IKBN



BANDAR PENAWAR

 

18 Mac 2021, Pagoh- Fakulti Teknologi Automotif telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh bagi pelaksanaan program MQA bidang Autmotif Penyelenggaraan Universiti ini mengkhususkan dalam bidang Kejuruteraan elektrik dan elektronik, Kejuruteraan awam dan alam sekitar,Kejuruteraan mekanikal dan pembuatan,Pengurusan teknologi,Perniagaan dan keusahawanan, Sains komputer dan Teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional.

Lawatan ini yang telah diketuai oleh Ketua Fakulti Teknologi Autmotif Ts. Ahmad Saifuddin Bin Azraei telah disambut oleh mesra oleh Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli selaku Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa). Lawatan ini telah dimulakan dengan taklimat ringkas dan perbincangan berkaitan pelaksanaan latihan teori dan amali serta diteruskan dengan lawatan ke bengkel berkaitan bagi melihat secara lanjut dan terperinci berkaitan pelaksanaan program kemahiran bagi bidang Automotif Penyelenggaraan.

Semoga dengan lawatan ini, pegawai IKTBN Temerloh mendapat gambaran berkaitan pelaksanaan sistem MQA dalam bidang automotif Penyelenggaraan. Diharapkan kerjasama diantara kedua pihak ini dapat diteruskan lagi bagi memperkasakan bidang latihan TVET khususnya bagi bidang automotif penyelenggaraan di Malaysia ini.

17 Mac 2021: Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) IKTBN Temerloh dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKTBNT telah menganjurkan 4 pertandingan semperna penganjuran Program Karnival Kesenian Islam Peringkat IKTBN Temerloh yang dilaksanakan seiring dengan memperingati peristiwa Israk Mikraj 1442H/2021M.

Diantara pertandingan yang telah adakan adalah pertandingan Tilawah Al-Quran, pertandingan Hafazan, pertandingan Azan dan pertandingan membaca khutbah. Melalui program ini, bakat pelajar dapat dicungkil dan diasah bagi kesenian Islam. Ia juga telah disertai oleh ramai pelajar yang berbakat serta dapat memberi peluang kepada mereka untuk berani tampil dihadapan khalayak ramai.

Semoga dengan program ini, dapat menerapkan rasa kecintaan pelajar institut ini di dalam bidang kesenian Islam. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk membantu pembangunan modal insaniah kepada pelajar kita yang bakal menjadi pemimpin negara kita untuk masa hadapan.

14 Mac 2021 . Cawangan Pengurusan Pelajar (CPP) dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) IKTBN Temerloh telah menganjurkan Kursus Penyembelihan Halal Menurut Hukum Syarak yang diadakan di Masjid Al- Taqwa IKTBN Temerloh. Program ini melibatkan semua pelajar baru yang berdaftar pada Mac yang lalu.

Kursus ini dilaksanakan dengan secara teori dan praktikal dengan melibatkan penyembelihan ayam dan burung puyuh oleh ke semua peserta. Penceramah jemputan adalah Ustaz Arif Syazali b. Muhamad dan Ustaz Fauzan daripada Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP). Majlis Perasmian Penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar(HEP) iaitu Tuan Hj. Sidi b. Lateh.

Semoga dengan pelaksanaan kursus penyembelihan halal ini, dapat memberi kesedaran dan ilmu kepada pelajar terutama sekali untuk belajar perkara berkaitan dengan Hukum Syarak serta memberi kesan positif kepada semua peserta kursus.

13 Mac 2021: Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat IKTBN Temerloh anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) telah dilaksanakan di Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh. Kursus ini dipimpin oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz SSNJ Mohamad Fadhil b. Mohd Esa dan L/Kpl Mohamad Rulsul b. Abd Rahim dari Kaget Kem Renjer Batu 5 yang dihadiri oleh pelajar baharu IKTBN Temerloh yang berdaftar pada Mac yang lalu.

Program ini juga turut dihadiri bersama Pengarah IKTBN Temerloh,Ts. Dr Mohd Yusoff b. Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar(HEP) Hj. Sidi b. Lateh bersama Pegawai dan Kakitangan IKTBN Temerloh yang lain.Antara objektif pelaksanaan Kursus Pengurusan Jenazah adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah, kaedah pengurusan yang betul , memberi kesedaran serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian sebagai umat Islam. Peserta kursus turut rasa teruja mengikutinya sepanjang hari kerana pengisian secara teori dan amali seperti proses memandikan, mengkafankan sehinggalah solat jenazah telah dilaksanakan dengan jelas.

Diharapkan program yang dianjurkan ini dapat melahirkan pelajar yang mampu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah dengan baik.

Jumaat, 19 March 2021 15:23

Penutup Minggu Paradigma 1 2021

13 Mac 2021: Majlis Perasmian Penutup Minggu Paradigma sesi 2/2020 dan sesi 1/2021 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah melabuhkan tirainya. Majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh diadakan bagi meraikan seramai 136 orang pelajar baharu yang telah berdaftar di Institut ini pada 1 Mac 2021 yang lalu.

Minggu Paradigma yang telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 2-7 Mac 2021 bertujuan bagi memberi pendedahan dan penyesuaian diri kepada pelajar baharu dengan persekitaran dan budaya pembelajaran di ILKBS. Minggu Paradigma Norma baharu iaitu secara atas talian dilaksanakan semasa sesi kuarintin ke atas pelajar baharu di asrama masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik, interaksi diantara dua hala diantara peserta dan pelajar telah disusun dan dilaksanakan. Minggu Paradigma ini, adalah bertujuan bagi membantu pelajar baharu meneroka potensi diri dan memperkukuhkan motivasi diri ke arah kecemerlangan selain memberi kesediaan kepada pelajar untuk menjadi pelajar di institut ini.

Majlis Perasmian Penutupan Paradigma telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Mohd Yusoff b. Abu Bakar Pengarah IKTBN Temerloh. Turut sama hadir di dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Latihan) En. Mohamad Ezzas b. Abu Bakar iaitu dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) iaitu Hj. Sidi b. Lateh serta Pegawai serta kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKTBNT.

Semoga dengan majlis ini dapat membantu pelajar baharu menyesuaikan diri mereka untuk meneruskan sesi latihan di institut ini dengan jayanya.

1 MAC 2021 : Sesi pendaftran bagi pelajar baharu kemasukan sesi 2/2020 dan 1/2021 telah diadakan di IKTBN Temerloh dengan kaedah Norma Baharu iaitu secara Pandu Lalu(Drive Thru). Sesi Pendaftaran yang diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan Prosedur Standard Operasi (SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat – PKPB) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamtan Negara(MKN)  adalah dipatuhi. Ia juga adalah untuk mengelak penularan Virus Covid-19 berikutan masalah Pandemik yang telah melanda sejak awal tahun 2020.

                Sesi Pendaftaran ini dimulakan dengan tapisan kesihatan pelajar dan ibu bapa atau penjaga oleh pengawal keselamatan di pintu masuk IKTBN Temerloh dengan memastikan hadir dalam keadaan sihat, memakai pelitup muka serta dengan pesanan untuk menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan sanitasi serta menjaga jarak yang dibenarkan di antara satu sama lain. Seterusnya kenderaan diminta untuk ke Dewan Serbaguna untuk melalui beberapa kaunter bagi proses semakan dan penerimaan dokumen. Setelah proses tersebut selesai, kenderaan diminta untuk terus ke Blok Asrama yang terlibat bagi proses terakhir iaitu Pendaftaran asrama dan juga sanitasi barangan milk pelajar.

                Dengan usaha yang telah dilaksanakan pihak institut, diharapkan dapat memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar, ibu bapa atau penjaga serta warga IKTBN Temerloh adalah terjamin. Sesi pendaftaran ini telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan dalam masa yang sama masih mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan kepada semua pihak terutamanya kepada ibubapa yang memudahkan semua urusan.

24 Feb 2021 – Program Kesihatan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu Kempen Derma Darah Peringkat IKTBN Temerloh telah dilaksanakan. Program tersebut merupakan kerjasama bersama pihak Hospital Sultan Haji Ahmad telah diadakan di Lobi Asrama Blok B diadakan dengan berslogankan “1 Beg Darah Mampu Menyelamat 3 Nyawa”.

Program ini mensasarkan penderma dikalangan para pelajar IKTBN Temerloh yang mempunyai ciri-ciri sihat tubuh badan dan di dalam lingkungan umur yang dibenarkan. Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar(HEP), En. Sidi b Lateh menyantuni pasukan daripada Hospital Sultan Haji Ahmad untuk menyampaikan penghargaan kerana memberi peluang kepada pelajar IKTBN Temerloh secara umumnya untuk berbakti kepada negara. Sebanyak 63 beg darah telah berjaya dikumpulkan sepanjang program tersebut.

            Semoga program ini dapat dilaksanakan secara berkala dengan memberi peluang kepada warga IKTBN Temerloh secara amnya untuk memberi sumbangan dan bakti kepada negara secara tidak langsung.

24 Februari 2021: Satu Program Sesi Pembentangan Dan Penilaian Projek Reka Cipta / Inovasi Di Bawah Insentif Pendaftaran Pemilikan Harta Intelek Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) 2021 anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia telah diadakan secara atas talian bersama wakil ILKBS yang melibatkan rekacipta dan inovasi. Program ini telah disertai oleh Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh yang membawa 2 projek hasil daripada ilham dan rekacipta pelajar IKTBN Temerloh.

            2 projek tersebut yang mana merupakan pilhan daripada Projek Tahun Akhir Pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan bagi sesi pembelajaran 1 2020 mewakili IKTBN Temerloh adalah “Dual Function Tile CutterTool” dan “Installer and Remover Vehicle Bushing”. Pemilihan projek ini adalah bagi tujuan untuk mendapatkan insentif Pendaftaran Pemilikan Harta Intelek dengan pihak MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

            Secara tidak langsung, ia membuktikan IKTBN Temerloh mengiktirafkan dan menghargai hasil projek atau inovasi pelajar IKTBN Temerloh. Ia juga membuktikan bahawa hasil pelajar IKTBN Temerloh dapat menghasilkan projek yang berkualiti dan mampu bersaing dengan pihak luar yang lain. Semoga dengan inisiatif yang ada ini, dapat memberi galakan kepada warga IKTBN Temerloh untuk terus menghasilkan inovasi secara kreatif dan inovatif sepanjang masa.

Ahad, 21 February 2021 16:23

KEJAYAAN INOVASI IKTBN TEMERLOH

 

11 FEBRUARI 2021:IKTBN Temerloh di bawah penyelarasan Jawatankuasa Inovasi telah berjaya tersenarai di dalam Top 30 Malaysian Patents Applicants in 2020. IKTBN Temerloh telah berjaya menempatkan diri pada tangga ke-19 diantara nama-nama besar yang terdiri daripada pelbagai bidang di Malaysia ini.

Maklumat yang diperolehi daripada web rasmi KASS International yang mana sebuah badan yang melaksanakan khidmat nasihat dan konsultantsi berkaitan perkhidmatan Intellectual Property (IP) termasuk (Patents, Trademarks, Industrial Designs, Copyrights, dan lain-lain.). Sumber maklumat adalah dikemaskini oleh pihak MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Secara keseluruhan, IKTBN Temerloh telah berjaya mempatenkan 7 produk inovasi yang merupakan hasil ciptaan pelajar IKTBN Temerloh ini sendiri. Melalui kejayaan ini, diharapkan dapat memberi impak dan inspirasi kepada semua pelajar IKTBN Temerloh dalam usaha kearah mengkomersialkan produk yang dicipta.

LANCHANG: 6 JANUARI 2021 – Bekalan makanan penduduk terjejas banjir di sekitar kawasan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah dihantar dengan bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan pengangkutan udara pada 6 Januari 2021. TUDM menghantar bekalan makanan dan keperluan asas ke kawasan terjejas banjir di Pahang menerusi OPS Murni. TUDM dalam kenyataan berkata, pasukan berkenaan menggunakan helikopter jenis EC-725 AP dari No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan, bagi menyalurkan bantuan di kawasan terputus hubungan di laluan darat. Agihan bekalan makanan tersebut telah diuruskan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).Penyelarasan bantuan bagi pihak IKTBN Temerloh adalah melalui Penyelaras Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKTBN Temerloh , EN Muhammad Taufiq bin Abdul Khalid.

Halaman 7 dari 23