LATARBELAKANG
Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) mula beroperasi sepenuhnya pada Julai tahun 2010 dengan keluasan 43 ekar dan kira-kira 55 km dari bandar Kota Tinggi. IKBNBP merupakan pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Menjadi institusi kemahiran terunggul yang memenuhi keperluan pembangunan Negara
Menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisplin, berakhlak mulia dan berwawasan untuk keperluan tenaga kerja berkemahiran melalui staf yang kompeten, pengurusan tadbir urus yang sistematik dan infrastruktur yang lengkap.
OBJEKTIF
INSTITUSI
Selaras dengan Rancangan Induk Perindustrian Negara, Institut ditubuhkan dengan berobjektifkan :
- Menyediakan latihan intensif berorentasikan perkhidmatan dalam bidang penyedian makanan, pastry, penyajian, kaunter hadapan dan pengemasan bilik.
- Melahirkan tenaga mahir didalam bidang-bidang yang berkenaan ke arah memenuhi keperluan perindustrian negara berorientasikan kepakaran dan berketrampilan.
- Melahirkan golongan tenaga kerja mahir bagi mencapai matlamat negara menjelang Tahun 2050.
- Mengembangkan dan mempelbagaikan latihan berasaskan teknologi tinggi.
- Melahirkan tenaga kerja yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran bersesuaian dengan permintaan negara.
- Mengukuhkan ekonomi negara dengan menggalakan penglibatan sektor swasta dalam bidang yang ditawarkan.
PIAGAM
PELANGGAN
1. Memastikan latihan diberikan kepada setiap pegawai dan kakitangan untuk pemantapan kendiri serta produktiviti kerja sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.
2. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelatih berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dalam bidang-bidang yang dijalankan.
3. Memaklumkan pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
4. Memastikan semua pertanyaan dan aduan diberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh pertanyaan dan aduan diterima.
5. Memastikan bayaran bil dan tuntutan diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.