IKBN



BANDAR PENAWAR

 

3 Mei 2021: Majlis Berbuka Puasa Bersama Sekolah Tahfiz Hj. Ahmad Kampung Dala telah dilaksanakan di ruangan Kafeteria Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN) Temerloh. Program ini merupakan salah satu aktiviti Impak ILKBS @ Komuniti anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) IKTBN Temerloh .

Sempena dengan bulan Ramadahn mulia ini, seramai 30 orang pelajar telah dirai yang diiringi oleh Mudir Sekolah iaitu Ustaz Hadi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan pemberian sumbangan kepada yang dirai oleh Ts. Dr. Mohd Yusoff b. Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh. Turut hadir bersama meraikan ialah Tn. Hj. Sidi, Timbalan Penagarah Hal Ehwal Pelajar(HEP) dan Timbalann Pengarah Latihan (L) En. Ezzas bin Abu Bakar.

Melalui anjuran program ini, dapat memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat untuk merasai pengalaman penganjuran majlis dan secara tidak langsung dapat mempromosikan instititut ini kepada komuniti yang terlibat sebagai pusat latihan TVET di sini.

Jumaat, 07 May 2021 16:37

PROGRAM SINGGAH SAHUR IKTBNT 2021

 

3 Mei 2021 : Program Singgah Sahur IKTBN Temerloh telah diadakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar IKTBN Temerloh . Program ini merupakan salah satu aktiviti dibawah Komponen Khidmat Masyarakat dalam penilaian Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi pingat perak dan gangsa.

Kumpulan pelajar yang terlibat telah menyantuni dengan memberi sumbangan serta juadah moreh bagi penghuni Rumah Pengasih, Rumah Taman Harapan. Selain itu, kumpulan ini juga turut meberi sumbangan juadah moreh kepada frontliner seperti anggota JPAM dan Polis yang bertugas di sekitar bandar Temerloh. Program ini juga turut dihadiri oleh En. Izuddin b. Ilias Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) bagi mewakili pihak institut menyampaikan sumbangan.

Semoga dengan aktiviti ini, dapat memberi pendedahan kepada pelaja rterlibat untuk lebih dekat dengan komuniti dan sekali gus menghasilkan graduan institut yang prihatin terhadap keperluan masyarakat sekeliling.

20 – 23 April 2021:Bengkel Pembangunan Struktur Kurikulum dan WIM Program Sukan Permotoran Siri 1 anjuran Fakulti Teknologi Automotif telah diadakan secara hybrid selama 3 hari bertempat di Bilik Pengajar, Bengkel 1.

Penglibatan semua pengajar Jurusan SJT iaitu Mohd Shazly Farith Bin Mohd Ilias, Hashim Bin Ibrahim, Azaq Bin Abdul Hamid dan Mohamad Salehudin Bin Mohamad Zahidi. Turut terlibat En Yusoff Aris wakil dari CPKK dan Ts. Ahmad Saifuddin Bin Azraie, Ketua Fakulti Automotif, IKTBN Temerloh.

Bengkel ini diselia secara maya oleh En. Zarul Amin Bin Zali dari IKBN Peretak.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah pengenalan kepada NOSS, Kenalpasti CoCU, Proses Pemurniaan (R&R), Pembangunan Jadual Pembahagian WIM, Jadual Penetapan Peratusan Masa Aktiviti Pembelajaran dan Penilaian, pembangunan plan mengajar teori dan kertas penerangan.

Pada hari terakhir bengkel tersebut, turut hadir bersama wakil daripada Industri, En. Jagjeet Singh a/l Pardaman Singh secara maya bagi memberi input terhadap aktiviti tersebut.

Semoga dengan anjuran aktiviti seperti ini dapat memberi input dan impaks secara lansung dalam memperkasakan latihan TVET.

Selasa, 27 April 2021 09:05

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

22 April 2021 - Unit Pusat Sumber IKTBN Temerloh dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia telah menjalankan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada 22 April 2021 bermula pukul 11.00 - 11.10 pagi. Tema untuk tahun ini adalah “Baca Untuk Terapi” yang turut dijalankan di seluruh negara pada waktu tersebut. Seramai 15 orang peserta yang terdiri dari 10 orang pelajar dan 5 orang kakitangan telah menyertai program ini. Pertandingan kuiz juga turut diadakan bagi memeriahkan aktiviti ini.

Semoga melalui aktiviti ini, dapat menerapkan budaya membaca yang tidak pernah lapuk dek hujan dan merupakan kunci asas kejayaan.

8 APRIL 2021: Satu lawatan bertujuan bagi mewujudkan satu kerjasama strategik telah diadakan ke Siffu Mushroom Pahang. Lawatan tersebut yang diketuai oleh Pengarah IKTBN Temerloh, Ts Dr Mohd Yusoff bin Abu Bakar telah disambut mesra oleh Ahmad Mokhtar Daud, Pengarah Urusan(CEO) juga merangkap sebagai Penasihat Pertubuhan Usahawan Industri Cendawan Malaysia(PUICEM).

Lawatan dimulakan dengan melawat rumah cendawan, proses pembuatan bongkah cendawan dan diakhiri dengan sesi perbincangan bersama.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan usahasama strategik pihak institut membantu membekalkan idea dan juga perkhidmatan bagi memperkasakan proses pembuatan bongkah itu secara khususnya.

Dengan kelebihan dan kepakaran yang ada di institut ini, diharapkan dapat membantu usahawan cendawan memperkembangkan perniagaan dan sekaligus memberi peluang kepada pelajar IKTBN Temerloh untuk mendapatkan pengalaman dalam menghasilkan projek inovasi yang berkaitan.

Semoga kerjasama strategik ini dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada banyak pihak. Denagan adanya ruang dan peluang ini, diharapkan pelajar dapat meraih pengalaman dan kemahiran bagi persediaan setelah tamat latihan nanti.

11 April 2021. Sambutan Hari Bumi 2021 Peringkat Negeri Pahang di Janda Baik Bentong. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama pelabagai badan yang lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp), Alam Flora dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Janda Baik. Pihak IKTBN Temerloh yang diwakili oleh Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP), Hal Ehwal Pelajar telah menyelaraskan pelajar institut ini untuk menyertai aktiviti tersebut.

Diantara pengisian aktiviti ini adalah bergotong- royong membersihkan persekitaran sepanjang sungai Chenering Janda baik sehingga Dataran Kepayang. Melalui aktiviti ini, ia dapat memberi pengalaman baharu kepada semua pelajar yang terlibat dan memberi pendedahan agar sentiasa menjaga alam sekitar secara amnya.

Selasa, 27 April 2021 08:42

PROGRAM RUKUN NEGARA @TVET

07 April 2021: Program Rukun Negara @TVET. Anjuran i-LEAD Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Temerloh telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh. Seramai 120 orang pelajar yang terlibat dalam program ini.

Objektif pelaksanaan program ini adalah memastikan setiap pelajar mengetahui Pengetahuan asas pemerintahan negara Malaysia, kebudayaan serta Sistem Raja-Raja Melayu dan Pengertian Rukun Negara. Taklimat disampaikan oleh En. Haslizar b. Rozally , En. Kamalifauzi b. Abdul Rashid , Cik Ekafarlina bt. Saparuddin dan YM. Raja Intan Sufinaz bt Raja Jamaludin. Sebagai tanda Penghargaan daripada IKTBN Temerloh, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar iaitu En. Mohd Izuddin b. Elias telah menyampaikan cenderhati kepada pihak i-LEAD.

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini, dapat menerapkan perasaan patriotisme yang meuoakan  perasaan kasih sayang dan hormat kepada tanah air dikalangan belia negara kita.

03 - 04 April 2021. Klinik Asas Badminton Peringkat IKTBN Temerloh(Rekreasi Fizikal) anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Latihan telah diadakan di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelajar terlibat dalam penyertaan kali ini.

Program ini merupakan salah satu aktiviti di bawah cabang Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda(ARPRM) yang dilaksanakan di institusi ini. Penyelaras Program ARPRM, Puan Malissa Afnie menyatakan akan ada pelbagai program bakal dilaksanakan bagi kesinambungan klinik ini dan juga mencapai objektif dalam menyiapkan penilaian Wajib ARPRM seperti Khidmat Masyarakat, Kemahiran serta Program Penempatan. Kesemua aktiviti ini diwujudkan adalah bagi memenuhi semua kriteria penilaian yang telah ditetapkan agar setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya Pingat Gangsa, Perak mahupun Emas selain mendapat Kemahiran sosial yang diperlukan untuk menghadapai dunia luar nanti.

Turut hadir bersama adalah Haji Sidi b. Lateh, Timbalan Pengarah (HEP) IKTBN Temerloh bagi menyempurnakan majlis perasmian. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jurulatih Jemputan iaitu En. Mohd Faizul Mat Rahim diatas perkongsian ilmu yang diberikan.

7 APRIL 2021 : Jawatankuasa Projek Tahun Akhir(PTA) telah menyelaraskan sesi pembentangan 50% kemajuan PTA bagi program Diploma Teknologi Kejuruteraan untk pelajar sesi 1 2021. Sesi ini dijalankan secara serentak di jurusan masing-masing yang bertujuan bagi memastikan pelajar melaksanakan projek masing-masing mengikut ketetapan carta perbatuan yang telah ditetapkan.

Selain itu, sesi ini juga bertujuan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kumpulan dan memberi bimbingan bagi memastikan pelajar berjaya mencapai objektif projek mereka.

 
6 April 2021:Program Taklimat Pemurnian Kurikulum Teknologi Kejuruteraan bagi pematuhan MQF 2.0 anjuran Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), Bahagian Latihan, IKTBN Temerloh telah dilaksanakan secara atas talian dan dalam masa yang sama perbincangan secara bersemuka telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama.
Penceramah jemputan bagi sesi ini adalah Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli merupakan Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) , Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) yang berpengalaman dan sentiasa membantu pihak institut ini. Melalui sesi taklimat ini, peserta telah diberi pendedahan dan juga panduan berkaitan pelaksanaan pemurnian kurikulum. Ia juga adalah antara penyelarasan awal bagi gerak kerja proses pemurnian kurikulum untuk empat(4) program Teknologi Kejuruteraan di institut ini iaitu Sijil Teknologi dan Diploma Teknologi Automotif Pembuatan serta Sijil Teknologi dan Diploma Teknologi Automotif Penyelenggaraan.Pemurnian juga adalah bertujuan ke arah pematuhan MQF 2.0 dan serta mengemaskini dokumen pengajaran dan pembelajaran berdasarkan panduan dan pematuhan pelaksanaan terkini.
Diharapkan melalu taklimat ini, peserta yang terdiri daripada pengajar dapat melaksanakan proses pemurnian dan penambahbaikan dengan lancar sekaligus dapat mengemaskini dan memperkasakan proses latihan di institut ini.
Halaman 6 dari 23