IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 02 September 2020 11:39

Perbincangan Program Re-Skilling dan Up-Skilling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor

Written by
Rate this item
(0 votes)

Perbincangan Program Re-Skilling dan Up-Skilling Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor

Nusajaya, 1 September 2020 - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi telah menjemput Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail diiringi oleh beberapa pegawai untuk membincangkan gerak kerja bagi mempromosi kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan agar masyarakat Johor amnya mendapat peluang menjalani latihan kemahiran dan khasnya menjalankan kursus-kursus Re-Skilling dan Up-Skilling bagi membantu rakyat Johor yang diberhentikan atau kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19. IKBN Bandar Penawar bersedia untuk memberi sokongan penuh kepada YB Datuk Onn Hafiz dengan membuka peluang kepada masyarakat dan belia Johor yang ingin menjalani latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri-industri dalam bidang Minyak dan Gas, Perhotelan dan Hospitaliti ketika ini. Turut hadir bersama Puan Nor Hazlina, Timbalan Pengarah IKTBN Pagoh bagi memberi cadangan kursus-kursus yang boleh dijalankan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 3791 times