IKBN



BANDAR PENAWAR

 
26 SEPTEMBER 2022, IKTBN BACHOK - Penyertaan Yusrie B. Aminuddin ke program latihan berpusat bagi persediaan menghadapi cabaran ke Pertandingan Worldskills Malaysia Belia 2022 (WSMB 2022) Peringkat Akhir bidang Semburan Cat Automotif.
Latihan Berpusat ini adalah inisiatif Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dengan melibatkan peserta ILKBS yang berjaya ke peringkat akhir. Latihan ini akan bermula dari 26 September hingga 25 Oktober 2022.
22 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS), PROGRAM MOTIVASI DAN TAZKIRAH PELAJAR IKTBN TEMERLOH
TEMPAT MASJID AT-TAQWA IKTBN TEMERLOH, SELEPAS SOLAT MAGHRIB PENTAZKIRAH : UST ABDUL HADI
AKTIVITI
❇️ SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
❇️ TAZKIRAH / MOTIVASI OLEH PENTAZKIRAH
❇️ SOLAT ISYAK
❇️ BERSURAI
INTIPATI
✳️Pentazkirah membacakan potongan ayat Al-Quran dan Hadis yang mengingatkan pentingnya menjalinkan hubungan silaturahim sesama manusia.
✳️Sentiasa berkasih sayang dengan menyebarkan dakwah.
✳️semua para pelajar / jemaah mendengar dengan tekun dan berada dalam keadaan baik.
✳️Program berjalan dengan lancar dan teratur.
✳️ Program diakhiri dengan bacaan doa oleh Pentazkirah.
 
15 SEPTEMBER 2022, IKTBN Temerloh - Bengkel Jurusan Semburan Cat Automotif IKTBN Temerloh telah menganjurkan satu kursus Car Detailing pada 12 hingga 15 Sep 2022. Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan pelajar (sem. 4) Jurusan Semburan Cat Automotif telah menyertai kursus ini.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memastikan para pelajar bersedia bagi menjalani Program TVETPRENUER INKUBATOR@ILKBS. Merujuk kepada Halatuju pelan pemerkasaan kemahiran berlandaskan transformasi ILKBS adalah untuk melahirkan pelajar IKTBN Temerloh yang holistik dan bertaraf dunia dengan menyediakan program keusahawanan untuk mempelbagaikan pilihan landasan kerjaya bagi para graduan.
Projek Rintis Inkubator dirancang supaya program ini menjadi penanda aras dalam menyediakan pelajar-pelajar IKTBN Termerloh, mendapat latihan dan pendedahan kepada dunia perniagaan sebenar disamping membentuk belia usahawan berkemahiran.
Di dalam kursus ini para peserta didedahkan kepada teknik, cara dan pengunaan bahan yang betul dalam proses mencuci kenderaan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
 
Khamis, 15 September 2022 14:15

TAHNIAH DAN SYABAS

Isnin, 12 September 2022 14:47

TAHNIAH DAN SYABAS

 

3-5 SEP 2022 Bidang Car Painting diwakili oleh
MOHD ZAKI BIN MAMAT selaku Pegawai Pengiring merangkap jurulatih dan YUSRI BIN AMINUDDIN peserta WSMB mewakili IKTBNT.

Kem motivasi tersebut berlangsung di KEM WAWASAN NEGARA LANGKAWI, KEDAH.

Tahniah, selamat maju jaya diucapkan.
 
 
 
03 September 2022 (Sabtu), Majlis disempurnakan oleh Yang Dihormati En. Mohd Azhar bin Mohd Yusoff (Ketua Polis Daerah Temerloh), turut sama pada majlis tersebut Ybrs. En. Mohd Ezzas Bin Abu Bakar (Timbalan Pengarah Latihan IKTBNT), Tuan Syed Azman bin Tuan Temerang (Pengerusi KSK IKTBNT), Ketua Agensi Persekutuan Daerah Temerloh & semua peserta kejohanan
Juara keseluruhan kejohanan adalah majlis perbandaran Temerloh (MPT) Membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM500.
 
Jumaat, 09 September 2022 10:38

INISIATIF PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia, IKTBNT English Club telah menganjurkan pelbagai pertandingan dengan tema Hari Kemerdekaan dan patriotisme. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga kakitangan. Pertandingan untuk pelajar-pelajar ini ialah Pertandingan Seni Kapur, Pertandingan Reka Bentuk Poster dan juga Pertandingan Video Pendek. Sementara itu, bagi kategori staf, pertandingan adalah Mat Kilau Quizziz, Ayat Pendek Truly Malaysian, dan juga Tanya Saya Soalan.
Pemenang diberikan Baucar KFC dan Pizza Hut. Terima kasih kepada semua pelajar dan staf yang telah menyertai aktiviti ini. Kami berharap dapat menerima sokongan yang hebat daripada semua dalam aktiviti seterusnya.
 
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE65 PERINGKAT DAERAH TEMERLOH
31 Ogos 2022 (Rabu); IKTBN Temerloh telah menyertai sambutan ini dimana satu kontinjen terdiri 5 pegawai dan 41 pelajar telah mengambil bahagian pada acara ini yang berlangsung di padang MPT Temerloh. Tahniah kerana merangkul gelaran Johan perbarisan terbaik bagi tahun 2022.
 
 
Jumaat, 09 September 2022 10:09

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA AMBANG MERDEKA

27 OGOS 2022 (SABTU) PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA AMBANG MERDEKA
Program ini melibatkan 2 pegawai, 42 pelajar IKTBNTdan AJK PIBG dari kalangan warga IKTBN. Program ini dilaksanakan di SK Rantau Panjang, Lanchang.
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.
 
Halaman 1 dari 24