IKBN



BANDAR PENAWAR

 
IKTBN Temerloh

IKTBN Temerloh (222)

lkjgljh pokjh lkj lkjjh louih 

Pada 22-24 Julai 2022, Pasukan Robotik IKTBN Temerloh (Robo Team) telah menghantar tiga pasukan untuk menyertai Youth Robot Challenge 2022 (Y-ROBOC'22) anjuran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam.
Berikut adalah kategori yang disertai oleh RoboTeam 5Kg Tower Conquer, 16Kg Multibot dan Agro Robot. Penyertaan melibatkan enam orang pegawai dan sembilan orang pelajar yang memberi komitmen penuh sepanjang persiapan dan perlawanan. Keputusan untuk RoboTeam IKTBN Temerloh adalah 5Kg Tower Conquer (Suku Akhir), 16Kg Multibot (Suku Akhir) dan Agro Robot (Kumpulan). Menerusi penyertaan ini, ahli pasukan dapat menimba pengetahuan dan mengkaji dari segi teknikal untuk menambah baik mutu permainan dan teknikal pada robot.
20 Julai 2022 (Rabu) - Seramai 40 orang peserta yang melibatkan pegawai, tenaga pengajar serta kakitangan IKTBN Temerloh menyertai Kursus Pertanian Bandar - Edible Garden anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar IKTBN Temerloh. Tujuan kursus adalah bagi memperkenalkan kaedah tanaman yang boleh di makan, mudah di tanam serta menjimatkan masa serta ruang yang ada.
Peserta juga di ajar teknik semaian anak benih dengan betul. Kursus ini disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Pejabat Pertanian Temerloh yang pakar dalam bidang tanaman edible garden serta fertigasi. Turut hadir dalam kursus kali ini Pengarah IKTBN Temerloh, TS. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar.
IKTBN Temerloh 19 Julai 2022 (Selasa) - Bahagian Pengurusan & Pentabiran IKTBN Temerloh telah menganjurkan satu kursus Motivasi & Pengukuhan Integriti, melibatkan seramai 35 orang kakitangan pelbagai peringkat dari Bahagian Latihan, Pengurusan Pelajar, Pentadbiran & Kewangan.
Perkara ini diberi penekanan utama kerana motivasi merupakan satu perangsang bagi membangkitkan minat dan mengekalkan dorongan individu ke arah mencapai sesuatu matlamat. Justeru, walaupun seseorang individu mempunyai bakat dan kebolehan yang baik berbanding rakannya namun masih tidak berguna sekiranya tidak dipenuhi dengan tahap motivasi yang tinggi terhadap kerja yang disandang.
Serentak dengan itu juga integriti merupakan sebahagian daripada unsur pendidikan dan penerapan nilai-nilai positif (mahmudah) kepada kakitangan awam agar sentiasa bersifat amanah, ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam memelihara dan memperkasa imej jabatan yang dianggotai.
Pua Jei Wei adalah graduan Diploma Automotif IKTBN Temerloh, Pahang. Beliau salah seorang daripada lebih 400 graduan yang diberikan penganugerahan (dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian) oleh KBS pada hari ini.
TVET Pilihan Kerjaya Utama.
ILKBS . Profesional Terunggul.
Suasana expo pameran hari ke-2 sempena majlis konvo ke-17 yang berlangsung di IKBN Wakaf Tapai, Terengganu. Lawatan ke booth pameran oleh YBrs Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Kepada para belia terutamanya yang berada di sekitar jom ramai² ambil peluang berharga ini untuk mendapat maklumat lebih tepat mengenai penawaran kursus/ program yang ditawarkan di IKTBN Temerloh khususnya & ILKBS seluruh malaysia umumnya.
 
Karnival Belia dan Sukan Pahang di Padang Kemunting @Kuantan Khidmat komuniti ini dikuasakan oleh pasukan IKTBN Temerloh!
‘Steady team!‘
ILKBS. Profesional Terunggul.
15-17 September 2022 Padang Kemunting Majlis Bandaraya Kuantan. Karnival Belia Dan Sukan Negeri Pahang 2022. Penglibatan IKTBN Temerloh dalam acara Y-Cereer Impak ILKBS @ Komuniti dibawah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia .
Aktiviti yang diadakan seperti Promosi Kemasukan IKTBN Temerloh, Menyelenggara Motorsikal, Menyelenggara Van Jenazah , Mari mencuba Air Brush, My Robot, BarberFest Dan pameran kereta Emarace. Turut bersama hadir ke Pameran IKTBN Temerloh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah.

Tahniah diucapkan kepada Yusrie bin Aminuddin pelajar jurusan SAC, dibawah bimbingan En. Mohd Azizol bin Hussin dan En. Mohd Zaki bin Mamat, kerana telah berjaya ke peringkat akhir bidang berkenaan.
Semoga Berjaya
"Anda Kebanggaan Kami"

Semoga terus maju jaya dan menjadi pendorong kepada diri sendiri dan yang lain untuk terus cemerlang.

Halaman 1 dari 16