IKBN



BANDAR PENAWAR

 

13 September 2021. Seramai 131 orang pelajar IKTBN Temerloh telah hadir mendaftar pada hari ini bagi menyambung sesi pembelajaran.
Setiap pelajar diwajibkan bagi menjalani prosedur berikut:
1. Saringan kesihatan – imbas suhu badan/ memastikan tidak bergejala.
2. Imbas MySejahtera (di pondok pengawal utama dan asrama)
3. Setiap pelajar wajib memakai facemask.
5. Hanya pelajar dibenarkan turun. Ibu bapa/ penjaga perlu kekal dalam kenderaan.
6. Barangan Pelajar di sanitize, Saringan Ujian Kit COVID19 dan check in asrama.
Pihak institut turut memberi pesanan kepada semua pelajar agar sentiasa mengamalkan S.O.P yang ketat sepanjang berada di institut ini.

"TERIMA KASIH FRONTLINER"

8 September 2021: Pihak Pejabat Pertanian Daerah Temerloh dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menjalinkan usahasama bagi melahirkan dan membangunkan usahawan baru atau pelapis terutamanya dikalangan belia bagi menjadi usahawan serta menjalankan perniagaan dalam sektor industri asas tani.

Sehubungan dengan itu, melalui program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda(ARPRM) yang diselaraskan oleh Cawangan Pengurusan Pelajar Hal Ehwal Pelajar(HEP), pihak Pejabat Pertanian Daerah Temerloh telah menyerahkan sumbangan Insentif Teknologi Program Pertanian Bandar kepada pihak institut. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pertanian Daerah Temerloh, Puan Faridah bt. Mohamad Ramli bersama Puan Nor Muliawati bt. Jantan yang mana telah diterima sendiri oleh Tuan Pengarah IKTBN Temerloh, Ts. Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Temerloh.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para belia khususnya pelajar IKTBN Temerloh dalam mengenal peluang keusahawan serta memberi galakan kepada pelajar tentang kaedah dan aktiviti pertanian yang boleh dilaksanakan dalam kawasan yang kecil untuk bertani sebagai hobi, terapi minda dan juga boleh menjana pendapatan melalui anjuran program institut ini.

21-26 Ogos 2021: Program STAR@U: Myfuture Youth Plus bagi kemahiran Penyelenggaraan Penyaman Udara Kenderaan telah dilaksanakan anjuran Fakulti Teknologi  Automotif. Program tersebut dilaksanakan secara Camp Based Training(CBT) di Bengkel 2,Teknologi Automotif, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh. Program ini bertujuan bagi menawarkan peluang kepada beliai bagi mendapatkan Latihan kemahiran secara separuh masa dengan menjalankan kursus jangka pendek menggunakan kemudahan sedia ada di institut ini.

Seramai 10 orang peserta belia telah menghadiri program ini. Peserta telah didedahkan dengan kerja penyelenggaraan serta pembaikan Sistem Penghawa Dingin Berasaskan Kenderaan (HVAC) yang telah berlangsung selama 5 hari.

Diharapkan dengan adanya program ini, ia dapat memberi peluang kepada belia untuk mendapat kemahiran asas dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang negatif.. Selain itu, ia juga membantu institut ini untuk mempromosikan program latihan TVET yang ditawarkan di ILKBS secara amnya dan IKTBN Temerloh secara khususnya

21-26 Ogos 2021: Program STAR@U: Myfuture Youth Plus bagi kemahiran Penyelenggaraan Penyaman Udara Domenstik telah dilaksanakan anjuran Fakulti Teknologi Mekanikal. Program tersebut dilaksanakan secara Camp Based Training(CBT) di Bengkel Teknologi Pembungkusan, Bengkel 5,Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh. Program ini bertujuan bagi menawarkan peluang dan alternatif kepada belia berisiko/minoriti bagi mendapatkan Latihan kemahiran secara separuh masa dengan menjalankan kursus jangka pendek menggunakan kemudahan sedia ada di institut ini.

Seramai 10 orang peserta belia telah menghadiri program ini. Peserta telah didedahkan dengan kerja penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) selama 5 hari ia berlangsung.

Diharapkan dengan adanya program ini, ia dapat memberi peluang kepada belia untuk mendapat kemahiran dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang negatif . Selain itu, ia juga membantu institut ini untuk mempromosikan program latihan TVET yang ditawarkan di ILKBS.

16-26 Ogos 2021: Peperiksaan Akhir sesi 2-2021 (Ogos) IKTBN Temerloh bagi pelajar akhir program Teknologi Kejuruteraan(TK) dan Persijilan Kemahiran Malaysia(SKM) telah diadakan secara hibrid dengan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.Seramai 95 orang telah menduduki peperiksaan tersebut yang terdiri daripada penilaian teori dan amali di tempat yang telah disediakan. Pelajar terlibat telah berada di institut ini bagi pelaksanaan latihan secara Camp Based Training(CBT) sebelum peperiksaan dilaksanakan.

        Pelaksanaan Penilaiana Akhir oleh Pegawai Penilai Luaran(PPL) yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu En. Mohd Anuar b Daud telah dilaksanakan secara atas talian. Proses pemantauan oleh PPL ini telah dilaksanakan secara atas talian yang mana telah diselaraskan oleh Unit Peperiksaan dan Persijilan (UPP) Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK)  buat pertama kalinya. Pemantauan secara maya ini melibatkan sesi penilaian teori dan amali dengan kehadiran Pegawai Penilai Dalaman(PPD) dan Pegawai Penilai (PP) yang terlibat. 

        Semoga dengan pelaksanaan peperiksaan secara hibrid ini dapat berjalan dengan lancar dan beberapa perkara penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi melancarkan proses norma baharu ini pada masa akan datang.

22 JULAI 2021 : Sesi pendaftran kemasukan pelajar semester akhir Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh(IKTBNT) bagi menduduki peperiksaan akhir telah diadakan di IKTBN Temerloh dengan kaedah Norma Baharu. Sesi Pendaftaran yang diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan Prosedur Standard Operasi (SOP Perintah Kawalan Pergerakan– PKP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamtan Negara (MKN)  adalah dipatuhi. Ia juga adalah untuk mengelak penularan Virus Covid-19 berikutan masalah Pandemik yang telah melanda sejak awal tahun 2020.

          Sesi Pendaftaran ini dimulakan dengan sanitasi barangan milik pelajar beserta semakan suhu badan di luar pintu masuk iktbnt. Seterusnya tapisan borang pengisytiharan kesihatan pelajar dilakukan oleh pembantu kesatria dan pengawal keselamatan di pintu masuk IKTBN Temerloh dengan memastikan pelajar mendaftar MY Sejahtera serta hadir dalam keadaan sihat, memakai pelitup muka dan menjaga jarak yang dibenarkan di antara satu sama lain. Setelah proses tersebut selesai, pelajar diminta untuk terus ke Blok Asrama yang terlibat bagi proses terakhir iaitu Pendaftaran asrama dan juga menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

          Dengan usaha yang telah dilaksanakan pihak institut, diharapkan dapat memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar serta warga IKTBN Temerloh adalah terjamin. Sesi pendaftaran ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan dalam masa yang sama masih mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan kepada semua pihak terlibat terutamanya kepada pelajar serta ibubapa/penjaga yang memudahkan semua urusan.

08 – 11 Jun 2021: Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum dan WIM Program Sukan Permotoran Siri 2 anjuran Fakulti Teknologi Automotif telah diadakan secara atas talian sepenuhnya.
Penglibatan semua pengajar Jurusan SJT iaitu Mohd Shazly Farith Bin Mohd Ilias, Hashim Bin Ibrahim, Azaq Bin Abdul Hamid dan Mohamad Salehudin Bin Mohamad Zahidi. Turut terlibat En Yusoff Aris wakil dari Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti(CPKK) dan Ts. Ahmad Saifuddin Bin Azraie, Ketua Fakulti Automotif, IKTBN Temerloh. 9 pengajar lain juga terlibat dalam bengkel Siri 2 ini.
Bengkel ini diselia dan dibimbing secara maya oleh fasilitator jeputan iaitu En. Zarul Amin Bin Zali daripada IKBN Peretak.
Sasaran aktiviti yang dilakukan pada siri 2 ini adalah bagi membangunkan Pelan Mengajar Amali serta Kertas Kerja berdasarkan Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran dan Penilaian bagi program Sijil Lanjutan Teknologi Sukan (Sukan Bermotor 4 Roda) tahap 3.
Pada hari terakhir bengkel tersebut, turut sama hadir secara maya adalah wakil daripada Industri, En. Jagjeet Singh a/l Pardaman Singh bagi memberi input dan komen penambahbaikan bagi Pelan Mengajar dan Kertas Kerja yang telah dibangunkan terhadap aktiviti tersebut.
Semoga dengan anjuran aktiviti seperti ini dapat memberi input dan impaks secara lansung dalam memperkasakan latihan TVET.

3-7 Mei 2021: Bengkel Pembangunan Written Instructional Material (WIM) bagi program Teknologi Percetakan Digital Siri 1 telah dilaksanakan di Makmal TIC/TRC, Bengkel 5. Bengkel selama 5 hariyang dianjurkan oleh Fakulti Mekanikal telah dibimbing oleh fasilitator jemputan iaitu Pn. Rofizah bt Ibrahim pegawai daripada IKBN Peretak.

Bengkel ini dilaksanakan bertujuan bagi membangunkan WIM bagi program Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal(Percetakan Digital) di bawah pengiktirafan Persijilan Kemahiran Malaysia(SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) yang bakal ditawarkan di institut ini.

            Semoga dengan bengkel ini dapat membimbing pengajar program ini dalam menghasilkan WIM yang berkualiti dan menepati standard yang telah ditetapkan.

5 Mei 2021- Jawatankuasa Projek Tahun Akhir (JKPTA) telah menganjurkan Pembentangan Pra Penilaian Projek Tahun Akhir bagi pelajar semester akhir Program Diploma Teknologi Kejuruteraan. Sebanyak 12 kumpulan pelajar telah dinilai dan disemak status akhir sebelum seminar akhir PTA pelajar IKTBN Temerloh bagi Sesi 1 2021 yang mana akan dilaksanakan pada 2 Jun 2021.

Semoga dengan usaha semakan ini, pelajar lebih bersedia untuk berhadapan dengan penilaian daripada panel penilai luar yang berpengalaman dalam bidang terlibat.

3 Mei 2021: Majlis Berbuka Puasa Bersama Sekolah Tahfiz Hj. Ahmad Kampung Dala telah dilaksanakan di ruangan Kafeteria Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN) Temerloh. Program ini merupakan salah satu aktiviti Impak ILKBS @ Komuniti anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) IKTBN Temerloh .

Sempena dengan bulan Ramadahn mulia ini, seramai 30 orang pelajar telah dirai yang diiringi oleh Mudir Sekolah iaitu Ustaz Hadi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan pemberian sumbangan kepada yang dirai oleh Ts. Dr. Mohd Yusoff b. Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh. Turut hadir bersama meraikan ialah Tn. Hj. Sidi, Timbalan Penagarah Hal Ehwal Pelajar(HEP) dan Timbalann Pengarah Latihan (L) En. Ezzas bin Abu Bakar.

Melalui anjuran program ini, dapat memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat untuk merasai pengalaman penganjuran majlis dan secara tidak langsung dapat mempromosikan instititut ini kepada komuniti yang terlibat sebagai pusat latihan TVET di sini.

Halaman 5 dari 23