peserta pertama Malaysia yang mendapat pingat di dalam pertandingan WSC selama 22 tahun dan di iktiraf oleh Malaysian Book Of Records.

 

Anjuran : Government of Brasil & Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Tarikh : 04 – 19 Ogos 2015 Lokasi : Anhembi Park, Brasil

 

GAMBAR PERTANDINGAN DAN KEMENANGAN WSC 2015

 

image13

 

image14

 

image15

]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) Kisah Kejayaan Tue, 03 Nov 2015 03:39:20 +0800