IKBN



BANDAR PENAWAR

 
09 Mei 2022 (Isnin) - Majlis menandatangani Jalinan Kerjasama antara IKTBN Temerloh dan SUM HING Engineering Sdn Bhd telah diadakan di syarikat SUM HING Engineering.
Jalinan Kerjasama tersebut ditandatangani oleh Ybrs. Ts. Dr Mohd Yusof Bin Abu Bakar Pengarah IKTBN Temerloh bersama Encik Tee Tong Pia Pengurus Syarikat hadir sama En. Yue Khin Meng Director-General Manager majlis berlangsung pada jam 3.00 petang.
Jalinan Kerjasama ini dimeterai bertujuan untuk mendapatkan kerjasama dalam menjayakan program latihan kemahiran belia & komuniti, perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran pengajar seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar.
Semoga dengan jalinan kerjasama ini akan memantapkan lagi pembangunan modal insan berkualiti yang bakal memberi manfaat termasuk dalam meningkatkan sosioekonomi negara melalui peluang dan penciptaan pekerjaan, pendidikan dan kemahiran masa depan.
09 Mei 2022 (Isnin) - Majlis menandatangani Jalinan Kerjasama antara IKTBN Temerloh dan AR MAN Auto Care Sdn Bhd telah diadakan di syarikat AR MAN Cawangan Ampang.
Jalinan Kerjasama tersebut ditandatangani oleh Ybrs. Ts. Dr Mohd Yusof Bin Abu Bakar Pengarah IKTBN Temerloh bersama Encik Nor Azlan Bin Jamian Pengurus Syarikat majlis berlangsung pada jam 11.00 pagi.
Jalinan Kerjasama ini dimeterai bertujuan untuk mendapatkan kerjasama dalam menjayakan program latihan kemahiran belia & komuniti, perkongsian kepakaran, pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran pengajar seterusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar.
Semoga dengan jalinan kerjasama ini akan memantapkan lagi pembangunan modal insan berkualiti yang bakal memberi manfaat termasuk dalam meningkatkan sosioekonomi negara melalui peluang dan penciptaan pekerjaan, pendidikan dan kemahiran masa depan.
 
PENEMPATAN PERANTIS SLDN DI INDUSTRI
09 Mei 2022 (Isnin) - Penempatan Perantis SLDN Batch 6 di Syarikat AR MAN Auto Care Sdn Bhd telah berlangsung pada jam 9.00 pagi. Program kali ini melibatkan seramai 5 orang perantis.
 
 4 -28 April 2022- Selaras dengan bulan Ramadan yang mulia, kelab EEI IKTBN Temerloh menganjurkan beberapa pertandingan bertemakan Ramadan untuk kakitangan dan pelajar.
Sejumlah sembilan pertandingan telah diadakan. Pertandingan adalah kuiz ringkas (staff & pelajar), reka bentuk infografik, poster & resume, fotografi deskriptif, penulisan papan (Ramadan & Syawal) dan permainan untuk pelajar di Minggu Paradigma.
Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar & kakitangan di luar kelas & persekitaran kerja mereka serta memberi peluang kepada peserta belajar dan menang pada masa yang sama.
Sejumlah pemenang menerima saham hadiah, baucar KFC. Pemenang untuk setiap pertandingan adalah seperti dalam poster di bawah. Tahniah kepada pemenang.
 
 
26 APRIL 2022 (SELASA) - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan, Edaran Bubur Lambuk dan Majlis Khatam Al-Quran anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
"MISI MENCARI MALAM LAILATUL QADR" merupakan tajuk ceramah yang telah disampaikan oleh Dae'i Muda Yadim Ahmad Baihaqi bin Mohd Fadzil serta dihadiri Encik Shahrizal bin Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan Encik Saifullah Baiduri, Penolong Pengarah KEMUDA, Ketua Unit Politeknik dan IPG YADIM.
Di samping itu, aktiviti gotong royong menyediakan dan edaran bubur lambuk turut dilaksanakan. Seterusnya, Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada Imam dan Bilal yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan di Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh dan anak-anak yatim juga telah berlangsung pada program ini.
 
25 - 27 APRIL 2022 -KURSUS FOSTERING CREATIVITY IN THE FOURTH INDUSTRIAL REVOLUTION KEPADA TENAGA PENGAJAR DI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)
Membangunkan kemahiran dan keupayaan kompetensi pengajar dalam bidang Kreativiti, Pengkomputeran, Penyelesaian Masalah Kompleks, Komunikasi dan penyampaian.
Membangunkan kemahiran dan keupayaan asas pengajar dalam bidang Literasi Data dan Literasi Digital.
Menyediakan pengajar dengan kemahiran teknikal Digital (Soft and Hard skil) yang baru supaya mereka dapat mengaplikasikan ke dalam aktiviti prototaip projek asas 4IR bagi memupuk kreativiti.
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pengajar dalam kaedah pedagogi teknikal dan aktiviti teknikal Digital dengan alat pembelajaran dan sumber untuk meningkatkan kecekapan teras.
Untuk memperkasakan Pengajar dengan proses pemikiran Pengkomputeran dan Reka Bentuk pengetahuan dan kemahiran, supaya mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks.
Meningkatkan kreativiti pengajar dalam menghasilkan projek prototaip peringkat asas dan sebenar selaras dengan industri 4.0 dengan tumpuan utama dalam membangunkan Sensor Pintar, peranti IoT, Siteknikal dan Penyelesaian, Data Besar, Siteknikal Digital Pintar, Aplikasi Analisis data berasaskan pengkomputeran Edge dan Cloud dan aplikasi Robotik.
Isnin, 30 May 2022 16:18

Verifikasi Penilaian Kendiri SKM

25 - 26 April 2022 Verifikasi Penilaian Kendiri SKM bagi Program Sijil Lanjutan Automotif (Semburan Cat) Sem 4 telah berlangsung dengan jayanya. PPL yang terlibat adalah En Mohd Anuar Bin Daud dari IKTBN Bachok. Manakala Ketua Pengawas Dalaman adalah En Mohd Irwan Sani Bin Awang. Seramai 18 orang pelajar terlibat, hasil daripada verifikasi tersebut semua pelajar layak di persijilkan. IKTBNT mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar berkenaan.

 

 

20 April 2022 (Rabu) - Ihya Ramadan IKTBN Temerloh: Tadarus/ Terawih/ Moreh bertempat di Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh yang telah melibatkan pegawai dan semua pelajar yang beragama Islam.
Program ini merupakan rutin sepanjang ramadhan ditambah dengan aktiviti tadarus bersama pegawai. Justeru itu, ianya dapat mengiratkan lagi hubungan sesama pegawai dengan pelajar dan ianya harus diteruskan walaupun diluar ramadhan.
23 April 2022 (Sabtu) - Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) IKTBN Temerloh telah mengadakan Program Citra Ibadah:Cintai Solat di Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh yang telah melibatkan semua pelajar yang beragama Islam semester 1 sesi 1/2022.
Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar mendapat input yang terbaik selepas pelaksanaan program dijalankan. Justeru itu, semakan bacaan dan amali solat yang telah disemak oleh fasilitator yang terlibat sangat membantu pelajar agar ibadah solat mereka yang akan dilakukan pada masa akan datang akan lebih baik.
22 April 2022 (Jumaat) - Mesyuarat SLDN Bil 3 bersama Syarikat Kerjasama AR MAN Auto Care Sdn Bhd. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ybrs. Tn. Pengarah Ts. Dr. Mohd Yusoff Bin Abu Bakar Turut hadir En. Norazlan Bin Jamian Pengurus Pusat Bertauliah merangkap Pengurus Syarikat dan Coach SLDN En. Sharil Haiza Bin Ab Ghani, hadir sama TPPL serta Pengajar SLDN.
Tujuan Mesyuarat diadakan bagi membuat penyelarasan semula berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Semoga dengan mesyuarat ni ianya akan melancarkan lagi perjalanan SLDN dalam menjayakan Agenda TVET Negara.
 
Halaman 3 dari 23