IKBN



BANDAR PENAWAR

 

Lanchang, 24 April 2018 - Unit Pusat Sumber Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh (IKTBN) telah mengambil bahagian di dalam program “JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR TEN MINUTES anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia (MPAM) pada 24 April 2018 yang lalu. Program ini diadakan buat kali ke-empat secara serentak di seluruh Malaysia yang melibatkan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pemimpin Jabatan/Swasta, IPTA/IPTS, Hospital, NGO, pusat membeli–belah, institusi keluarga dan individu.

Sepang, 31 Mac 2018 - Sebagai persediaan menghadapi pertandingan Worldskills Malaysia 2018, IKTBN Temerloh telah menghadiri latihan intensif anjuran KBS bertempat di IKTBN Sepang.

Khamis, 14 September 2017 22:14

PROGRAM GERBANG KERJAYA ZON PANTAI TIMUR

KEMASIK, 12 September 2017 - Sebanyak 15 industri telah terlibat dan menjalinkan kerjasama strategik bersama-sama 5 buah institut di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan semasa Program Gerbang Kerjaya Zon Pantai Timur yang telah diadakan di IKBN Kemasik. Antara institut yang telah terlibat di dalam kerjasama strategik ini adalah IKTBN Temerloh, IKTBN Bachok, IKBN Wakaf Tapai, IKBN Pekan dan IKBN Kemasik sendiri.

 

Khamis, 14 September 2017 22:03

PROGRAM KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA

Lanchang, 5 September : Program Kutipan Bahan Kitar Semula (Kertas, Botol Plastik & Logam/tin) siri 2/2017 telah berjaya dilaksanakan pada 5 September 2017 di IKTBN Temerloh. Program ini telah dijadualkan sebagai program berkala buat seluruh 9 Zon Amalan EKSA yang mana sangat memerlukan penglibatan dan kerjasama semua kakitangan, pegawai, pelajar serta suri rumah yang menginap di Kuaters kakitangan IKTBN Temerloh.

Khamis, 14 September 2017 21:44

Bengkel Pembangunan Pengukuran Komponen OBE

Lanchang, 8 September : Bengkel Pembangunan Pengukuran Komponen OBE telah dilaksanakan di IKTBN Temerloh. Bengkel tersebut mempunyai 3 komponen aktiviti utama yang telah dilaksanakan. Bengkel tersebut telah dijayakan oleh pihak UiTM Pulau Pinang yang mana merupakan perunding yang dilantik.

 

Khamis, 20 July 2017 15:21

PROGRAM PARADIGMA 2/2017

LANCHANG - Pada 03 hingga 07 Julai 2017, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah mengadakan Program Paradigma melibatkan 34 orang pelajar baharu sesi 2/2017 yang terdiri daripada jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembuatan (DAU), Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif Pembungkusan (DBB) dan Sijil Automotif Penyelenggaraan Kereta (SAK).

 

 

10 Julai 2017, IKTBN Temerloh kehilangan seorang TPL yang sangat berkaliber. Perginya demi memikul amanah baru di tempat baharu di IKBN SRI ISKANDAR. Hilanglah sebaris nama milik MD ISA BIN IBRAHIM dalam carta Organisasi IKTBN Temerloh. Apapun jasa beliau amat disanjung tinggi dan dihargai.

Pada 17 Julai 2017 pula, tarikh keramat pemergian TP HEP ke JBS Perak. Selama 8 tahun menabur bakti di IKBNT kini khidmat En. AUDDIN BIN HUSSIN diperlukan di Perak pula. Semoga namanya terus gah di sana tanpa melupakan kami di sini.

 

LANCHANG 13 JULAI - Aktiviti sembelihan dengan IKTBN Temerloh sejak kebelakangan ini begitu sinonim di bawah Program Kenduri Kesyukuran Komuniti (P3K). Tradisi unik tersebut diteruskan lagi dalam skala yang lebih besar apabila P3K digabungkan dengan Sambutan Hari Raya. Ianya melibatkan jalinan kerjasama dari Bahagian HEP, Latihan, KSK, Jawatankuasa Masjid At - Taqwa dan MPP bagi merealisasikan perlaksanaan Program Kenduri Perdana dan Sambutan Hari Raya IKTBN Temerloh 2017.

 

TEMERLOH, 26 Mei 2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Temerloh telah berkolaborasi menjayakan Perhimpunan Bulanan IKTBN Temerloh bagi Bulan Mei 2017.

            Program berdurasi selama dua jam ini bermula jam lapan pagi hingga 10 pagi melibatkan penyertaan menyeluruh kakitangan Institut daripada pelbagai bidang serta keseluruhan pelajar. Hadir bagi menyempurnakan acara ialah Yang Berusaha Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar iaitu Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh di samping dengan kehadiran dua Timbalan Pengarah dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Latihan.

Jumaat, 28 April 2017 11:50

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA

 

Kuala Lumpur, 12 April - Unit Pusat Sumber Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan satu program Literasi Maklumat dan Media pada 12 April 2017 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini akan dijalankan sebanyak 3 sesi bermula bulan April hingga Mei 2017 melibatkan pelajar dan pengajar IKTBN Temerloh.

 

Halaman 22 dari 23