Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

TEKNOLOGI KEJURUTERAN AUTOMOTIF

 

1 -Penyelenggaraan Kereta :

 

Sinopsis Kursus

Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyelenggara kenderaan ringan seperti kereta, van dan kenderaan pacuan 4 roda dalam aspek merombak dan membaikpulih enjin dan sistem penghantaran kuasa (gear box). Selain itu, para pelajar juga akan mempelajari tentang sistem autoelektrik, sistem kawalan dan sistem penyamanan udara kenderaan serta akan didedahkan dengan teknologi-teknologi terkini yang terdapat pada kenderaan masa kini.

Persijilan

Pelajar akan dianugerahkan :

a) Sijil Teknologi oleh Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan

b) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

Tempoh Kursus

PROGRAM SEMESTER TEMPOH
Sijil 1 6 bulan
2 6 bulan
Latihan industri 3 bulan

Prospek kerja

1. Juruteknik dalam bidang Automotif (Penyelenggaraan Kereta)

2. Usahawan dalam bidang berkaitan

3. Tenaga pengajar di Institusi kemahiran

 

2 -Penyelenggaraan Motosikal :

 

Sinopsis Kursus

Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyelenggara motosikal 2 roda dari aspek merombak dan membaikpulih enjin, system pelincir, system brek dan sebagainya. Selain itu, para pelajar akan mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang mekanik, mekanik kanan dan penyelia yang mahir dalam bidang ini.

Persijilan

Pelajar akan dianugerahkan :

a) Sijil Teknologi oleh Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan

b) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 1/2/3) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

Tempoh Kursus

PROGRAM SEMESTER TEMPOH

Sijil,

Sijil lanjutan

1 6 bulan
2 6 bulan
3 6 bulan
4 6 bulan
Latihan industri 3 bulan

Prospek kerja

1. Juruteknik dalam bidang Automotif (Penyelenggaraan motosikal 2 lejang)

2. Usahawan dalam bidang berkaitan

3. Tenaga pengajar di Institusi kemahiran

 
Find us on Facebook
Follow Us