TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL
Pendawaian elektrik PW II :
sinopsis kursus
Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dalam aspek keselamatan, akta dan peraturan-peraturan berkaitan bekalan dan pepasangan elektrik yang diamalkan di Malaysia. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang elektrik satu fasa yang diberikan adalah seperti lukisan kejuruteraan, sistem pepasangan, reka bentuk pepasangan, sistem kawalan, sistem audio video, senggaraan peralatan, sistem perlindungan, pengujian dan program kawalan logik.
Sebagai nilai tambah kepada kursus ini bagi meningkatkan lagi daya saing pelajar di peringkat industri, kemahiran insaniah telah diterapkan kepada pelajar seperti projek rumah contoh, pertandingan inovasi dan amalan 5S
Persijilan
Pelajar akan dianugerahkan :
- Sijil Teknologi oleh Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan
- Perakuan Kekompetenan PW2 oleh Suruhanjaya Tenaga
Syarat kemasukan
Tidak rabun warna.
Tempoh Kursus
PROGRAM | SEMESTER | TEMPOH |
Sijil Lanjutan Teknologi dan Perakuan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga |
1 | 6 bulan |
2 | 6 bulan | |
3 | 6 bulan (Latihan industry) | |
4 | 6 bulan |
Prospek kerja
1. Juruteknik Elektrik.
2. Usahawan dalam bidang berkaitan.
3. Melanjutkan pelajaran dalam bidang elektrik
(Pendawaian Tiga Fasa -PW4 atau Penjaga Jentera Elektrik).