IKBN



JITRA

 

PERUTUSAN

PENGARAH 

 

               

 

                 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan tuan/puan sekelian ke laman web rasmi Institut Kemahiran Belia Negara Jitra.

 

Kerajaan telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi faedah daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa.

Laman web Institut Kemahiran Belia Negara Jitra. telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi.Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara-perkara yang berhubung kait dengan Institut Kemahiran Belia Negara Jitra disamping memperolehi maklumbalas segera daripada pelanggan melalui internet.

 

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung laman web ini untuk membolehkan IKBN Jitra menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa yang akan datang.

 

Sekian, terima kasih.

 

Mohd Saipuddin Bin Zakaria

Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Jitra

 

 
Find us on Facebook
Follow Us