IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 27 June 2022 12:40

TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC 2021

Semoga terus maju jaya dan menjadi pendorong kepada diri sendiri dan yang lain untuk terus cemerlang.

Isnin, 27 June 2022 11:59

SYABAS DAN TAHNIAH

23 Jun 2022 (Khamis) – Satu Lawatan Pemantauan dan Bimbingan SLDN BERINSENTIF Tahun 2022 telah berlangsung bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan program SLDN di IKTBN Temerloh.
2 orang panel dari JPK Wilayah Timur iaitu tuan Ts. Mad Zufri bin Ismail bersama Encik Suhaimi bin Mohamed terlibat dalam aktiviti pemantauan ini, terlibat sama 2 orang wakil syarikat kerjasama, AR MAN AUTO CARE SDN BHD yang terdiri dari coach, Encik Sahril Haizal bin Abd Ghani bersama penolong pengurus syarikat iaitu Encik Nor Azman bin Norzaini.
Dapatan dari pemantauan tersebut pihak JPK Wilayah Timur sangat berpuas hati dengan dokumentasi dan pelaksanaan program SLDN ini serta memberikan skor Cemerlang iaitu sebanyak 100% kepada pihak IKTBN Temerloh.
Akhir kata dari Tuan Pengarah, TS. DR. Mohd Yusoff bin Abu Bakar bersama Timbalan Pengarah Pengerusan Latihan (TPPL), Encik Muhamad Ezzas Bin Abu Bakar juga melahirkan rasa sangat berpuashati atas komitmen semua pegawai terlibat dalam menjayakan program ini.
TAHNIAH diucapkan kepada Penyelaras SLDN Institut Pn Siti Aishah binti Mustafa, semua kakitangan yang terlibat secara langsung terutama pengajar (PP SLDN) iaitu Encik Ramli Bin Ahmad, Encik Irwan Sani Bin Awang, Encik Mohd Faizul Bin Mat Rahim serta semua pegawai Jurusan Penyelenggaraan Kenderaan (JSAK Bengkel 4) dibawah bimbingan Ketua Program, Encik Muhamad Azizi bin Azizan dalam memastikan agenda Negara untuk melahirkan pekerja mahir tercapai.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada 2 orang pegawai HEP iaitu encik Izzudin bin Ilias dan puan Sazerena binti Mohd Affandi serta pegawai dari Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling & Kerjaya selaku urusetia program SLDN Institut.
Isnin, 27 June 2022 09:21

AUDIT PENTAULIAHAN PROGRAM FAUNDRI

21 Jun 2022 (Selasa), Lawatan Panel Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) berdasarkan Code Of Practice For TVET Programme (COPTPA) bagi program Pengeluaran Faundri Tahap 2 (MC-070-2:2013) telah dilaksanakan di IKTBN Temerloh.
Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan dan pentauliahan daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini telah diketuai oleh pihak JPK yang diwakili oleh En Mohd Erwan Bin Abu Hanafiah bersama 2 orang panel iaitu En. Mohammad Rahim Bin Ramli dan En. Zolkafli Bin Ismail.
Audit dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ts. Dr. Mohd. Yusoff b. Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh. Seterusnya semakan dokumen oleh ahli panel dengan personel yang terlibat dan diikuti lawatan pengesahan peralatan di bengkel 6 dan 9. Pihak institut memberi komitmen sepenuhnya untuk menjalankan program ini selaras dengan perkembangan industri semasa.
1 JUN 2022 (Rabu) - Seramai 25 orang peserta ARPRM Tahap Gangsa dan Perak telah mengikuti latihan kecergasan bagi permainan sukan badminton.
Sebelum ini peserta telah diperkenalkan dengan permainan sukan badminton dan diberikan latihan oleh jurulatih yang mahir serta dibantu oleh para pelajar yang merupakan pemain badminton terlatih.
Latihan kecergasan ini juga merupakan aktiviti yang diambil kira jam bagi melengkapkan komponen anugerah. Latihan kecergasan ini tertumpu kepada pergerakan tangan dan juga kaki.
27 Mei 2022 (Jumaat)- Seramai 13 orang pelajar wanita yang juga merupakan peserta ARPRM mengikuti bengkel asas jahitan yang telah di sampaikan oleh Pn Malissa Afnie Mohammad Ridzuan yang juga merupakan jurulatih peserta ARPRM IKTBN Temerloh.
Para peserta yang juga merupakan pelajar automotif diberikan peluang untuk memilih jahitan sebagai komponen kemahiran. Peserta diperkenalkan dengan peralatan jahitan dan juga diajar teknik mengukur badan mengunakan pita pengukur.
Jumaat, 24 June 2022 10:48

ILKBS CAREER FEST ZON TIMUR 2022

PEKAN, 26 MEI 2022 (Khamis) - IKTBN Temerloh turut serta dalam menjayakan ILKBS Career Fest Zon Timur 2022.
Program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker bertempat di Dewan Utama IKBN Pekan.
"Terdapat lebih 1200 jawatan kosong di 14 industri pelbagai sektor ditawarkan kepada para belia yang sedang mencari pekerjaan. - antara intipati ucapan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Li Tian Ker.
Siapa sangka YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga ligat mempromosi Program Career Fest ini kepada belia dan orang luar semasa ucapan majlis perasmian tersebut.
Hadir bersama Ts. Ir. Dr. Azmi bin Ahmad, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Pengarah IKBN Pekan, En. Yusop bin Ibrahim yang juga tuan rumah program kali ini, Pengarah-Pengarah ILKBS dan industri-industri.
Antara pengisian dalam program kali ini adalah Penyataan Surat Jalinan Kerjasama ILKBS dengan Industri, Booth Pameran, Pertandingan Inovasi, Taklimat Kerjaya & Temuduga secara walk-in oleh beberapa industri pembuatan setempat dengan kerjasama oleh pihak PERKESO Pahang.
25 Mei 2022 (Rabu), Satu sesi temuduga telah dibuat oleh Syarikat Produa Global untuk mencari team manufacturing production di kilang terbesar mereka di Rawang, Selangor.
Pihak IKTBN Temerloh amat mengalu-alukan program seperti ini oleh Syarikat Produa & diteruskan dari semasa ke semasa dalam menawarkan pekerjaan terutamanya kepada para graduan IKTBN Temerloh & umumnya masyarakat setempat juga.
Syabas & tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya dalam sesi tumuduga pada hari ini.
24 Mei 2022 – Satu sesi Taklimat Kerjaya : Bengkel Kebolehpekerjaan & Perkongsian Penggunaan Portal MYFutureJobs Sempena Program ILKBS Career Fest Zon Timur Tahun 2022 kepada 53 orang pelajar semester yang terdiri daripada Jurusan Teknologi Kejuruteraan Automotif Penyelenggaraan (DAY) Jurusan Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan (DAU), Sijil Lanjutan Teknologi Automotif Penyelenggaraan Kereta (SAK) dan Sijil Lanjutan Teknologi Automotif Semburan Cat bermula jam 10.30 pagi hingga 1.00 ptg dibuat secara berpusat di Auditorium IKTBN Temerloh secara atas talian.
Program diselia oleh Encik Haszreen Bin Shariff dari Cawangan Perolehan & Pembangunan (CP&P) sebagai Pegawai Teknikal dan Pesediaan Tempat dengan kerjasama pegawai dari Cawangan Pengurusan pelajar (CPP) bagi aktiviti pemantauan pelajar yang terdiri dari Encik Mohamad Syafiq Bin Mohd Noor dan Puan Sazerena Binti Mohd Affandi serta Encik Mohd Hafizal Bin Ariffin dari Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling & Kerjaya (CKSKK).
Semoga dengan kehadiran pelajar dalam bengkel ini, ianya membolehkan mereka menggunapakai portal MYFutureJobs untuk mencari peluang dan ruang pekerjaan demi kerjaya mereka pada masa hadapan.
21 Mei 2022 (Sabtu), IKTBN Temerloh turut serta dalam program ini di booth pameran & promosi IPTA/ IPTS.
Aktiviti pameran & promosi berlangsung dari jam 9.00pg - 1.00tgh hari bertempat di pekarangan Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kassim, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Temerloh.
Program dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, YB Dato' Sri Dr. Ismail Mohamed Said adalah bersempena sambutan peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022 Peringkat Negeri Pahang.
Halaman 1 dari 22