IKBN



BANDAR PENAWAR

 
21 April 2022 (Khamis) - Lawatan dari Syarikat 3D Gens Sdn Bhd telah diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling dan Kerjaya. Sesi Lawatan ini dihadiri oleh 2 orang wakil Syarikat iaitu Shahrul Irwan Bin Haji Musa Sale and Operation Manager dan Muhammad Naqiuddin Bin Ab Wahab - Sale Engineer. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak Industri dan IKTBN Temerloh dalam menjayakan Agenda TVET Negara.
Pihak industri juga ingin memperkukuhkan jalinan Kerjasama yang sediaada dengan pihak institut bagi menawarkan khidmat latihan kepada tenaga pengajar dalam masa yang sama pihak industri juga berhasrat untuk kembali mengunjungi semula IKTBN bagi memberikan pendedahan berkaitan dengan Teknologi 3D Printing terkini ke arah pendigitalan program IR4.0 dalam pengajaran dan pembelajaran.
 
 
 
21 April 2022 (Khamis) - IKTBN Temerloh telah menjayakan Program Kapsul kemahiran bertajuk Faundri dan Tukang Besi. “Logam dilebur dengan api, kemudian dituang ke dalam acuan dan dibiarkan membeku". Walaupun mungkin kita tidak tahu tujuan atau keperluan perkara ini, namun dalam tidak sedar kita sebenarnya banyak bergantung kepada produk hasil daripada proses ini; blok enjin (engine block), rim kenderaan, hiasan pagar, barang kemas dan sebagainya.
Sesi Kapsul Kemahiran episod 9 ini di kendalikan oleh moderator yang hebat iaitu En. Mohd Hafizal bin Ariffin, serta 2 org panel iaitu En. Syed Azman Bin Tuan Temerang dan En. Muhammad Almi Bin Abdullah. Turut serta Tn Pengarah IKTBN Temerloh iaitu Ybrs. Ts. Dr. Mohd Yusoff Bin Abu Bakar. Kami Warga IKTBN Temerloh mengucapkan ribuan terima kasih yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program ini diselaraskan oleh Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling dan Kerjaya (CKSKK), IKTBN Temerloh.
Tahniah & Syabas diucapkan
 
 
.
MARAN, 8-10 April 2022 - Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) IKTBN Temerloh dengan kerjasama Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kemerlangan Kepimpinan (iLEAD) telah mengadakan PROGRAM KEPIMPINAN ALTRUISTIK SIRI 4/2022 bertempat di Kem Wawasan Negara, Maran. Seramai 36 orang peserta daripada pelajar Semester 1 sesi 1/2022 menyertai program ini.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai apa yang dimaksudkan dengan Kepimpinan Altruistik. Selain itu, para peserta juga dapat menambah kemahiran berkaitan program ini serta mengenai pengetahuan dan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab seorang pemimpin.
 
Rabu, 20 April 2022 10:36

LAWATAN KERJA KE HRDCorp

12 April 2022 - Cawangan Kerjasama Strategik, Kaunseling & Kerjaya, IKTBN Temerloh telah mengunjungi HrdCorp Wilayah Timur bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan pelaksanaan Program Hrdf. Sesi Khidmat nasihat ini dihadiri oleh Ketua Cawangan iaitu Pn Siti Aishah Binti Mustafa bersama 3 orang pegawai iaitu En. Mohd Rostam Bin Hussin, Pn Rozita Binti Mohamed, En. Mohd Hafizal Bin Ariffin bersama En. Muhamad Aiman Bin Husin wakil dari Hrd Corp . Turut hadir pada sesi khidmat nasihat Pengurus Besar HrdCorp cawangan Timur iaitu Puan Nurzatul Norzian Bt Zamri.
Hasil daripada sesi tersebut pihak Hrd Corp mencadangkan pelaksanaan program dilaksanakan di bawah Agensi Kerajaan kerana ianya tidak melibatkan proses yang panjang.. Diharap dengan sesi khidmat nasihat ini ianya dapat memberikan manfaat kepada organisasi, industri dan negara.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerima Graduan Terbaik IKTBN Temerloh bagi tahun 2020 dan 2021.

Tahun 2020 : Ahmad Firdaus b. Zasni / DAY04

Tahun 2021 : Mohamad Sahfudin b. Che Hasan / DAU04

Selamat maju jaya.

Jumaat, 22 October 2021 12:03

JASAMU DIKENANG, BUDI MU TERBILANG

13 Oktober 2021 : 

Tiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan,
Itu Adat Itu Lumrah Kehidupan,
Begitulah Rentetan Perjalanan,
Walau Sukar Untuk Ditelan,
Tapi Kaki Tetap Mengorak Jalan,
Selagi Hayat Dikandung Badan.
JASAMU DIKENANG, BUDI MU TERBILANG
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Puan Dewi Sulviyanti Samsi bt. Dr. Soelatoelsamsi sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Unit Kawalan Kualiti Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti selama ini. Diharap Puan Dewi maju jaya dan diberi kesihatan yg baik disamping keluarga tercinta.
Kami mewakili warga kerja Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang perkhidmatan.


Selamat Bersara Puan Dewi.

6 OKTOBER 2021: Sesi Maklumbalas Bersama Pemegang Taruh(Industri Dan Alumni) bagi kurikulum Teknologi Kejuruteraan telah berlangsung secara hybrid. Ia merupakan Salah satu aktiviti untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak Industri dan bekas pelajar institut ini terhadap kurikulum serta pelaksanaan program secara amnya.

Jumaat, 22 October 2021 09:35

BENGKEL SEMAKAN DOKUMEN PEMURNIAN KURIKULUM

4-6 Oktober 2021:Bengkel Semakan Dokumen Pemurnian Kurikulum Teknologi Kejuruteraan IKTBN Temerloh anjuran Unit Kawalan Kualiti,Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah berlangsung secara hybrid dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
aktiviti ini merupakan aktiviti penambahbaikan kurikulum yang dijalankan di institut ini bagi memastikan program yang dilaksanakan adalah menepati kehendak akteditasi MQA.

2-3 Oktober 2021: IKTBN TEMERLOH, Jurusan Teknologi Automotif Penyelenggaraan menjayakan program khidmat masyarakat bersama Frontliner dengan slogan “TERIMA KASIH FRONTLINER”
Program oleh IKTBN Temerloh ini adalah untuk meraikan barisan hadapan memerangi COVID-19 selama ini dan sebagai satu tanda penghargaan serta terima kasih.
Program melibatkan pasukan badan beruniform ini menyediakan perkhidmatan selenggara kenderaan persendirian Frontliner secara PERCUMA sebagai tanda terima kasih.
Aktiviti ini berlangsung selama 2 hari berturut-turut dan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti :-
-Cucian kenderaan.
-Sanitasi kenderaan.
-Selenggaraan Kenderaan.
-Perkhidmatan Pemeriksaan Aircond kenderaan.
Lebih 70 buah kenderaan telah menyertai program ini diantaranya Polis Di Raja Malaysia(PDRM) daerah Lanchang, Angkatan Tentera Malaysia(ATM) Kem Batu 5, RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,Temerloh(JPAM) & Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) Sukarelawan Malaysia.


"TERIMA KASIH FRONTLINER"

13 September 2021. Seramai 131 orang pelajar IKTBN Temerloh telah hadir mendaftar pada hari ini bagi menyambung sesi pembelajaran.
Setiap pelajar diwajibkan bagi menjalani prosedur berikut:
1. Saringan kesihatan – imbas suhu badan/ memastikan tidak bergejala.
2. Imbas MySejahtera (di pondok pengawal utama dan asrama)
3. Setiap pelajar wajib memakai facemask.
5. Hanya pelajar dibenarkan turun. Ibu bapa/ penjaga perlu kekal dalam kenderaan.
6. Barangan Pelajar di sanitize, Saringan Ujian Kit COVID19 dan check in asrama.
Pihak institut turut memberi pesanan kepada semua pelajar agar sentiasa mengamalkan S.O.P yang ketat sepanjang berada di institut ini.

"TERIMA KASIH FRONTLINER"

Halaman 4 dari 23